SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Saturday, January 29, 2011

xtvt Sabtu

seperti smlm, arini mmg sejuk tapi aku tekad gak nak keluar to somewhere.
at least kena release kan jugak stress ni.
so kitaorg pun decided nak p Stuttgart.
sbbnya anak aku nak tgk mainan..hehe
lepas masuk shopping complex,menahan diri dr tak tgk apa2 supaya tak terbeli apa2,then kitaorg pergi memanjakan tekak dengan KFC..hehe..tu jerlah pun aku nyer entertainment kan.

Balik tu, sekali lagi jalan dalam Stadt tgk2, pusing2 pastu masuk kedai buku..pergh besar giler..kalah Thalia..BEST!
siap ada tempat main budak2..tapi sbb ramai org syamil tanak main..dia cuma dok tgk buku2 related to Lego jer.aku pulak, usha la novel baru...hasilnya..inilah dia, my shopaholic collection from Sophie Kinsella and 'Calling Romeo' from my lovely Alexandra Potter(agaknya aku suka dia ni sbb nama dia sama ngan Harry Potter kot).


Kitaorg balik Karlsruhe dalam kul 5.30 and sampai aroung 6.30..sampai2 tu tgk tram pergi umah aku lambat lagi, so cakap ngan Syamil, baik kita pergi jalan2 kat town pulak..so kitaorg jalan2 la tengok itu, tgk ini..memula pk nak pergi massage tapi penuh la pulak..

Balik dr town, terus p shopping2 skit sbb ada plan baeekkk punya..dan finally!terciptalah kek yang diambil recipe dr Cik Lurpak kita....pergh tak sabar nak makan ni..fresh from oven u!


So, mood dah ok, esok boleh samung study..bye u all!

PS: suka tgk Rita ngan family Aidil dah ok..entah kenapa aku suka sangat diorang duaorang!Rita pun canteekkk!!:-)

Friday, January 28, 2011

ter tarikkkk..

sebab arini aku mmg tensi maximum full gear, so aku pun layan movie Spa Qistina..sebelum ni dah layan pun sampai episod 8 tapi tah naper arini pulak baru rasa best nyer lagu ini..haha..sah2 emosi memainkan peranan untuk suka dan tidak suka..so sudah lebih sepuluh kali aku ulang lagi ni arini..jom sama2 layan..

ps: buat pillate stretch..cam best jerk..hahah..ok! toksah layan aku yang out of mind arini..ngeh!ngeh!ngeh!


all package with"full"

minggu ni adalah minggu yang sangat tak memberangsangkan..
stressfull, sick full, cold full..anger full..semua pun penuh la..hahah..yang penting aku nak kata segalanya2 macam dah ke tahap maxima la.
rata2 tgk member pun tgh mood "down".

tambah lak start kelmarin aku punya pinggang sakit..especially bila aku duduk kat lantai lama2,sejuk menusuk tulang and bila nak bangun, masyaallah hanya tuhan yang tahu..kadang cuak gak,hope takde pape la..rasanya punca sakit belakang ni sbb arituh masa nak tunggu tram yang 45min lewat(cam HAR!), aku pergi kekunun nak senam panaskan badan, dok naik turun tangga..ha! padan muka perempuan tua tak sedar diri..saper suruh tak warm up then pergi bersenam secara heavy..uwaa..insaf2!SYNDROM 30an!

mood pun tahap gaban nyer tak cantik..entah la, rasa nak membawakan diri kemana2 tapi aku dok menahan diri sbb azam tahun baru adalah nak berjimat cermat(tambah kat luar sejuk gilos).tapi tgkla, kang kalau stress dah tahap tak boleh blah, akan ku gagahkan poket utk berjalan kemana2..jumpa org melayu pun dah lama takde(kecuali arituh jumpa budak2 karlsruhe, but i need woman please...uwaaa)..berfoya2 apatah lagik, takde...jom pergi main bowling..(dah bertahun pun tak main)

kepala aku penuh ngan masalah negara..erh takdelah, penuh ngan reserach dan phd..tido terbayang2 jer apa yang nak buat, pastu pk nak exam, pk..pk..pk..last2 tidor mimpi pergi amik exam..aahghh!stress dalam tido!

sorryla, arini mmg rasa nak merapu..klu boleh jerit kuat2 cam tepi tebing tu, dah lama aku jerit kat dalam rumah ni..
IRA!!jom kita pergi enjoy!haha..budget cam p clubbing tapi enjoy kitaorg biasanya dok makan KFC pastu win shop..aiyak..macam rasa nak pergi massage tapi tahla, kat luar sejuk, sungguh tak larat nak hadapi angin yang bertiup 40km/h didalam kesejukan -1 darjah...aarghhh..lagi dan lagi..

bila dok dalam rumah pulak, rasa lapar, rumah kecik, entertainment hanyalah tgk citer kat komputer.nak main game, kepala cam pening la pulak..ooh i need laut..missed Okinawa so much...pastu tang nak basuh pinggan, rasa cam berat bontot 5tan..mmg basuh pakai air panas, tapi masalahnya pas basuh, tangan pun beku..(rasa nak beli mesih basuh pinggan skrg juga!)

senang kata minggu ini adalah minggu yang sungguh menyesakkan otak..mood tak menentu..asik hujan je..skit2 melalak..skit2 melalak..anak pagi2 bangun lambat siap pun, boleh melalak..emo sungguh!entah la labu!mari terjun bersama2...

PS: dgr lagu maher zain insyaallah pun hujan..uwaaaaa!

Wednesday, January 26, 2011

'kho' atau 'gho'

ha,kali ni nak citer pasal my ritter.
adalah dalam dua minggu lepas, aku start pengajian Iqra untuk dia.
selama ni ada cita2 tapi takde usaha nak menggerakkan..
skrg dia dah besar and agak prepare skit so cam senang pulak ajar dia..

aku rasa bebudak ni, kena tunggu masa yang dia sedia untuk adapt baru kita boleh pun input naturally..sbb kalau paksa pun takut effect pada diri dia..
cam anak aku skrg, dia yang start nak belajar baca dan belajar ngaji..and bila aku start, dia mmg cepat dapat la..even cikgu dia cakap, yang dia ni tak payah paksa2, sbb otak dia adapt cepat..

ok, samung citer..aku ni kalau ngajar ngaji bukan main ajar je..makhraj kena betul..tajwid kena betul..sbb dulu pun aku menerima didikan yang sama dr guru ngaji aku..selagi tak betul, selagi tula tak beralih ke pelajaran seterusnya..

so, masa ngajar2 syamil ni, aku realize yang dia ada problem sebut 'kho'.punyalah aku betulkan, sebutan dia akan jadi 'gho' atau ro terus..apalagi..mak dia ni punyalah risau..camne nak betulkan sebutan dia..
at last suruh dia pegang lidah dia ke bawah dan sebut..smlm finally dia boleh sebut 'kho' dengan betul..

tgk dia kdang tertekan gak sbb tak dapat sebut dgn betul..yela, aku asik betulkan jer sebutan..member baca yang lain lancar jer, tiba tang 'kho', mama suruh ulang sepuluh kali..hehe..so smlm dia pun sama2 turut berasa happy dgn pencapaian sendiri..aku cakap kat dia, kalau sebutan tak betul, kita baca quran makna jd lain, nanti silap2 kita sebut nama setan..terusla my ritter tu takut kan..dia mmg pantang aku sebut setan..tanak kena bakar sama2 ngan setan...hahahha..

so far, dia boleh beza tsa dengan sa, dan tza dengan za...amacam??complicated tak aku??..bukan apa, aku nak dia jadi seorang lelaki yang tahu ngaji, sbb nanti dah besar dia akan pimpin keluarga dia..kalau tak tahu,buat malu jer!so basic tu penting kan..didikan bermula dari awal..cheewahhh...hahah..mama dan berangan nak kahwinkan anak la pulakkk...teettt..

oklah, tu jerla citer aku..keadaan dah jadi sejuk balik,aku pun dah start selesema jer..takde mood manjang nak bercommunicate..

PS: cimb internet banking arini sucks!menghanginkan aku pepagi buta..

Friday, January 21, 2011

Aku Masih Dara


ha??jangan terkejut yer..
actually ni filem melayu terbaru aku tgk..
aku kalau review filem, maksudnya aku suka la jalan cerita dia..
so to all out there, kalau korang tgk tajuk sure ko rasa citer ni poyo, tah paper, pastu rasa cam citer2 streotype bese..
but bagi aku jalan citer ni antara jalan cerita terbaik..
santai, mudah difahami dan yang paling penting banyak pengajaran..
sesuai ngan zaman sekarang, dan kehidupan muda mudi masa kini..
ooh aku bagi 5STARS!
actually aku masih dara ni cerita pasal bagaimana seorang perempuan yang dah biasa dgn kehidupan yang sosial nih, dibukakan pintu hati oleh Allah untuk mencari jalan kebenaran.dan dia berjumpa dgn seorang lelaki yang boleh membimbingnya..aku suka byk nasihat dalam cerita ni..penuh pengertian dan panduan..banyak kata2 yang menusuk hati aku..(hujan sekejap).pelakon utama Raja Farah, Ashraff Muslim.Farid Kamil jadi jahat dalam citer ni(nyampah aku!!haha..)
So kengakwan, kalau ada masa luangkan lah menonton..tak merugikan masa korang walau sedikit pun..Take the gud things especially the advice.
May Allah give His bless for us!Amin.

Tuesday, January 18, 2011

Phd ooh Phd..

sebenarnya buat Phd ni kan memerlukan self determination yang tinggi..
sangat2 la tak sama ngan masa buat degree..
sbb Phd ni sbnrnya ko ALONE..everythings depends on YOU!
yes..selfish..erh bukan!
semua pun kena ada inisiatif sendiri, takde org yang nak tanya ko dah buat apa, dah belajo sampai mana, dah dapat result apa..kecuali dapat SV yang perihatin, yang luv ko teramat..
pastu ko memang takde rival, so takdela ko nak timbul perasaan cemburu irihati tgk kawan ko study bagai nak giler tapi ko keje tido jer..(tu yang jadi malas jer kejenya..cemburu kadang perlu gak tau)
so motivation tu memang2la kena datang dari diri sendiri..
yela, adala datang dr keluarga gak or kawan2 tapi org takde nak kesah sangat pun bila ko amik phd..sbbnya org rasa ko dah pandai urus diri sendiri..yela yang amik phd biasanya dah umur matang2 semuanya..ececece(aku matang ker?).kawan2 pun semua dah tak citer psl belajo dah..semua dok citer pasal nak cari keje baru, nak sekolahkan anak kat mana?so kiranya citer ko yang belajo ni dah tahap sipi2 tempias jer masuk topik..

ha!nape aku mengarut tak hengat nih??

actually aku nak bgtau la korang2 yang lum amik phd or tak amik phd, janganla dok ko pandang serong kat kita2org ni if/sekiranya/andaikata yang kita asik dok tulis psl OOH! AKU DAPAT RESULT SIMULATION YANG BEST! atau BULAN NI AKU NAK HABISKAN BACA 10JOURNAL! atau AKU NAK TULIS 3PAPER TAHUN NI! or THANX SUPERVISOR SEBAB PUJI!..kalau korang nak tahu, benda2 ni sebenarnya adalah salah satu dr motivation kitaorg(selain pergi shopping..erh silap!shopping bukan motivation tapi reward or penurun stress).janganlah kata org2 camni berlagak or dok cakap yg kitaorg ni takde keje lain asik tulis benda2 camtu, target tinggi la...klu tak target tinggi sure satu habuk pun tak dapat nak capai..lagi satu benda camtuh kalau tak ditulis mesti langsung tak hengat..so at least dgn menulis camtuh mengingatkan diri kita sendiri..so org2 kat luar sana, jgnla salah faham yer..tolongla mengerti kami2 yang serba kekurangan motivasi nih..susah wei kalau momentum dah lari..mmg sakit!!
cubaan dan dugaan pun banyak..nanges?pergh aku rs kalau nak sukat2 ada bertong2 air mata keluar..heheh..

so pasni kalau tgk org2 cam aku ni dok tulis benda2 yang korang rasa terlebih riak ker,or tak masuk akal ke or benda yang "ala...camtuh pun nak tulis ker?"..korang fahamilah yang itu hanyalah penulisan untuk memberi motivasi pada diri sendiri...sekian, terima kasih..

ps: ooh motivasi mana nak cari nih..kat kutub ada tak?

Thursday, January 13, 2011

perempuan malas in town..

amacam tajuk??cara??
aku mmg malas minggu ni..
dah tahap dewa ni..
saper boleh tolong tiup2kan angin malas ni bawak jauh2, TOLOOOONGGG!!
berkobar2 kunun nak habiskan Phd tahun ni, tapi still suka tidur tak hengat dunia..adoyai..pastu nafsu makan naik melambung2(ok takde kena mengena)
masih terkaku kat umah membuat keje2 lara dan berangan..inilha nama dia perempuan tak sedar diri..
takde motivation la..(alasan standard)
cepatla motivate aku!!..(mintak Fujiki Naohito ke Kim Hyun Joong ke motivate boleh??sure semangat skit)
camner nak jadi rajin ni..tolong la..tolong la..

PS: saper nak become motivator aku, sila email..kihkih



ni kengkunun buat2 rajin...walhal lepas sepuluh minit tgk buku, aku paling kepala kat komputer...

Monday, January 10, 2011

a little refresh

dah 3minggu aku bertapa kat rumah..
plan semua hancur angkara demam/flu/sejuk kat luar..huhu
sepatutnya hari ni dah kena pergi lab, tapi entah kenapa tadi rasa malas la pulak so end up aku just lepak kat rumah sambil selesaikan masalah heat transfer yang dok peningkankepala aku 3hari..

secara tiba2, syamil dok cakap nak pergi jalan2 tapi memandangkan esok sekolah tak boleh la nak kemana2 yang jauh skit..then kitaorg pun pk nak pergi kfc saje..okla, aku pun rasa nak pergi juga untuk refresh minda.alhamdulillah its a gud choice..sampai sana, still lagi dok pk2 dan buat keje and finally the problem solved..aku rasa that just me kot..i need to enjoy..dr dulu lagi macam tu kot..bila time exam makin ligat aku dok pusing shopping complex, main bowling, tengok wayang..or tak pun pergi driving..masa buat thesis master dulu pun, aku pergi sewa hotel 3malam just nak work with the thesis..:-)

so cuti ni apa yang berjaya aku lakukan adalah, melaksanakan keinginan tekak.
1) kuih seri muka
2) nasi tomato ngan kuah dal
3) kek pisang
4) pengat keledek
5) kuih keria
6) roti canai+roti telur(mmg betul jadi cam kat kedai...thanxs to my recipe!)

lusa ingat nak buat baulu gulung pulak..haha seminggu lebih demam tak larat langsung nak buat apa, second week walau demam bersisa tekak teringin makan macam2hehe..tapi i cam dah kurus dek kerana demam(pacan u!)

Monday, January 3, 2011

its 2011

wow!its already 2011..how time flies..
(aku nak cakap how time dance boleh tak??)
bila tgk status org kat fb, im getting nervous.why??
sbb anak aku pun tahun ni nak masuk sekolah dah..but still dia tak tahu baca..hehe..ok takdela, tak nervous pun dia tak tahu baca..because i know he will learn the skill slowly..nothing to rush.walaupun aku cuak tgk bebudak kat mesia dah tahu macam2 but still i dont want to push my son.aku punya pendapat yang berbeza tentang pendidikan anak aku.(mesti akwan2 aku pelik tgk perempuan yang gile obses pasal study tulis camnih..hahah)
tapi apa yang aku cuak adalah, aku mula terpk nak masukkan anak aku kat mana nanti masa balik mesia.ehe..
mmg lama lagi, but i have to think about it starting from now on.
ooh..sangat memeningkan kepala aku.
maybe its simple kalau masukkan jer sekolah kebangsaan biasa but still kena choose sekolah yang agak bagus. sekolah bagus bukan bermaksud akademik aje, but akhlak pelajar.kalau banyak murid yang kaki pukul,ponteng..aiyakkkk!!cuak!cuak!
sangat buntu.(ok!dua tahun lagi untuk fikir)
tapi bila fikirkan balik, apapun bermula dari rumah..yang penting hubungan kita dengan anak kena sentiasa rapat kan??but still..pengaruh luar tu mainkan peranan jugak..aishhh...penin lagi..
by the way nak show to all of you his part of creativity..and i do proud of him cause i think he is very talented(sorry a, aku memang suka puji anak aku..tapi cuba tgk, agak2 korang boleh create camni tak?aku yang was a designer ni pun dok tergaru nak buat, then between that time he come with this..phewww!)

its a gryffindor!walaupun tak sama..he can create the image yang aku pun pk camner nak buat ni..

the harry potter..siap ada magic stick lagi..kalau pemilihan colour latar tu lain,lagi nampak superb!!

AND FINALLY

presenting the dance by him untuk mama yang sakit arituh...tgh aku dok sakit kepala macam nak pecah, terhibur dgn performance dia..ENJOY!!

video

Sunday, January 2, 2011

anak jadi rebutan??

aku terbaca kat salah satu status kawan aku psl ex dia tak bg dia jumpa anak dia..and dia ada komen yang kata skrg dia faham camne perasaan bapa yang buat tak kisah pasal anak..dia cakap patutnya yang lepas biar lepasla..
ada benda aku setuju dengan apa yang kawan aku kata ni, dan ada yang aku tak setuju..

entahla, mungkin aku salah seorang yang lokek anak so aku bias kot..haha
tapi camner kalau si bapa tu tak pernah nak nak call anak dia walhal dia tau pun cara nak contact anak dia, then tak pernah nak bagi nafkah sbb kununnya dia takde duit dan mak budak tu lebih ada duit(main golf ada pulak duit.huh!!).pastu ada hati bila anak dah besar skit, dah terjaga dgn baik..datang2 nak ngaku dan amik anak tuh..jawapan aku BOLEH BLAHHH!!

aku ni nak kata pendendam, tak juga tapi adalah skit2..aku sbnrnya tak kisah pun kalau ex aku nak tgk anak dia,tapi sblm kekunun sayang anak tu, jaga dulu la kebajikan anak.and sebab utama aku lokek anak aku sbb bapak ex aku yang gila meroyan tak sudah tuh..mmg aku tak izinkan anak aku nak tido kat umah bapak dia tu..aku tak tahula, kalau aku akan bagi pd masa akan datang kan..
aku tanak anak aku jadi phobia, kot2 dia akan sebut2 psl "mama ko itu, mama ko ini" blabla..and thats why aku mmg takde nak bg anak aku pegi sana..boleh merosakkan perasaan anak aku..aku rasa aku dapat belajar kat sini pun ada hikmah..so 4tahun terselamat anak aku dr kata2 yang mungkin tak best dia akan dgr dr family sana..takdela dia blh nak sibuk nak amik anak aku kan..huhuhu..

yupps..im so selfish..but if u in my shoe and u will know how i feel..macamana aku hadapi benda ni selama ni tanpa org lain..tgk, cakap mmg senang beb..cuba try test dulu..then baru bg blh cakap macam2..

ps: haha..tetiba aku emo lak erh:P