SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Thursday, February 25, 2010

CINTA DALAM HATI by UnGu

Mungkin ini memang jalan takdirku

Mengagumi tanpa di cintai

Tak mengapa bagiku

Aasal kau pun bahagia

Dalam hidupmu, dalam hidupmu



Telah lama kupendam perasaan itu

Menunggu hatimu menyambut diriku

Tak mengapa bagiku

Cintaimu pun adalah bahagia untukku, bahagia untukku



Ku ingin kau tahu

Diriku di sini menanti dirimu

Meski ku tunggu hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya



Dan ijinkan aku memeluk dirimu

Kali ini saja

Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Tuesday, February 23, 2010

An art From Syamil


Kindergarden in Germany have a different learning system compared to Malaysia.And they teach more on learning skill rather than tu push kids to learn ABC or 123.And I like the system so much..
So everyday, tons of GOMI or rubish that I need to bring home..But out of that, there were few arts drawn by Syamil that caught my heart.And I think inspite of gud at numbers he also has some skill in drawing..Hehe..I'm OYABAKA ok..
So here his pieces of art..

this is a picture of him and noah given by noah


i like this a lots..an aeroplane..gud work i guess:-)


this is not drawn by him but this image was drawn based on his actual body figure..

actually there were a lots more..he also made some for me..and i make one of it as a book mark..kids..there are creative and as parents we have to develop their skill and we have to support them..
although i'm very much busy with my work, I'm proud to say that i spend a lots time with my child-->learning and playing with him..even sometimes all of these make me really tired but i still love to do it!this is my most precious jewel in this world..thanks to ALLAH...to all of you out there, do luv urs too..

Monday, February 22, 2010

Tips keharmonian rumah tangga-taken from utusan online

TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Friday, February 19, 2010

tak sukeeee sejukkkk

lately asik sejuk je kat sini.
tambah dengan keadaan yg dry giler buat aku pun sama jadi gilerr..
oopps..bukan la giler pun sbnrnya but it makes me feel really tired and sick enough..
bayangkanla keluar umah sejuk sampai menusuk tulang bila masuk umah lak panas..
so bila selalu terdedah dgn cuaca panas sejuk ni sure akan rasa tak sihat..
macam aku harini..flu plus bdn sakit..rasa cam tak larat jer nak memasak tapi kang syamil kebulur lah pulak..adooii..klu kat mesia blhla dok order kat kedai jer:P
actually arini pun mood tak berapa nak baik..
i accidentally found something that i should never know or care, and its make me sad somehow..
and benda ni jugak buat aku ragu2 dengan diri aku sendiri..
tapi yang terbaik tu dr Allah, apapun aku yakin semua ni ketentuannya..
apa yang penting kena akal menguasai diri bukan nafsu..
huhu..dugaan...dugaan..
teringat kata encik,sometimes things are better to left unsaid rather than to know the ugly truth..emm mungkin jugakla..tetiba rasa cam tersetuju jer..hahaha..
walhal sblm ni aku tak berapa setuju sbb aku ni jenis suka tau kebenaran walaupun bend atu sangat pahit untuk aku telan.munkin reaksi pertama bila tahu the truth tu kita akan melenting, menangis, berteriak or whatsoever but after kita relax kita akan boleh pk the beauty behind that..
whatever it is aku masih lagi waras dan bersyukur dengan kehidupan aku..and aku akan cuba buat yang terbaik..kena jadi positif..positif..:-)

Thursday, February 18, 2010

A Beautiful STory of QURAN

I got this from one of my friend and I'm definitely agree with this..Just try it out and you will feel the same.

Why do we read Quran, even if we can't understand asingle Arabic word????
This is a beautiful story.
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it,and what I do understand I forget as soon as I close the book.What good does reading the Qur'an do?"
The Grand father quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try in..
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said,"Look at the basket."The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean,inside and out.Son, that's what happens when you read the Qur'an .You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out when you read time by time . That is the work of Allah in our lives..."

Wednesday, February 17, 2010

BerShoping dan KfC

Semalam sekali lagi aku telah berjaya menabur duit kat kedai baju di Metzingen. Actually tak banyak sangat benda menarik untuk dibeli(FuuHH!! menunjukkan tuhan kata jgn membazir banyak2). Tapi dapat jugaklah baju 3helai, seluar dua helai dan beberapa baju yang comel2..Hehe..so kita mission accomplish jugak.Dan masa hari isnin tu pun aku dah beli one skirt and satu blouse untuk diri sendiri.
Kali ini memang takde shopping untuk Syamil langsung. Sebabnya baju dia aku tgk dah bertimbun2 kat dalam almari dan yang belum pakai jer ada 5helai so stop dulu.Heheh..tapi baju baru2 Syamil tu semua adalah pemberian orang bukan dr duit aku:).Lagipun shopping untuk dia dah selalu, so sekali sekala bagi can pulak la kat mama dia.
Plan sebenar, aku ngan Ira nak bershopping sambil meninggalkan anak2 didik kami di KIDS CAMP (tempat penjagaan kanak2) tetapi rupanya kami silap.Kids Camp cuma buka hari Jumaat dan Sabtu..Hahaha..sungguh keciwa kami sampai stress bila balik tuh..ahah alasan..
So pas habis jer shopping, aku ngan Syamil pun decide nak pergi makan KFC. Semalam baru aku perasan yang nafsu makan aku telah berkembang dengan sihatnya..Waaaahhh..sangat sihat dan sihat..Siap beli bawak balik bungkus lagik.Dan amazing discovery, aku telah berjaya menghabiskan makanan aku tu pabila selamat sampai rumah..Selagi lagi kejayaan.TAHNIAH NAT!
Akan TETAPI, bila nafsu makan dah bertambah, otak aku dah mula pk nak diet..tapi kali ni tanak la diet tanak makan but diet dengan cara tambah xtvt bersenam.Mari kita senam beramai2..satu..dua..tiga..haha..ok diingatkan ini adalah cita2ku sempena tahun baru yang lepas, walaubagaimanapun masih belum ada usaha2 menuju ke arah tu..(Tula, minah poyo ni memang suka bercita2).Doakan la aku berjaya..Tulun2 aku nak kurangkan lemak dibahagian bawah pinggang..Sebab tu kena byk lari.Saper nak kejar aku????Kejar a cepat..Anjing kat German lak tak reti kejar orang..Klu tak sure hari2 aku jadi pelari pecut:P
Minggu ini adalah minggu membaca untuk aku, jadi mari membaca bersama saya...

Monday, February 15, 2010

esok fasching

dah 3hari tak update blog..malas plus rasa cam kureng sihat..
lagipun takde citer menarik nak di story since duduk kat rumah layan movie jer minggu nih..
yg menariknyer i had bought something for someone besday..ngeh ngeh..
tapi tak blhla diupload kan gambar benda itu sbbnya kang kot la org empunya badan tu telah terbaca blog saya jadik tak surprise sahaja..
kunun mengada nak buat "suprise"...
esok fashcing day..ada perarakan kereta berhias dan org pakai pakaian beragam..
tapi aku terasa untuk pergi bershopping di metzingenoutlet city mall..uhuhu..
adakah?..adakah?..adakah berjaya?..
TUNGGUUUU!!!

Thursday, February 11, 2010

Nostalgia

Waktu makan tengahari tadi, aku jenguk kejap utusan.com.Terpandangkan gambar budak budak Ambang Asuhan Jepun yang baru dapat sijil, meaning: yang berjaya fly.
Teringatla pulak zaman aku dulu, kira2 11 tahun lepas.Masa tu even dah tahu boleh lepas untuk pergi ke Jepun tapi aku still berdebar sebab tunggu pengumuman untuk those yang dapat Japan Government Scholarship..Erm..unfortunately I'm not the lucky one but still bersyukur sebab berjaya fly.Masa tu rasanya masih poyo2 lagi.Tengah bersemangat nak meneruskan kehidupan.Tengah merangkak nak menikmati hidup.Tengah meniti usia remaja yang penuh dugaan.
Masih mentah, tak mengerti dan mencari-cari. Ingat lagi, waktu inilah harapan dipasang, janji disemat untuk meruskan perjuangan dan membawa segulung ijazah..Well, I accomplished my mission already and I got so many experienced..Welcome and unwelcome:)
Terasa kalau boleh balik ke masa silam, aku masih lagi berfikir samada untuk amik jalan yang sama atau jalan yang berlainan. Maybe ada certain part aku nak la it happens one again. UM a.k.a Universiti Malaya banyak tinggalkan sejarah dalam hidup aku.
Cabaran memang banyak especially masa first year.Ingat lagi kena duduk kat lecture room yang ramai giler manusia. Nak tanya lecturer pun macam tak tertanya sbb tak boleh communicate on the spot. Masa tu ramai budak Asasi yang terror2 dan power2. Aku suka kawan ngan diorang sbb aku dok kolej yang memang semua budak Asasi..Salu gak meniru tutorial diorang...:-).Masa first year langsung tak score. Yang penting lulus. Dengan homework dan test Bahasa Jepun yang berlambak2 memang takde masa la nak concentrate pd subjek lain. Terasa sangat bodoh time ni. Aku ingat beberapa lecturer aku masa Asasi antaranya Dr Azilah ajar Kimia, Dr Roslina yang kitaorang gelar kokoni(in Malay disini, sbb dia suka sangat cakap "disini") tp sungguh power sbb dia ajar Kalkulus, yang lain dan lupa dah..eheh..
Bila masuk tahun dua barulah enjin panas and barulah start boleh bergerak lancar sikit. Barulah start faham apa yang dipelajari selama ni. Barulah boleh ala2 score gituh..Eheh!
Tapi start tahun dua aku kena pindah kolej which means aku kena tinggalkan kawan2 Asasi aku..kena tinggalkan nasi goreng USA 7th kolej yang sedap, kena tinggalkan bilik yang salu kena serang tikus..ahahah...Kena tinggalkan toilet yang salu dok berebut ngan budak lelaki time maghrib, kena tinggalkan secret admire aku yang salu aku dok skodeng motor dia untuk tahu dia atau tak, kena tinggalkan kedai runcit 7th yang banyak giler jual majalah, so many things..But the best thing dapat kolej yang lagi dekat dgn Asasi. Boleh makan awal biler kelas habis lambat...Dan dapat rapat dengan kawan2 AAJ yang lain.
Bila pk 11tahun tuh memang rasa cam tak caya jer..Tapi itulah realitinya.Zaman dah berlalu tapi kadang ada benda yang masih sama. Kita ada kawan yang sama, kita masih ada perasaan yang sama, kita masih hidup dibumi yang sama, kita masih mencari benda yang sama, dan untuk aku,
AKU STILL LAGI AKU YANG SAMA-->POYO!!

Wednesday, February 10, 2010

sambal belacan berharga RM250

tak percaya?..haha..saper suruh percaya pun.
tapi itulah kenyataannya..
tapi memang giler saikou arini dapat pekena sambal belacan ngan mangga pastu sayur air and tempe goreng..wallah..kalah beb sirloin steak..
nak tahu kenapa berharga RM250????
sbbnya untuk membeli alat menghancur luluhkan lada tu, aku telah termakan hasutan pekerja Saturn dan beli yg kunun2 bagus gituh a..takper..alat aku beli ni bukan saja boleh buat sambal belacan tapi pelbagai lagik..
siap ada resepi beb dia bg..boleh buat mayonese dan sbgnya..
UHUHUHU!!!saje nak bagi hilang rasa bersalah manghabiskan duit sendiri..
sbnrnya dah lama teringin nak makan sambal belacan tapi aku takde bawa batu lesung dr Mesia.
Arituh balik pun sbb barang dah berat giler so malaslah nak ngangkut lagi stgh kilo..
kat sini ada jual tapi masyaallah BESAR yang amat..
so arituh slps aku membeli multimedia driver tu dok survey2 lah barang dapur..
dannnnn..akhirnya.....
AKU BERJAYA!!berjaya membayar kat kaunter Saturn..
nafsu nafsi nih..eheks...

Tuesday, February 9, 2010

menceceh..

penatnya aku arini..
skrg baru kul 7.30 tapi rasa cam dah tak larat dah..
dan skrg saya amat memahami encik..sure dia pun mengalami kepenatan yg sama..
sampai balik keje terus tido..
aku balik keje tak blh terus tido sbb kena masak dulu..
klu tak, anak aku sakit perut..
itulah pengorbanan seorang ibu...
KASIHNYA IBU...MEMBAWA KE SYURGA..
alamak apa aku mengarut da..
anyway tadi tgk drama tari tirana yg lawak giler tu.
tapi satu ayat yg best la aku rasa, luahkanlah perasaan kita andai kita rasa suka kat seseorang tu sblm dia meninggalkan kita..dan waktu tu sure kita regret bgi nak giler..
yg ni memang rasa true sangat..
sometimes kita rasa benda2 camni cam menjatuhkan maruah, or rasa cam EGO giler so takut la org tu tanak terima tapi kita tak tahu jugak kan..mana tahu org tu ada hati kat kita jugak..sbb dalam hidup ni semua pun 50-50..its up to u samaada nak cuba, test, try ataupun just nak give up..GIVE UP?erm, memangla ada certain benda yg kita terpaksa give sbb bila pk neg lagi byk dari positif tapi yg penting kena mencuba..
kepada semua SELAMAT MENCUBA..insyaallah apa yang baik untuk diri kita, tuhan akan bagi pada kita..sbb Allah tu maha mengetahui setiap sesuatu..
ceh ceh ceh..jd istazah lak..
sblm aku tamatkan menceceh ni aku nak citer dialog aku ngan syamil..
SYAMIL: Mama, boleh tak kita pindah duduk kat Knilinge Alle..Ada rumah baru ler amil suka..
MAMA: Rumah mana?
Bila lalu kat situ time naik tram, syamil pun tunjuk a kat aku..alasan dia supaya ari2 boleh tgk helicopter..
Bila aku tgk,mak datokkkkk!!!umah cam rumah teres..mana nak mampunya..then aku dgn cool nyer jawab,
MAMA: Klu Amil nak duduk situ, nantilah mama kahwin ngan org German.Klu dapat papa German barulah boleh duduk situ..
SYAMIL: Ish!mama kan tak tahu cakap German.Mana boleh kahwin ngan org German.Mama kahwin jerlah ngan org Mesia...lagi satu mama kata.....(kata kata selepas ni terpaksa dirahsiakan..:))
tapi tak boleh blah betul..ada ker selamba kutuk aku tak tahu cakap german..tau ler dia lebih terror dari aku..cettt!!

Monday, February 8, 2010

My new gadget

seperti dinyatakan kat atas tuuu..aku telah membuang duit aku dgn membeli sebuah gadget baru..
adakah ia telefon?TIDAK..
adakah ia console?juga TIDAK
adakah ia notebook?juga TIDAK
sebenarnya saya telah membeli HD MULTIMEDIA DRIVER..
huhuhu..sungguh membuang duit aku ni..
so inilah my new toy..

amacam comei tak?comei tak?
pasni boleh download movie banyak2 dan ngk movie jerk..
camner boleh terbeli, aha..sbb asik dok tengok movie kat umah junior jer..
cam tak best la pulak..
so aku pun nak jugak tgk or lepak kat umah sendiri..
nampak gayanya pasni tak kuar umah la aku..
SAYA SUKE!SAYA SUKE!

PS: Aku dah jatuh cinta dengan Abdullah Khairul Azam..

Sape dia?eheh..silalah tonton Ketika Cinta Bertasbih..Sure addicted cam aku...:)

Friday, February 5, 2010

Jumaat datang lagik

ok hari ni aku nak bagi entry yg best skit since sakit aku pun dah ok skit..
actually teringat masa zaman kecik2 dulu..
aku ni kira budak yg sangat "baik" masa kecik dulu, sekolah rendah a ni..
abah aku sangat garang tp kurang alert benda kecik2 ni..biasala org lelaki kan..
tapi mak aku lak sangat la alert nya sampai apa yg kitaorg buat dia takde pun, dia blh tahu..
uish macam berhantu tak mak aku??eheh..
nak dijadikan citer, satu hari kat kampung tempat aku ngaji tu diorang adakan funfair..
yg aku pelik(sekarang baru pelik, dulu2 tak pelik langsung sbb dulu2 dok ingat nak p funfair jer),
funfair tu salu buat kat kawasan lapang sblh surau..sangatla tak perihatin kan..
masa tu kumpulan2 rock legend yg otai2 ni salu jer dtg nyanyi kat funfair..eheh..

apa yg aku nak citer adalah psl keBAIKan aku ni ler..
aku ni mmg suka kawan ngan budak laki, sbb atas aku abg..
so salu ler geng ngan budak kampung ni..
pergi cari besi jual la..
macam macam..
so satu hari diorang plan untuk p culik air botol(ala, cam fanta, coke tu..) kat funfair..
sbb aku aku dah terjoin group bebudak ni..(yg mana aku sorang jer budak pompuan)
kitaorg pun pegi buat keje tuh..time tu aku pun tak berapa ingat kenapa funfair tu tak buka..
so org pun tak ramai..
aku ngan abg aku actually the follower jer..tukang angkat..serius mencabar giler..
dahla ponteng ngaji pastu dok ikut org menakal, klu le bapak aku tahu serius kena belasah sampai berbirat seluruh badan..
pastu biler dah settle kerje2 giler tu, diorang dok bahagi2kan saham a kununnya..
abg aku dan aku mmg tanak air2 tu disebabkan mak kitaorg memang la alert dgn benda2 ni tapi kawan2 kitaorg cakap, klu tak amik next time kitaorg tak blh follow diorang lagi..
ok fine amikla satu carton(dalam 12botol air) tu bwk balik
dgn bapak aku, selamba tipu ckp dapat masa main kat funfair..bapak aku as always percaya jerkk..

JENG JENG JENG..
sampai kat mak aku, habis kena soal siasat...
as always mak aku mmg penyiasat yg berjaya (yg mana aku telah mengikut jejak langkahnya skrg ini..hehe), so lepas tahu citer sbnr, mak aku dgn pantasnya membantai kitaorg..
lepas kena bantai, mak aku suruh pulangkan air tu..mak aku kata, klu tak dia nak bawak pergi polis..
pergh punyalah pk camner nak pulangkan benda ni..dahla nak amik mencabar giler..nak pulangkan lagikla mencabar..
so esoknya terpaksa jugak bawak air2 tu balik dan letak kat tempat dia balik..
sangat takut ok..kot kantoi time tu..

haha..tapi itulah pengalaman aku yg paling nakal la aku rasa..tak silap masa tu umur aku 10 ke 9tahun ..haha..serius klu citer org semua tak caya nyer..
tapi kawan2 aku yg nakal2 tu pun skrg semua dah jadi org..
masing2 dah berjaya dlm karier masing2..
tapi kenangan tetap kenangan..

aku dahl lama tak jumpa geng2 aku kat kampung sbb aku dah pun pindah tempat lain..
tapi aku rasa saat sekolah rendah la sgt best..
tak payah pk banyak benda..ingat nak main jerkk..
(erh kena ingat study gak sbb abah aku garang!:-))
lgpun masa tu la aku ada kawan2 lelaki yg ramai dan aku cam tomboy giler..
bila masuk sekolah menengah, disebabkan sekolah aku tak campur..aku pun telah kepupusan best friend lelaki ni..
and aku terpaksalah menjadi budak perempuan yg brutal tapi jiwa sensitif..
hehe..pengaruh alam sekitar k..
tapi aku sangat rindukan jiwa aku yg strong itu..
dimanakah..:)

Wednesday, February 3, 2010

hari yg tidak menyihatkan

dr semalam malam, rasa mabuk jerk
perut lak sakit..
angin berpusing..
smlm dah ler makan burger balik keje tuh, agaknya org asia ni mmg sah2 kena makan nasi..
rasa cam dah genkai giler..
tapi jap lagi kena buat experiment..
T_T..
tanak nangis!tanak nangis!
tapi....serius cam rasa tak larat..
nak balik umah....

Tuesday, February 2, 2010

down

nape tetiba rasa down nih...
................................................
................................................
...............................................
...............................................
..............................................
...............................................

nway...thanx encik for the moral support..
it helps a lot!
and also thanx to my senior researcher that always helping me..
i'll try not try cry anymore..
aku yg nakimushi..

alHamdulillah

alhamdulillah..
my little angel dah recovered..
pagi tadi, awal2 dah mintak hantar pergi sekolah
sebenarnya dia sangat rindukan Noah-his best friend..
mama dah tak risau lagik..yeayea
boleh buat kerja dengan tenang hati..
so Phd...Phd...

Monday, February 1, 2010

Aku YanG BerSalaH

yer..aku ngaku..
aku yg bersalah..
uwaaaaa....:(
sob..sob..sob..
smlm, blk jer dr rumah ummi, aku keluarkan daging..frozen.
so, sbb tunggu tak cair2 aku pun decide suruh amil makan maggi jer la senang..
then dgn bangganya aku dok masak maggi utk baby comel aku..
dah siap masak and then makan, aku pun mendapat panggilan pulau..
ops bukan!panggilan hajat..so kat dalam toilet tetiba dgr cam amil nangis..
aiks apsal lak nih???
then dia buka pintu toilet cakap dia rasa nak muntah..
ok2..dah cuak dah..lepas selesai segala2,
aku keluar dan entertain la anak aku nih..urut perut dia, sapu minyak
cam dah ok..so kitaorg pun memulakan tidur wlupun jam baru pukul 8
then..tepat 12malam..
uweekkk!!uweeekkk!!uweeekkk!!
syamil muntah..pergh, gabra dah nih..terus buka baju dia bawak pergi toilet, basuh apa yg patut
then ganti selimut..
dah rasa bersalah nih..ok, then dia tidur balik.
aku lak cam tak blh tidur..dok pusing kanan, kiri, berangan..
then tetiba baru mata nak terlelap..
uweeekk!uweeekkk!uweeekk!!
lagik sekalik..
dan kali ni dengan alas katil dan selimut tak blh diselamatkan..
aduish memang sah salah aku!!tgk badan dia panas..
dah selesai tukar baju, basuh apa patut..
terus amik minyak urut, badan, kaki and tangan syamil..
then...aku cubalah untuk tidur kembali
memang mata dah ngantuk giler..cam dah tak larat giler..
ok, dapatlah tidur sejam..
then terdengar cam dia batuk2..
kali ni dah bersedia dengan plastik..amik palstik,, burr!! muntah lagik
pastu dia cakap,
MAMA, AMIL DAH TAK RASA NAK MUNTAH LAGIK.DAH OK DAH NI..
rasa badan dia pun dah kurang panas..
kesian anak aku..
apa yg aku rasa bersalah sbb tak masakkan dia nasik but dok bagi dia makan maggi
agaknya perut tak blh terima kot..
betul2 rasa cam org tak guna..
kerana kejadian tu, terus tak jadi tidur dan start memasak awal2 pagi..

to my lovely son,
SYAMIL, MAMA SORRY YER..
RASA MEMANG SALAH MAMA SBB BAGI MAKAN MAGGI..
NEXT TIME MAMA AKAN CHANTO MASAK K..
TANAK MALAS LAGIK..(T_T)

by the way,
arini sangatlah lebatnya snow..sejuk jerkk..
syndrom penyakit winter pun dah cam berleluasa nih..
mintak2 syamil sihat la esok..
aku dah la ada meeting ni..
ponteng lagik..
susah jugak kan single mom nih..
ganbaru shikanai na..
hope i'm strong enough..