SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, April 19, 2013

think out of the box

Berfikir di luar kotak.
Ramai orang suka cakap pasal fikir luar kotak.
memula bila tgk ayat ni, aku masih lagi samar2.
okla.makna memang selalu dijelaskan.kena pk differently tapi salu terpikir kenapa luar kotak.
Tiba2 pagi tadi dapatla gambar ni.
Circulated by one of my friend.


then terus rasa mcm faham maksud thinking out of the box.
ok.put ourself inside the box.
for sure kita akan tengok benda tu dari satu sudut jer.
samada kita nampak segiempat atau nampak bulat.
sbb kita tak boleh nampak keseluruhan imej.
tapi bila kita keluar dari kotak tu, barulah kita dapat 3D image.
rupanya objek yang kita lihat tu silinder.

so by putting our self out of the box, we are able to know the truth.
and also we get the whole view of it.
and for sure it is much better.

one more important thing: DON'T TRY TO BE JUDGEMENTAL.
Sekian.


Tuesday, April 16, 2013

Budak soleh.

Aku terharu ni..
Sungguh xdisangka anak aku ni sangat la baik.mahapla mak memang suka puji anak.
Bukan apa, td aku dok belek2 pencil box anak aku.dah rosak sikit.pastu magnet dah lari.buruk jgn cerita la..dah macam pembalut belacan dah.
Aku pun cakap kat dia "dah buruk dah ni.buang jerla".
Then syamil boleh kata kat aku dia nak basuh bersih2  sampai berkilat pencil box tu.so nanti blh pakai balik.
Tetiba mama dia sgt terharu.huhuhu.
Kalau aku dulu jgn harap le kan..memang aku tak akan pakai punya kalau dah rosak2 ni.tetiba dapat anak blh down to earth gini gaya.harusla mama dia over terharu.
Alhamdulillah syamil.semoga sikap ini berpanjangan sehingga akhir hayat.aminnn..

Monday, April 15, 2013

Unique rubbish.

Jom kitarsemula!!!

Saturday, April 13, 2013

Tikus ooh tikus

Masalah tikus ni memang tak dapat elak.Dulu lagi teruk.Siap tikus masuk pastu beranak lagik.sbb masa tu rumah takde org bertahun.wohoo..aku ngan adik aku masa tu dah jadi macam pest control lak.dahla masing penakut.tapi sbb geram kitaorg buat tikus cam bola hoki.

Semalam aku cam ternampak kelibat tikus.aku yakin tikus sbb kelmarin bgn tidur ternampak lubang air terbuka.so aku mmg syak cik ti masuk umah aku.aku rasa sbb kat luar tu takde makanan.so meroyan a cik ti kan.
Then aku dah bertekad arini nak beli perangkap tikus.sekalik dlm kul 10 camtu aku perasan lubang air sekali lagi terbuka.so aku suspect cik ti ni keluar la kot.amboii..sedap ko keluar masuk buat cam umah sendiri erh.

Aku apalagi.terus sendal lubang air tu.then malam smlm dlm kul 12 aku dengar ada usaha2 untuk menolak lubang air tu.aku dengan kejamnya masak air pastu curah kat dlm tu..hahahhaha..puas hati aku.erhh kejam ke aku ni??????

Sunday, April 7, 2013

Gi Joe Retaliation

Semalam layan GI Joe kat Bukit Indah.
Aku rasa best jugak movie ni.Best sbb banyak sound effect and aksi yang hebat.Ternganga kitaorg tgk Ninja lawan tepi gunung curam.
Takde aksi yang over sangat sbb aku ni klu bab bunuh2 berdarah cam ganas sgt ala2 Ong Bak tu aku xberapa suka..sbb ngeri.tapi banyak letup2 la.
Tapi tak best sbb Duke awal2 dah mati..sedih.sib baik datang Joe a.k.a Bruce Willis.walaupun hero tua, dia sangat best.
Aku rasa kurang aksi2 yang blh buat sakit jantung.Tak mcm cite Mission Impossible.Tapi keseluruhan citer memang best.
So sape belum tgk, jemputla tgk.

Saturday, April 6, 2013

JANJI DITEPATI

Dulu kalau orang janji pastu tak tunaikan, aku memang akan hangin gila2.
Tak kira la, hatta ko cakap "yang..esok kita p beli roti erh"
Sebab, dah bila ko cakap, aku teringin.
Sekali sampai masa ko tak jadi pergi.
Sentapla kan makcik.

Tapi la ni..aku dah matang sikit(Uhuk!Uhuk!-ni kata kawan2 aku)
Hati sentap la gak tapi aku just redha jer.
Lagipun buat apa nak sakit hati.
Yang stress kita gak.
Kalau orang janji pastu tak dapat tunaikan, diam2 udah..takpun tunaikan sendiri.
Heheheh.
Remember!kita yang pilih untuk be happy.
So tak payah dok serabut2, sedih2.
CHOOSE A GOOD LIFE-HAPPY LIFE.
macam dalam lirik lagu..hadapi dengan senyuman.
eceh!

oh ya ni takde kena mengena dengan pilihanraya ye.
kang org kaitkan aku pulak.
sudahnya message tak sampai.


#Gambar takde kene mengena dengan cerita.Aku sangat rindu nak lepak ngan Karlsruhen.


P.s: Please suggest 1 book for me.Bahan bacaan dah habis, tak tahu nak beli buku apa.

Friday, April 5, 2013

Politik

Salam 1 MALAYSIA..(Haha..matikla ada org kutuk aku)
Sejak2 demam pilihanraya, sibuk sana sini orang dok forward benda2 yg ada kena mengena dengan parti politik.
Naik rimas aku dibuatnya.
Bukan apa, fanatik giler kot.
Tak kose makcik nak layan.

Yang tak boleh tahan adalah bila mana semua komen pun nak kaitkan dengan politik.
Semua orang ada preference masing2 kan.
Tak kira la ko nak sokong parti mana pun, tapi sebagai manusia apatah lagi Islam, silalah hormat orang lain.
Ini tidak, asik2 dok nak mengata, memaki orang lain.
Halloo kawan2, otak mu letak mana???

Aku ni ada gak berat parti tertentu.Tapi kalau parti or org dalam parti tu buat salah, aku cakap salah gak.
Takdela aku kata betul.
Ini tidak, taksub mengalahkan apa.
Baru sentuh sikit dah melenting.
Aduhai!gaya dia macam dia tahu jer orang tu personally.
Walhal semua pun dengar2 dan baca2 jer.

Satu hal lagi suka sangatla sebar benda2 yang mengaibkan.
Tak kiralah yang mana pun.
Aku memang tak faham.
Yang satu tu KAFIR kan so tak boleh kata apa, tapi yang ISLAMIC pun lagu tu jugak.
Apa nak dikata?????Dalam Islam setahu aku kalau menyebarkan aib orang atau benda yang orang tu tak suka dah kira berdosa dah.Camner tu?
ITULAH NAMA DIA POLITIK!!!
tak boleh kata mengata.
sama jer dua kali DOL.

Satu hal lagi, bila bab mengata bukan main lagik.
Tapi time dapat duit semua beratur paling depan.
Pastu cakap dah duit dia.
Sekalik check2 rupanya dia tak bayar pun tax tiap2 tahun.
Ada tu siap kong kalikong sebab nak lari dari tax.
Then kata duit dia..Pfftttt!
Kalau dah ko kutuk tak bersih la itula inila, rasuah la, cuba ko jgn subahat.
Tak payah amik.
Tak mati kot tak amik duit tu.
Ini namanya manusia yang PENTINGKAN DIRI.

Erh..over pulak makcik arini.
Geram pulak.
Takpela, malas fikir (Nanti ada pulak org kata berdosa tak amik tahu..huhu)
Baik fikir perkara2 yang best.
Barula positive minda dan jiwa.

So untuk tazkirah di hari JUMAAT;
MARILAH KITA BERSEDEKAH SEDIKIT.
Semoga rezeki diberkati.

P.s: Makan apa best erh????


Thursday, April 4, 2013

Ikut sape la ni????

Mama nak beli barang tapi akhirnya....

Wednesday, April 3, 2013

Boboiboy

Kisah dah basi.berlaku 31mac lepas.memang sejak nampak iklan kat ioi mall, anak aku ni sibuk nak p jumpa watak boboiboy dan yaya.so mak yang sbb dah ts bersalah salu jln xbwk anak pun dgn gigih pergi la ke tempat kejadian.tulis kat iklan waktu dr kul 12 sampai 4.sib baik aku sampai kul 1.rupanya boboiboy keluar kul 1.40.

Sementara nak tunggu boboiboy kita makanla dulu.pastu jalan2 tgk2 dan2 tgk org dah start berkumpul.so dtg pengacara suruh semua dok kat dpn sbb ada kuiz.anak aku berani k..dia angkat tgn pastu jawab soalan.dapat hadiah.seronokla member.heheh

Pastu diorang buat activity chicken dance.anak aku semangatla kan..dia mmg tak malu.suka joget2 sana sini.sambil tu diorang announce sapa nak amik pic sila beratur.aku mmg dah standby jer kat tepi tangga.beratur supaya dapat turn cpt.agak2 lagu chicken dance nak habis terus panggil syamil beratur.syamil beratur kat dpn sekali.aku pun standby dpn pentas.tp yg sakit hatinya, ada budak selamba badak masuk dpn anak aku.tp syamil relax jer.ok, blh tahan lagi.dtg pulak mak budak ni, dia pergi selitkan pulak anak2 beranak ke adik beradik budak tu..oiit bengang aku.anak tak tahu civic aku tak marah.mak tak tahu civic mmg berangin la kan.sib baik dtg pegawai bertugas dok jaga.klu tak ada gak mak pak lain nak selitkan anak diorang kat depan.tp yang cool tetapla syamil..huhuhu..terus mama dia tak jd marah.so dapatlah bergambar dgn boboiboy.puaslah hati.

Dah puas hati..balikla kitaorg untuk activity tido..hehe

Tuesday, April 2, 2013

Birthday syamil

Assalamualaikum.
Maaf ye klu sape masuk blog aku tgk2 tak blh masuk.aku tutup jap arituh atas sbb2 tak blh dielakkan..hehe..biasala tetiba takut diceroboh privacy.

Btw, nk cerita pasal birthday syamil aritu.lama dah, masuk sebulan kot.actually plan asal nak buat biasa2 je kat umah.tp perempuan ni mls nak kemas umah after the majlis.so kira2 buatla kita kat kfc.aku amik package yang 10kanak2 10dewasa.harga dalam dua ratus lebih.yang bestnya dia keluarkan maskott sekali pastu ada activity.biasalah, aku ni mana reti nk plan2 majlis..serahhh je senang.

Pastu sbb syamil request, aku belikn dia cake baskin robbins.cake ice cream so memang best la.cukup utk semua org.

Lain2 aku just pack goodies serba sedikit.kawan2 syamil ngan sedara je dtg.memula nak gak ajak geng2 aku tp kang jd majlis mak pulak bukan majlis anak..heheh..

Alrite, itu sajala untuk permulaan.jumpa lagi di lain hari..tatatititutu...