SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Wednesday, December 30, 2009

MooD Jiweng-->tak blh blah..

pagi ni mood jiwang..sbb bangun terawal kul5.30, so tetiba terdengar lagu ni...
rasa sangat seusai dgn keadaan aku skrg ni...
nak dedicate kat org tapi aku tau encik tu tak baca blog aku..
so layan jerla...

Kaulah Segalanya
Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku,kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku,
jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu,
betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati
Cintaku padamu ikhlas sejati

Tuesday, December 29, 2009

sesel...sape tau?

Ni citer lawak distorykan oleh my aunties..sbb masa kejadian ni berlaku semalam aku tgh syok menidurkan diri sendiri..;).

masa Tu syamil tgh nak main kolam ngan cousin aku punya anak..syamil dah masuk dulu dalam kolam.then disebabkan niece aku tu still pakai diaper,mak aku p la cebukkan dia sebelum nak bg dia masuk dalam kolam mandi tu..yang syamil lak nampak mak aku tgh cebukkan sedara dia tuh, dia pun dengan selamba bomba dia cakap "tokmak, sesel tokmak..sesel..dia kencing nanti najis" kebetulan ada sorang makcik sedara aku kat situ..dahlah makcik aku ni blur dgn perkataan sesel ni sbbnya kata dia tak pernah dengar..dia pun tanya mak aku apekebendenya sesel tuh?..ha, bg yang tak tahu..sesel tu maksudnya toskan air kencing bg budak lelaki yg tak sunat..supaya semua air kencing tu takdelah tersimpan dalam daging yang lebih tu..disebabkan aku salu ingatkan syamil suruh dia sesel bibird dia, dia pun ingat sedara dia yang gigirl tu pun kena sesel jugak...

akhirnya benda ni jadi bahan lawak oleh my aunties..

Teringat ker?

Tetiba jer teringat...
Ingat apa?
Ingat kawan aku...
Kawan mana?
Kawan aku yang pemalu tuh...
Kenapa ingat?
entah erh...
Dia ingat aku kot?
Haha..perasan giler...
Dah2, baik layan keje berlambak tak siap tuh...
=)

aPa Yang andA mahukan

aku ni memang suka berfikir..kadang tak penting pun, sbb ada jer benda penting yg aku kena pk..tapi aku still suka pk..hehe..tapi aku rasala org yang pernah ada pengalaman cam aku ni kan mesti akan fikir benda sama jugak tau..
biasanya dalam sesuatu perhubungan apa yang didambakan oleh pasangan tersebut..i mean apa yang lelaki mahukan dalam perhubungan dan apa pula yang perempuan nak dalam perhubungan.kenapa agaknya kita nak dalam sesebuah perhubungan..sbg contoh klu kita decide untuk kahwin, kenapa kita kahwin..sebab nak anak?sebab nak ada teman?sebab nak menghalalkan ke?sebab nak ada financial support?sebab nak kongsi hidup?
dulu aku rasa aku akan jawab sebab2 diatas tu..tapi skrg jawapan aku ialah sebabnya kita mengharapkan kebahagian..apa tu bahagia?yang itu subjektif..bagi seseorg mungkin bahagia sbb ada duit banyak, bahagia sbb dapat husband handsome, bahagia sebab dapat anak yg comel..dan pada aku kebahagiaan adalah sesuatu yang kita blh create bukan kita cari..sbb tafsir kebahagiaan itu terletak pada kita..kebahagiaan bg aku adalah sekiranya aku hidup tenang, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang baik dan dirahmati Allah, serta dapat berbakti keada manusia.Dalam perhubungan pulak, kebahagiaan bila aku dapat menenangkan hati pasangan aku dan begitu jugak sebaliknya, serta aku dapat menjadi yg terbaik untuk diri pasangan aku dan begitu jugak dia..Tak kirala dalam apa keadaan sekalipun..walau ada masalah, walau dalam keadaan tertekan,walau dimana sekalipun..
SEMOGA KEBAHAGIAAN SENTIASA ALLAH PINJAMKAN UNTUK KITA SEMUA SEHINGGA KE AKHIRAT KELAK...

Monday, December 28, 2009

AvaTar-sangat best..

Semalam, aku pergi tgk avatar..disebabkan aku cuma buat phone booking..dapat seat second dr depan..uish sakit kepala mendongak..tapi kerana citer ni best, rasa tak menyesal tgk..dan for sure aku akan p tgk sekali lagik..heheh
So, Avatar ni mengisahkan seorang jejaka bernama Jake SUlly yg terpaksa menggantikan abang dia yang mati untuk ke satu mision di Pandora. So in the beginning, Jake ni cam jahat gak la..dia bersetongkol ngan pihak tentera untuk hapuskan Pandora sbb nak dapatkan batu yang berharga dekat Pandora.
Tapi yang bestnya bila Jake dah bergaul dan mempelajari cara hidup org Na'vi, dia dah mula jatuh hati dengan cara hidup kat situ dan juga jatuh hati dengan seoarang gadis Pandora yang jugak anak pada salah satu ketua puak di Pandora; Nytiri..
Dan bermula dengan itu, startla perjuangan Jake untuk menyelamatkan puak Na'vi..sampai the last Jake memilih untuk menjadi salah seorang dr org Na'vi..
Jalan cerita sangat menarik..even syamil yang memula asik tanya bila nak habis jadi bersemangat bila tgk scene peperangan antara manusia biasa dgn org asli Navi ni..
Kesimpulan dari cerita ni sebenarnya menyuruh kita menghargai alam sekitar kita. Walau macam mana kaya pun kita, kita kena sedar yang tak semua benda kita boleh beli dengan duit dan juga duit tak dapat membawa erti apa2 sekiranya alam yang kita duduki ni musnah...
Huhu..
Habis tgk Avatar, aku p makan dgn NaPeT, aMan, Fira ngan syamil kat one of gerai kat subang..sampai kat gerai tu, ada pulak game ArsenaL lawan dgn Ashton Villa..Masa aku sampai tu 0-0 lagik..tapi yang bestnya start aku duduk, tak berapa lama Fabregas score satu gol..N penyudahnya Arsenal menang 3-0..what a Glory..hehe..kan betul aku kata dulu, kalau aku tgk game Arsenal sure menang with glowry..wakaka perasan giler...Napet cakap kat aku, klu camtu aku kenala selalu watch the game untuk bagi Arsenal menang..huhuhu..

Friday, December 25, 2009

DecisION maKIng part

Do we realize that in our life we are always facing the same situation which required us to make a decision. Either the decision is positive or negative, it still have pro and kons on it..
But the most important is to stick to that decision and prepared for the following consequences. If we patience enough, we will get the best.
As a woman, I'm always influenced by my emotional part when come to this. Ama said that I don't have enough patience. Always want thing to settle things as fast as I can. And sometimes that make the -ve impact on my decision..:)
But after 30years of living, now I'm starting to walk slow and thinking thoroughly before doing something. Maybe adrenaline has decrease kot..
And the most important thing, I realize that whatever I wish for, whatever I do, I have to leave it to Allah in the end(after done the effort) because everything in this tiny little world belongs to HIM and HE knows the best for me..may me become insan yang more beriman dan bertawakkal serta tabah dalam menghadapi cabarn hidup..

PS: to my buddy ET- SELAMAT BERTUNANG DEAR..I always pray for your happiness..bila nak lepak nih?..

Pabila sYamil berkawan

Syamil meman suka berkawan..Antara sikap dia yang menarik perhatian aku ; dia suka mengalah dan tak suka berkasar dengan kawan. Klu ada orang nak amik barang yang dia tgh pegang atau barang kepunyaan dia-dia cuma akan masam muka dan mengadu pada aku(MANJA NYER KES)..Dan kebiasaannya jawapan aku-"YOU HAVE TO SHARE MY BABY"Dan lagi, syamil seorang yang sangat penyayang..Walaupun kadangkala he make me sick with his perangai yang ngada2 but I'm still proud of him..
Syamil easy going, bila dia bermain kat playground mesti dia akan dapat sorang kawan kamceng pada masa tu.Baru2 ni masa aku pergi McDonald, he got one friend call"Ina". He look so happy and insist to play a little bit longer..But since Ina have to leave early, they all terpaksa stop playing. Yang kelakarnya, Ina ni boleh tanya nombor telefon Syamil..wow!!anak zaman IT kan..tadika lagik dah boleh mintak2 no tepon..haha!!
Satu lagi benda yang aku rasa lawak time tu, bila Syamil bercerita tentang diri dia..Mama saya kan nama dia blabla..Saya sekolah kat German..klu ada video, sure aku dah rakam dah..
PS:Makcik yg tegur syamil kat Carefour pun boleh berkenan kat dia...huhu

Sunday, December 20, 2009

Nice Song indeed

MENATAP MATAMU by ARIL

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya ku selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat di hatiku berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa rasa rindu tuk menatap matamu
Menatap matamu...

Bagaikan bintang nun jauh disana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun
Andainya kau jadi milikku
Selalu ku nyanyi kan lagu rindu

Andaikan kau dan aku
Bersatu dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu deat di hatiku berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa rasa rindu tuk menatap matamu
Andainya kau jadi milikku selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat di hatiku berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa rasa rindu tuk menatap matamu

Saturday, December 19, 2009

sediH

harini aku balik johor..so adalah connection internet yang laju skit kat umah my aunt..agak kepenatan sbb smlm seharian berjalan ditambah perjalanan ke johor yang agak memenatkan..
bercerita pasal kesedihan, bangun tido tadi aku rasa memang hati tak keruan jer..then bila on facebook suddenly aku terbaca tentang senior aku masa aku di PPKTJ..aku agak baik la dgn dia dulu..dia seorang yang sangat baik..jarang marah2, mudah tersenyum bila berbicara..but when I read about her..I feel very very sad..dia disahkan mengidap kanser usus third stage..i was very shocked and doesn't know what to say..
Memang ajal maut di tangan tuhan tapi sebagai manusia, kita tetap ada perasaan kurniaan tuhan..aku sentiasa doakan my senior supaya selamat dan dipanjangkan umur serta disembuhkan dari penyakit yang dihadapinya..semoga kita semua mendapat kebahagiaan..

Tuesday, December 15, 2009

My oLd friend

Hari ni aku ingin bercerita tentang seorang kawan lama aku.. Aku kenal dia sejak aku masuk universiti..Sifat kawan aku ni memang totally different la dari aku, dia pendiam, pemalu dan sangat cool orgnya..tapi still aku suka kawan dgn dia..memula dulu memang la ada masalah kawan dgn org camni..yerlah aku ni terkenal dgn org yg kecoh dan suka bercakap kan..salu aku dok potpet potpet, dia jadi tukang dengar jer..and kawan aku ni klu marah pun dia senyap jer..takde maknanya dia nak gaduh2..dulu memang aku tak faham, bila dia marah, bila waktu dia tak suka, bila waktu dia tanak diagnggu, tapi setelah 10tahun aku jadi kawan dia, aku dah faham sangat..so klu dia cam tanak layan jer aku cakap tu, aku dah tahula yg dia ni tgh tak mahu diganggu..aku rasa org memang susah nak faham kawan aku ni klu tak betul2 kenal or tanak cuba kenal dia..
tapi dia still seorang kawan yg sangat baik, yang amik berat pasal kawan, dan sangat setia dalam persahabatan..and I'm really greatful to have a friend macam dia..
apa yangs ama tentang kawan aku ni dengan aku sbb dia ni anak kedua dalam keluarga..And minat tu adalah skit2 sama.
Dalam hidup ni, kita akan jumpa ramai org, yang manis mulut, yang suka berjanji, yang baik hati, yang dengki, dan kita kena pandai mencari kawan. Kawan yang sanggup senang dan susah dan kawan yang sentiasa ada bersama kita. Bagi aku, banyak kawan yang aku panggil sahabat yg ada ciri ciri ini. Walaupun aku tak banyak sangat kawan, tapi aku bersyukur sebab dikurniakan sahabat yang baik. satu lagi pengajaran berguna yang aku belajar dari sifat kawan aku ni adalah, action speaks more than words. Kadang banyak cakap pun tak guna kalau tak boleh nak tunaikan, dan lebih baik berdiam diri sekiranya itu mampu membahagiakan...

Sunday, December 13, 2009

theater Natrah


Aku bukanlah peminat teater..this was the first time aku layan teater..sbb yang utama adalah tajuknya "NATRAH" dan sebab yang kedua sbb ada REMY ISHAK..(penangan NUR KASIH). Jalan cerita Natrah ni memang aku dah tahu dr dulu lagi sbb nama aku..This theater was awesome, banyak element yang menyentuh perasaan, besides I love all the artist yang memainkan watak dalam ni..SUPERB!!


Eventhough tak dapat the most expensive ticket because sold out but aku berpuas hati sbb depan aku takde orang duduk which means I have a clear view. And aku berjaya mendapatkan signature dr pelakon utama dan bergambar ngan MAYA KARIN..heheh
So my first experience dgn theater was very good, and Im planning to watch many many more musical theater after this..And one more, aku nak berminat dgn classical ochestra..maybe sooner or later I will get involved, so anyone willing to join me..

PS: Jatuh cinta tgk mata Remy Ishak..har..har...

Friday, December 11, 2009

Ninja Assasins

My first opinion;A REALLY GOOD MOVIE
although there are so many violence act which is not suitable for children but I do believe this movie has a good intention behind its KEGANASAN..besides I love RAIN..heheh..so I give 4.5 over 5 stars..Action cerita ni pun memang superb..Ada class.Aku sebanarnya tak berapa suka tgk citer yg banyak violence but since my bros request nak watch this movie so, aku follow jer.
Apa yang aku dapat aku simpulkan dari cite ni, sebenarnya kita boleh pilih jalan hidup yang kita nak..samada nak jadi baik atau jahat, nak berubah atau tidak, nak berkorban atau tidak..its up to us..
Pilihan itu terletak pada tangan kita, dan kalau kita yakin dengan pilihan kita, pasti kita akan berusaha bersungguh sungguh untuk apa yg dah kita pilih tanpa rasa ragu ragu dan mengalah..
Tp tak semua org boleh buat camtuh..Sometimes orang hanya pandai cakap tapi takde usaha, so tak jadi juga..Are you one of them?Tepuk dada tanya iman..

Thursday, December 10, 2009

KL-JB

semalam aku gerak dr kl ke jb..ada benda nak uruskan..aku singgah jap melaka jumpa member, bawak syamil pergi zoo..tercapai la hasrat syamil nak pergi zoo..sibuk dok cakap itu ini nampak binatang..thanx to my best friend sbb belanja macam2..driving jauh2 rasa letih jugakla..sejak aku balik cuti kat mesia ni, rasa cam masa tak cukup2 jerk..pelik sungguh..takdela aku rasa busan ke apa, rasa cam penuh jer schedule aku..walhal bukan buat apapun:)..sampai jb dalam 8.30malam, then pergi makan kat sungai chat, dapatlah pekena murtabak..sedap2..kenyang..uish, dahla berat dah jadi 50kg..kena banyak bersenam untuk turun 5kg..matilah...tapi family aku kata skrg nyer figure lagi ok..klu tak cam org merana jerk..entahla yerk..phobia dgn kegemukan nih.wahaha...camner erh??

Monday, December 7, 2009

6thDec2009 mE bEcoMe 30

Semalam, aku dah makin bertambah tua..dah makin banyak amalan ker?dah makin bertambah baik ker?uish..bila pk takut la pulak..entah berapa lama lagi masa yg tinggal kat dunia ni..
Anyway, I had a really happy birthday..hang out with an old friend..memula tgk wayang citer New Moon..tgh tgk citer new moon tetiba rasa sedih la pulak..especially time Vampire tu tinggalkan Bella...member aku tanya aku, klu aku which one will I choose Edward or Jake..aku terus jawab Edward and he said kesian la kat Jake tu...huhuhu..okey, everybody has its own opinion kan..
Pastu kitaorg having a dinner kat Secret Recipe..aku makan tak habis sbb takde selera sangat nak makan..BUt the cake was really marvellous..cuma sbb kekenyangan aku kongsi jer a slice cheese cake tu..have the picture of the cake but kat dlm kamera kawan aku la pulak...
Apa azam aku aku sempena ulangtahun ke-30?azam aku nak jadi org yang lebih baik dr sekarang, mama yang lebih perihatin dan pelajar yg lebih bertanggungjawab..nak tumpukan hidup aku pada pelajaran aku dan berbuat baik dgn semua org..Nak hilangkan perasaan dendam dan melupakan segala apa yg pernah berlaku dalam hidup aku..Nak jadi seorang yg positiv...Serahkan diri pada Allah, dan berdoa semoga segala kebahagiaan menjadi milik aku dan syamil..
so doakan aku k...cheers..