SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

A boom news!

Sebelum korang tertipu dengan statement aku, nak di terangkan ini bukan pasal aku dan bukan pasal sesiapa..
But, I came across one blog.
And suddenly terasa nak buat entry ni, walaupun ini adalah waktu tidurku.

A boom news?Its mean unexpected news.
For sure bukan good news but bad news.
So macamana rasanya korang accept that news.
Kita boleh tgk banyak reaction orang.
Either they will keep inside, and crying when no one looking.
Or they will start mengamuk tak hengat dunia.
Or dia menangis tang tu jugak.
Or they will keep it sampai diorang hilang diri diorang yang sebenar.

Ok, thats the first point after receiving that bad news.
Then how about after that.
Macamana korang hadapi perkara yang berlaku.

Melalui pengalaman aku sendiri, aku rasa aku adalah seorang yang strong.
Ok, not really3 strong sbb aku nangis gila babi bila dok sorang2 tapi still aku boleh fikir buruk baik perbuatan aku.Mungkin aku ni ada sifat2 pasrah kot..heheh
Bak kata kawan2 aku, aku keras hati.So orang keras hati biasanya tak akan ambil keputusan yang menyakitkan diri sendiri.Tambahan dalam relationship aku cuma letak 80% kepercayaan pada orang which is sekarang aku rasa dah tinggal baper percent yang aku pun tak sure.Eheh..So thats why I can survive.Bagus gak kadang2 pikir negative ni kan.So anything happen takdelah jatuh dari tingkat 50.

Seriously, dalam hidup aku, aku pernah rasa dalam diri yang aku faham perasaan org yang bunuh diri.Masa tu aku kat Jepun. And masa tu jugak banyak benda jadi dalam hidup aku.Tapi aku masih dapat berfikiran waras sbb aku yakin Allah tu ada dengan aku. Sbb aku tahu Dia sentiasa dengar aku, sentiasa tahu apa yang aku rasa. Sbb tu bila datang masalah lepas aku kahwin, at some point aku rasa aku dah used to it. Thats why org tgk aku cam ok jer.Orang tgk aku cam relax jer, tak sedih sangat pun.Sbb aku dah ada pengalaman hadapi benda sorang diri and the second time I'm not alone.Syamil the knight dah ada menemani aku.

Kepada sesapa yang rasa dia tak boleh hadapi hidup ini, sbb disakiti atau dikhianati, please be strong.Ingatlah, kita memang kadang tak dapat cinta yang kita kejar tapi sebenarnya dalam hidup kita ada CINTA YANG AGUNG. Yang memang sentiasa terbuka luas untuk kita.Yang sentiasa beri kita peluang untuk dekat dengannya.Yang tak pernah jemu menemani kita.Dan tak pernah melupakan kita.Yang utamanya kita kena sentiasa dekatkan diri kita dengan DIA.Semoga ketenangan menjadi sebahagian dari hidup kita.

PS: Berat mata yang memandang, berat lagi bahu memikul but always believe that "TIADA DUKA YANG ABADI DIDUNIA"


Wednesday, March 2, 2011

harga Sebuah Kebebasan..

ni entry kepam lama dah ni..

huhuhu..ala ala nak merdeka gituh..
bukan2..aku bukan nak cakap pasal merdeka..
dah lama nak tulis entry berkaitan ni, tapi takde idea mahu membebel, so aku dok peram dulu..
then bila terbaca kisah mengenai Nabil Raja Lawak dalam utusan, aku terasa nak menulis..

Perasan tak???
kita manusia ni tak lari dari sikap ingin dikenali..
aku tak kata semua, segolongan la kan..
bukan cakap artis, celebrity jer dikenali ramai, ada jugak bloggers yg dikenali ramai..

mungkin ramai yang suka kerana terkenal-nak meniaga pun mudah..
tapi disebalik semua tu, aku terfikir yang sebenarnya disitula kita akan menghargai enti sebuah kebebasan..
mcm public figure, pakai tudung ronyok pun mesti org mengata, pastu klu buat apa saje ada jer mata yang memandang..ko nak korek hidung pun susah..kalau bercinta, pergi tgk wayang berdua pun dah jadi bahan kecoh..walhal perkara tu kalau org biasa tak kisah pun ko nak tgk wayang?dinner?..semua tu org tak pandang..
blogger juga begitu, bila dah glamor mesti ramai iri hati, mesti byk timbul komen2 yang negatif,ada yang berkawan kerana nak tahu cerita sensasi..kiranya kehidupan diorang ni cam tak blh lari dari pandangan org..(aku tak glamour, so kira selamat la)..

in the same time sbnrnya org yang glamour ni, kadang bukanla nak sangat cerita diorang disensasikan(ada yg memang sooka) tapi most of them mahu jugak privacy..BUT because they choose to be in that way, so they have to pay the price!
kepada org lain yang melihat& menonton, aku rasa sama2 la kita kurangkan kata mengata..kalau rasa tak best, tak elok, contoh org tu berlagak ker,(beli laptop baru pun nak tunjuk ker??hahah..aku tuh), toksah la korang nak pandang sangat...toksah la nak ngata sangat..lantak pila diorang kan asalkan diorang tak amik duit korang or tak rampas laki korang udah..

PS:sometimes, to have something u need to sacrifice something

Friday, February 11, 2011

High heels or stiletto!



Disebabkan mengantuk yang tahap melampau, aku pun dok pk sana, pk sini, berangan sana, berangan sini..so tetiba terpklah tajuk diatas..Agak2 korang la kan sape yang invent high heels ni?dan untuk apa? dan kenapa perempuan sahaja yang memakai high heels bukan org lelaki?walhal high heels ni blh memberi impak negatif pada badan manusia.

Bear in mind yer kawan2..Aku adalah manusia yang mementingkan keselesaan dari gaya.Ok!aku mengaku yang aku cuba jugakla, untuk mengurangkan sedikit keselesaan dan mencuba untuk lebih bergaya, tapi its look like that I'm not that passsion enough..nak wat camner kan..Kalau aku nak pakai heel pun, agak2 yang paling tinggi 1inch jer kot..nampak sangat bukan heels kan..And I'm rather choosing sport shoes than to wear high heels that will cause pain..Kat Jepun dulu kan, ada zaman fashion sport shoes wearing with Jeans skirts..hehe..suka sangat time tuh!

So bila dok google2 sana sini, aku terjumpa kenyataan yang mengatakan kasut2 ni semua adalah asal dr ciptaan org Egypt.dan zaman dolu2 kasut ni dipakai hanya oleh golongan kelas atasan.Sebagai simbol darjat dan bukannya sebagai alat untuk melindungi kaki.(Rasanya sekarang pun dah jadi cam dulu kot sbb org lebih pilih sakit..hehe..sorry saper yang terasa tu yerk..takperla, kaki anda..)

Pada mulanya high heels ni digunakan oleh both man and women.Dan untuk apa???
Sebenarnya untuk memudahkan diorang menunggang kuda..sebab dgn adanya heels, secara tak langsung ia jadi platform dan heels tu senang nak sangkut pada tempat pemijak kuda tu(which is aku tak tahu nama benda tuh)..But then, through the shoes revolutions, last2 high heels hanya digayakan oleh golongan wanita dan sebagai symbol sophisticated dan sexis..tragis kan..so yang dok balik rumah complain kat laki, kaki sakit, adalah perempuan juga akhirnya..:P

Mengikut pendapat aku yang tak berapa nak cerdik ni kan, orang lelaki memilih untuk tidak berkasut tinggi kerana, pabila kuda tidak lagi digunakan sebagai kenderaan(kereta/motor dah dicipta), mereka rasa high heels tidak lagi praktikal, malah menyulitkan.So sbb tu diorang stop menggunakan high heels.tambahan pula, lelaki takdela secomplex cam kita perempuan ni, yang dok pk apsal aku tak tinggi-so pakai kasut tinggi nak bg tinggi skit(aku la tuh..hehe), pastu lelaki tak kisah sangat la kot nak nampak vouge tak vouge, yang penting kasut aku jenama, dahle..so thats why,last sekali yang dok pakai kasut tinggi ni adalah perempuan jugak..tapi high heels ni sbnrnya dr pemerhatian aku la, ada baiknya jugak..(walaupun hanya sedikit)dgn pakai high heels, kita akan rasa lebih confident dan secara tak langsung boleh berjalan dengan posteur yang betul(selain posteur kaki yang terjingkit tu kan)tapi badan mesti tegak jer..lain2 kebaikan, aku tak tahu..mungkin korang kat luar sana lebih berpengalaman kot????


saper terliur????

aku pernah tgk pelik kat kasut ni masa 2003..
pictures credit to shoestutor.com
PS: agak2 kalau la lelaki skrg pakai high heels jugak..macam mana la yer...

Saturday, December 25, 2010

dont compare

dari kecik, aku suka bandingkan diri aku dengan org lain..
entah kenapa, aku pun tak tahu..
masa aku kecik, aku yg paling hitam antara adik beradik aku..
so aku salu cakap, kenapa aku hitam erh?kenapa aku tak putih..persoalan ni bermain dalam otak aku salu..
even kat sekolah pun, aku akan bandingkan aku dgn kawan2..
kenapa aku tak pandai, kenapa aku tak cantik, kenapa itu, kenapa ini..
sungguh tak bersyukur kan??
itulah aku..dengan sifat aku camtu, aku jadi org yg suka pada benda yang PERFECT.
kalau aku decide nak buat sesuatu, aku akan fokus pada benda tuh sehingga aku tak tengok benda lain..sometimes, kawan aku kata aku selfish..
tapi aku bukan jenis suka pijak org lain untuk naik..itu bukan sifat aku..

aku masih ingat, bila aku dapat syamil, aku sangat2 takut kalau anak aku ni tak comel, anak aku tak pandai,etc..sbb aku takut org banding2kan anak aku..aku kesian kalau anak aku tak sehebat org lain..
kelakar kan??dan kat situ aku mula belajar, dalam hidup ni, bukan semua benda kita perlu buat perbandingan..sbb tujuan hidup kita hanya satu jer kan..

sometimes perbandingan perlu untuk motivate diri untuk menjadi orang yang lebih baik..but ada benda yang tak perlu langsung nak banding..dulu lepas aku ada syamil, org semua sibuk tanya bila nak tambah anak etc, tapi aku dok cakap aku nak sambung study etc..aku bg alasan yang pelbagai..tapi sbnrnya dalam hati aku, aku takut..aku takut aku tak dapat nak berlaku adil..aku takut aku akan banding2kan anak aku..pathetic kan aku??

sometimes, life is simple by just being ourself..lead our own life, no matter what people said..setiap org ada kelemahan dan kekurangan, so just get both of it balance;as what Islam told us-wasatiah!.and we can be happy..

aku baru jer habis tgk citer HOTARU NO HIKARI 2, and aku suka cerita ni..banyak benda yang boleh kita belajar..even citer ni lawak habis tapi aku rasa there's a lot of gud things. aku ingat salah satu ayat dalam cerita ni " dalam kerja atau career, bila kita bersungguh2 pasti satu hari nanti kita akan dapat hasilnya tapi berlainan dengan cinta.dalam cinta, walau macamana bersungguhpun kita usaha, ada masanya hasil tidak seperti yang kita harapkan".aku sangat2 setuju..

therefor-->Don't Compare!

Tuesday, November 16, 2010

Dont's

First of all before baca ni, aku nak tegaskan ni hanyalah pendapat peribadi berdasarkan my own experience..So takde kene mengena dengan sesiapa.Kalaa tak setuju pun takper, sbb kenyataan aku tak perlu persetujuan:P

ceh!budget serius jer bunyinya kan..tapi agak la..aku lama dah terpk benda ni cuma nak diluahkan kepada blog asik kekeringan idea jer. Lately aku banyak la dengar citer dr member2 pasal keretakan rumah tangga. Most of it kalau aku selidik2 punca dari TIADA RESTU dari mak bapak in the first place. tiada restu ni tak semestinya la ko kahwin larik..kadang2 dia bagi jugak ko kahwin tapi dia tak suka..

aku tgk ketiadaan restu dari mak bapak ni banyak mempengaruhi kestabilan rumah tangga. mungkin banyak yang dah berjaya harungi benda ni dengan selamat, dan ada yg terhenti di tengah jalan-->cth aku la tuh..eheh..bukan apa, kalau mak bapak tu asik dok cakap jer ari2, tak puas hati jer ari2, secara tidak langsung cakap2 mak bapak ni kan satu doa.

dalam hal2 macam ni aku rasa lelaki kena firm..bukanla perlu lawan ke mak bapak tu tapi kena jagala hati isteri.(aku cakap lelaki sbb perempuan selalu kena ikut cakap suami, so kalau mak bapak perempuan tak suka-kurang skitla masalah)

untuk para2 bakal pengantin ker dah jadi pengantin ke, aku ada beberapa nasihat la untuk korang..ini bergantungla kepada seberapa "COOL" atau "SEMPOI" nya PIL korang..

DONT EVER
1) cakap pasal yang buruk tentang anak dia, hatta dia tanya sekalipun..
cth dia tanya: ada tak puas hati apa2 dengan A?
bagi jer jawapan alhamdulillah, kami cuba buat yang terbaik..biasalah mak(atau ayah) sedangkan lidah lagi tergigit..

2) pandai2 nak membangkang kata2 diorang (yang tak salah dari segi agama la..)..kalau tak setuju pun korang senyum jer dan cakap apa2pun kena bincang ngan husband korang dulu..
cth: dia suruh korang dok ngan diorang tapi korang tanak(NANTI DIA KATA KO QUEEN CONTROL..mahu???)

3) masak ikut cara korang kat rumah diorang..kena tanya camner nak masak etc walaupun korang mmg power giler..

4) cakap kat sesapa pun yang korang ada tak puas hati kat diorang melainkan korang betul2 percaya.sbb ramai org dalam dunia ni talam sepuluh muka..

5) sebelum kahwin, selalu2 sangat dok nak ikut kalau bakal PIL ajak pi mana2..ada natijahnya benda ni..kalau korang suka no hal..tapi kalau korang tak suka, especially bila dah kahwin..asal hujung minggu/cuti jer ajak ke situ kesini..pastu diorang nak pergi umah kawan diorang pun nak ajak sefamily..sure korang akan rasa tertekan sbb kadang hujung minggu tula korang nak relax2 kat umah..

apapun itu bergantung pada budi dan attitude PIL korang la kan..and kalau anda lelaki, anda kenalah sangat sangat sangat bijak dalam menguruskan hal2 yang remeh temeh ini..ingat menarik benang dalam tepung kena ada cara yang betul supaya benang tak putus dan tepuk tak berterabur..

PS: Gud lucks to all new weds!!

Monday, May 3, 2010

Setiap yAng bErLaku pasti ada Hikmahnya

aku terfikir benda ni masa aku tgh berjalan balik dr kelas pagi tadi.. selama ni memang aku percaya apa yang berlaku walau sepahit manapun, walau seteruk manapun, pasti ada hikmah disebaliknya. but peristiwa ni boleh dikatakan menambahkan keyakinan aku. benda ni berlaku minggu lepas. lately, agak busy dgn kelas, experiment, simulation, my life and sometimes moody aku yg tunggang terbalik.
so masa ari rabu lepas, aku kena buat few experiments untuk satu project ni. entah macamana, bila aku start on kan pump to circulate water into my test rig, suddenly cam takde reading kat data acquisition system..aku cam dah pelik jer, apsal pulak benda ni buat hal..baru minggu lepas aku run, cantik jerk..then aku check2..aku baru perasan satu benda..AKU LUPA PLUG IN HOST WATER OUT..dalam hati aku sangat le cuak..ok, aku pun plug in and check again the whole thing..still tak boleh jugak..so aku panggil senior researcher, then dia try still tak ok..then bila check sambungan semua, baru perasan yg ada org dah pull out satu wiring untuk pump to..so kiranya pump tu langsung tak function..then bila kitaorg sambung balik, everything goes well..pergh lega..
tapi aku pulak DOUBLE LEGA!!just imagine kalau everything work as usual, and aku pulak lupa nak plug in host water tu, apa akan jadik???..dahlah mass flow water tu 500kg/h..ooh nooo...for sure banjir lab aku tuh..dan sure banyak benda kena buat and sure kena warning giler2..aku sangat sangat sangat bersyukur sbb pump tu tak work as usual even sblm figure out benda tuh aku kind off tensen gak la, sbb aku nak dapatkan data secepat mungkin.so jelas kan kat sini, apa yang berlaku tu pasti ada hikmah disebaliknya..apa yang kita perlu buat adalah bersabar dan try to find out what is it...life is too short to grief for what we have lost or to be sad for what had happen or to regret for something we've done.. the things we need to do is to correct ourselves, walk our way bravely and believe in Allah..we will be grateful someday:-)

Tuesday, April 20, 2010

kad dan kelas

Siri1-KAD

tadi sibuk2 aku membaca blog org, tetiba aku terpk, old method lagi best dari the new one sometimes..
aku tak tahu samada org setuju atau tak dengan apa yg aku nak cakapkan ni but so far kawan2 aku seems to agree with me.
apa yg old dan apa yg new?im comparing email/sms and surat/kad.
bagi aku, sometimes surat dan kad bagi makna yg sangat mendalam pada diri kita..aku pernah berada pada zaman surat merupakan komunikasi utama dan zaman skrg yg mana email or sms is more practical..cuma bagi aku even email or sms tu laju and ko boleh dapat feedback yg cepat dr org yg ko hantar tu, tapi still i like the old way..bila dapat kad or surat u feel something different and ko cuba bayangkan org yg hantar surat tu pun, nak menulis surat tu mesti time dia bebetul dalam perasaan nak meluahkan apa yg terbuku.bukan email tak blh buat semua tuh, tapi email ni senang jer nak edit dua tiga puluh kali but surat ni agak sukar la kan..
beside surat or kad kalau korang dapat simpan sampai 10tahun mesti korang rasa sgt nostalgic..
especially time2 ur big occasion such as birthday, mesti klu kita dapat kad birthday tu kita rasa lagi best banding dgn bila kita dpt email.im not saying klu org hantar email dgn org hantar kad/surat, org hantar surat tu lagi bagus..tidak..but i do feel the letter/card is much more memorable.aku masih simpan lagi one of the card from a very special person and i do like the words in there..bila aku baca balik ayat tertulis kat kad tu dan bandingkn dgn perasaan masa aku baca benda ni 8tahun lepas, aku baru realiza something that i never realized 8years before and its really touch my soul..actually aku jenis org yg tak berapa nak simpan surat or kenangan aku but for this person i dun know why i keep this as my precious jewels...funny huh??



maybe this ring u a bell:-)


SIRI2-KELAS
so today i had my first kelas dalam bahasa german..teruja, seronok, berdebar, semua perasaan tu bercampur aduk..risau pun ada jugak since aku selama ni dengar lecture in english and japanese so this is something new..so everything went well and i did understand the whole story..but still need to do revision for it..its really enjoyable when sitting in the class, i like the feeling bout being student and not a lecturer..haha..but kat german ni yg tak bestnya bebudak dia tak hormat lecturer..lecturer cakap kat depan dia blh bising2 kat belakang..pergh tension aku..maybe sebab diorang dah terror kot..eheh..really looking forward for next class..


Sunday, April 11, 2010

NEvEr EnDinG bAttLE

Life..
Always a battle
whatever u do
where ever you go
Consequences should be faced
there are only two
either win or Lose
but..
win not always be happy
sometimes it's hurtful inside u
it's require sacrifice
it's need patience
and..
lose not always be sadness
there r some with something to be proud
there r some that give satisfaction
there r some born new spirit
there r some given new perspective
win and lose are not the matter of how much
you get or you lost
but it's more on
how you react and behave
how u walk it afterwards
how u use the experience
how u treasure things left for u
this battle will continue
till death do us apart
and the most hard to go through is
THE BATTLE WITH OURSELF!