SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Teater Salina

Siapa yang tahu tentang Salina?
Kepada sesiapa yang tak tahu, Salina merupakan sebuah novel karya A. Samad Said.
menceritakan tentang kisah hidup Salina seorang GRO.

Aku bukan pencinta sastera TAPI
aku sangat suka jalan cerita Salina..
Ia membawa kita berfikir..
dan paling utama, kerana ini novel Melayu pertama yang aku baca.
Aku dapat novel ni masa aku darjah 6..

Aku dapat tahu, tahun depan Salina akan dipersembahkan dalam bentuk Teater.
Sayang sekali aku tak dapat nak tengok.
Harapan aku moga2 akan dipersembahkan lagi dua tahun akan datang.
Untuk kawan2 yang kat Malaysia, dan sesiapa yang dah pernah baca novel ni,
Saksikan Salina di Istana Budaya tahun hadapan!!

PS: APsal cam tetiba aku jadi formal, pastu jadi pengiklan???:-P

Wednesday, May 12, 2010

NiAt Jer Tak cUkuppp

naper niat jer tak cukup?
bukan selama ni org kata semua benda yg kita buat bergantung pada niat kita..
tapi bagi aku niat jer tak mencukupi..
yerla, kita tgk pada pengertian IMAN itu sendiri,
IMAN ialah
*Yakin pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
*Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
*Amal dengan anggota

so sangat terbukti bahawa niat saja tak mencukupi..ni dari sudut agama, cuba pandang dari sudut kehidupan seharian kita..
aku bagi contohla, kita berniat nak makan tapi kita tak pergi beli nasi or tak masak, boleh ke dengan niat itu sahaja kita blh jadi kenyang..sah2 la jawapannya TIDAK..

begitu juga dengan yang benda lain..niat saja untuk berubah menjadi yang lebih baik tidak cukup untuk menjadikan kita baik. disamping niat itu, perlu juga usaha dan juga doa, dan insyaallah barulah kita blh menjadi org yang baik..contoh kedua, kalau ada org yg suka sangat pukul isteri, then setiap kali lepas pukul bini dia, dia dok kata insaf pastu niat nak berubah tanak pukul lagik, tapi pastu dia still pikul wife dia..dan begitula setiap kali..adakah dengan niat saja sudah mencukupi?adakah dengan niat sajer boleh mengatakan dia dah insaf, mestilah tak kan..sbb perbuatan dia masih sama..

kesimpulan kat sini, untuk berjaya, tak bolehla hanya dengan niat. niat is the first step, klu takde fisrt step camner nak malangkah ke tahap yg lain.tapi kita kena tahu yg niat jer tak cukup kalau nak mencapai sesuatu.sbb setiap niat tu perlu disusuli dengan usaha dan tawakal barulah kita boleh dapat hasilnya..

Wednesday, May 5, 2010

KeTiaK BuSuKK!!

Kenapa ketiak/badan boleh berbau??I mean bukan bau wangi kay..bau busuk..hehe..puncanya sebenarnya asal dari peluh kita. Tapi adakah peluh seseorang tu memang asal2 keluar jer dari badan busuk??tak jugak..mengikut fakta yang aku baca, peluh sebenarnya tidak berbau busuk sehinggalah bakteria datang melekat, cium2 peluh tu, and then barulah peluh anda akan start mengeluarkan bau..semakin banyak bacteria membiak2 kat peluh korang tu, semakin busuk la bau korang..especially bahagian ketiak..sebab bahagian ni macam close section la dan jugak sangat terkempap..plus kalau bulu2 tu menjalar2 kat bawah ketiak..yuckkkksssss!!!!
Peluh sbnrnya keluar dari dua kelenjar utama ECCRINE dan APOCRINE. Yang keluar dari APOCRINE inila yang salu bacteria suka..Macamana la pulak nak kurangkan bau badan or especially bau ketiak nih..there are few tips:

a)Elakkan pakaian dr material yg tebal or yg membolehkan bacteria membiak, contoh pakai sweater ker tgh2 ari buta.pakaian dari cotton sangat baik untuk pengudaraan..

b) Ini mesti ramai tak boleh buat...kurangkan minum kopi or yg sewaktunya-sbb kopi menggalakkan pengeluaran peluh dr kelenjar peluh

c) Mandilah selalu-macam baisa kalau mandi tu jangan mandi kambing yer, mandi dgn sabun..pastu gosok la bahagian yang mana patut..

d) Kurangkan merokok dan kurangkan alkohol(bg yg peminum tuh) -ha..kurang merokok ni jugak boleh selamatkan duit anda hangus terbakar yer..

e) Yang ni unavoidable especially for me..KENA KURANGKAN STREE OR DON'T OVERWORK YOURSELF..-stress dan nervous sbnrnya boleh meningkatkan kadar bau badan. aku setuju sangat sbb kan, dulu aku salu bau kaki org2 busuk ni especially bila time peak keje..

d) Jenis makanan yang dimakan kenalah pilih2-cam org kata kalau makan banyak bawang putih sure la badan bau giler..cam rempah2 pun kdg blh meningkatkan bau badan yang tersangat hangit..mengikut kajian badan akan lebih berbau seleaps kita makan benda2 yg berprotein..so sila semak apa yang anda makan.. list of foods that cause such an effect in your body.

e) Kalau dah takde cara sangat, yang paling berkesan ialah menggunakan deoderant..tapi di ingatkan, kebersihan kena jaga gak, jangan ko tepek jer deoderant kat ketiak busuk..pergh mau pengsan org kat sebelah..

kenapa aku tetiba utarakan isu ketiak masam ni???sbbnya tadi aku nak pergi office tetiba ada mamat ni duduk sebelah aku dalam bas dan bau ketiak dia sangatla aku tak boleh tahan..dahla banyak giler tempat duduk kosong, dia boleh duduk sebelah aku jugak..adooooiiiii!!!rasa nak jer pakai sepit kat hidung..anak aku pun tahu bau ketiak sendiri untuk pastikan ketiak dia tak busuk..siap cakap, nanti lepas mandi amil nak pakai minyak wangi mama la, jadi ketiak amil tak busuk..ha, tgk2!kesedaran sivik tuh...

PS: ada org kata bau ketiak lelaki boleh kurangkan stress untuk kaum wanita..alamak..aku sangat rasa benda ni not apply to me..kalau ketiak wangi mungkinla..tapi kalau ketiak busuk tambah stressssssss!!!