SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, July 30, 2010

last day!!

:-) arini last day untuk tahun yang kedua aku berada kat opis...pasni kena cuti sbb anak aku cuti..yeay!!tapi kena gak buat keje sbb aku promise my SV nak bagi some output for him..

besides mcm banyak idea2 bernas tumbuh kat kepala otak aku lately..yelah, bila terdesak tinggal lagi dua tahun ni, mesti la aku nak kena pulun tahap gaban nyer kan..WORRY BEB!!..

this week aku memang gile busy ngan keje2 aku..sbbnya aku nak submit paper conference kat SV, siapkan simulation apa perlu.. rasa badan pun cam tak larat jer..but next week nak sambung jugak keje2 lain..nak kena save semua keje aku kat dalam laptop sblm balik mesia nanti...what a tiring month..but lately mmg rasa bersemangat nak siapkan benda2 berkaitan phd..entahla, somehow aku rasa aku sedikit tenang dari segi emosi latley..and i do want to thank somebody for that*wink*

PS: bila dah lama tak bersms, rasa cam something missing lak..hihi..ke, i mmg missing u???????:-P

OH!CANTIK TAK KARTUN AKU LUKIS????COMEL KAN??NI SEMUA IDEA SYAMIL...tapi papa tu cuma khayalan jer, tengah tunggu calon2nya...wek!wek!(dalam hati sudah ada kamu, tapi dalam hati kamu tak tahula ada saya ke tak??aha..;-))

Tuesday, July 27, 2010

aku malas!!!

pagi tadi aku bangun kul5, semyang subuh, pastu budget nak jadi rajin, so aku pun tak tido balik..lepas siap2kan bekal syamil, baju dia etc, aku pun lepak2 atas katil psl baru pukul 6.30 masa tuh..dah tak tahu nak buat apa, aku dok layan fb, baca blog bagai..
then rasa cam nak tido la sgtnya, and malas giler nak bangun..kalau ikut byk keje, memang melambakkk nak kena siapkan..
aku msg la encik, kekunun nak dapatkan semangat..citer aku tgh malas bagai, soh bagi semangat kat aku..then dia blh reply "kalau malas, jangan paksa diri, pergi take a nap jap, nanti bangun mesti segar skit"..pergh...terus malas aku jadinya..ingatkan dia nak suruh aku jadi rajin, tengok2 suruh aku rehat dulu..aiyakk...best giler kan kalau dapat hubby camni..kalau kita cakap"yang..i rasa malas la masak arini.." then dia jawab "takperla, u rehat la, arini i masak"..HEAVEN beb..(berangan jap makcik!!!)
so sbb aku kan budak baik yang mengikut nasihat, aku pun tido la jap, pastu bangun terus siap2 pergi office..kekunun nak bangun pagi nyer hal terus bangun kul 9 jugak..wahaha...

Monday, July 26, 2010

lovely song

arituh aku terserempak, opps bukan, terjumpa lagu ni tgh aku dok ber"youtube"..
bila dgr banyak2 kali aku rasa suke giler ngan lagu ni..
memula dgr tu, terhujan sekejap..memang kalau kita tgk lirik dia very simple but kalau hayati betul2, mesti rasa sebak punya...(ke aku yg over???)
ok, here i share with all of u..

AKU CINTA ALLAH by WALI BAND

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku Tolongku Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Hidup di dunia ini hanya satu persinggahan, samada kita suka atau tidak, kita pasti akan kembali padaNYA.Apakah sudah cukup bekalan yang kita bawa untuk menghadap Yang Maha Esa?
Banyakkan berdoa dan semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati..Amin..

Saturday, July 24, 2010

mama cantik????


uuh..berbulu baca tajuk tuh..hahaha..

semalam ari aku malas masak, so aku ngan syamil pun try to discover the restaurant around our apartment..usually, when we want to eat outside, we will go to town because it's easier and there are a lots of choice..but this time, because im super lazy plus the weather are not so gud, so we trying our luck to the nearest italian restaurant.

on the way to get there, syamil spot a very lovely cat(i guess it belong to somebody because the cat has chain(ye ker???or rantai ) on his neck..so syamil was very2 excited to saw the cat. because it's really difficult to see cats around our neighbourhood or may i say german..

when he start chasing the cat, the cat run away from him(maybe scared kot, that he might do something!), but then, the cat turn back, maybe because it wants to go back to his owner home..at that time, i was about 20meter back from syamil, so when the cat turn around, and suddenly it come to my leg and start doing miaw2 and nak manja2..euch!!..i dont like cat actually..(i was a cat lover but there was a tragedy makes me didn't pampered cats anymore..huhu)..

so i told syamil, "u see amil, the cat just like me" and then syamil said "MAMA, THE CATS LIKE YOU BECAUSE YOU ARE PRETTY!!" wakakaka...LOL..(childrens never lie)..hehe..

he keep saying that till we reach at the restaurant..i think its very funny but when i look back at what he said, i just understand..my son always trying to please me and saying something gud about me..maybe he just don' want me to be sad..and i'm soooo much grateful to have him..

LUV YOU LOTS MORE MY SON!!!!


Wednesday, July 21, 2010

kahwin oooh kahwin

Tengok blog2 org nak kahwin pastu video2 kahwin orang2 ni, aku pun tetiba rasa nak kahwin jugak..TEEEETTTT!!!!sila simpan angan2 ko perempuan..dah meroyan ke apa erh??hahah..perasaan tu ada tapi takdelah sampai naik miang keladi tuh..kuikuikui..sekarang ni sebenarnya dok fokus pasal phd aku ni..punya tengah bersemangat tahap gaban nak realisasikan planning aku..apa2 hal sekarang everything must follow to the plan..ceh!!macam banyak jer plan aku..:P

sebenarnya nak citer pasal syamil..semalam masa jalan balik dari amik dia sekolah, tetiba dia discuss something about kahwin dengan aku..

Syamil: Mama, kalau mama kahwin nanti kan, boleh tak kita jemput semua org, family2 kita?
Mama: Mestilah boleh..(ceh, mama senyum2 jer..sebab ko tgk anak aku!giler boleh plan baiknya)
Syamil: Kita jemput la kawan2 mama sekali.
Mama: Kalau amil nak ajak kawan2 amil pun boleh(budget borak ngan anak yg dah sekolah menengah ke masuk U jer kan:-))
Syamil: Nanti mama kahwin, semua kena pakai baju raya(baju melayu and baju kurung), mama nak pakai colour apa?
Mama: Mama nak warna birulah sbb Amil kan suka colour biru..
Syamil: Oooh ok, nanti mama kahwin, amil duduk dgn tokmak jer, mama ngan papa la...(yang ni aku sungguh tak blh tahan..ko tgk sporting bebb anak aku!!!!). Nanti kita kena buat cantik2 tau..
Mama: Ok!
Syamil: Tapikan ma, kalau XXXX datang kan, kita jangan bagi masuk, kita tutup jer pintu. Kita tak payah ajak dia.Jangan bagi dia karte(kad jemputan). Nanti amil tolong mama lukis kad jemputan ok.(Pergh! dasat tak anak aku???)
Mama:Senyum..(dalam hati, ha!!padan ngan muka, aku tak ajar pun, anak aku tau sendiri..memang best la anak aku TERBAEKKKKKKK!!!!!!!!)

Monday, July 19, 2010

Saya "RUMAH SAKIT"

ha..tengok tetiba dah "rumah sakit"..tak pernah2 aku dok berumah sakit ni, even kat jepun dulu pun steady jer..
but tah naper bangun pagi tadi aku tetiba lak rasa "rumah sakit"..apakah "rumah sakit"??
heheh actually rumah sakit tu homesick la..
bukan apa, bangun tido tadi aku rasa cam satu macam pening, pastu bangun rasa nak pitam..ni mesti punca aku nak berdiet sakan pastu kurang makan..erm nampaknya kena hentikan diet2 ni..and kena makan pastu bersenam dengan jayanya..
bila sakit2 camni, aku tetiba rasa HOMESICK yang teramat..seriusly cam sedih sangat..dahla dua tiga empat hari ni aku dok cam rasa sebak2 ala..blues jer..
whats going on with me pun tak tahu..huhu..nak kata, ada benda yg menyedihkan, takdela pulak but entahla, feeling lain jer..memang sah kan HOMESICK..adoyaii..rasa nak beli tiket balik mesia sekarang..ceh ceh ceh..ingat senang amat??byk lagi benda aku kena settle kalau nak balik mesia nih..once dah settle memang aku beli tiket time tu jugak..tak tunggu2..:-)
erm, apa nak buat nak hilangkan rasa camni erh???

Friday, July 16, 2010

sebak..

tetiba aku rasa sebak..masih ingat tak pasal junior aku yg arituh kena operate tuh??ok, blh baca entry pendek aku ni..isnin lepas, dia masuk hospital balik, sbbnya tumor marker dia meningkat balik..after operation tu, dah menurun dah but teiba jer meningkat balik..
tadi junior aku call kata nak pergi melawat, aku ingat nak pergi jugak tapi tetiba terpk, maybe budak kecik tak dibenarkan masuk kat bahagian2 camtuh..:-(..
erm, tetiba rasa terlampau sedih..tahla, aku tau aku tak patut sedih tapi aku terbayang muka mak dia, dahla jauh kat malaysia, mesti mak dia risau dengar pasal anak dia..uwaaa...kalau aku camner aku hadapi benda camni aku pun tak tahu..sedih siut..ok, dah tak blh tulis dah...:-(

ragam manusia..

ok, lately or specifically aku kata smlm, org dok bising2 pasal isu kenaikan harga minyak..
aku pun mmg tak sukalah harga minyak naik ni kan although aku dok kat oversea..sbb mmg menyusahkan semua org, tak tahulah nak salahkan saper. aku rasa aku nak salahkan org2 kaya yg tak willing sharing dia punya kekayaan boleh??

aku cakap ni dari pemerhatian aku duduk kat german ni la..kalau korang nak tahu cukai barangan kat german ni mmg tinggi tau which is 19% untuk barang biasa dan 7%(kalau tak silap or tinggi lagik) untuk makanan..so just imagine, semua barang ko beli kena cukai macamni, kalau kat mesia tu mesti berderet2 org buat demonstrasi..haha..
pastu kalau cukai pendapatan pulak mmg standard 40%, tapi kalau ada anak kita blh dapat balik so campur tolak just kena bayar dalam 15% percent jer..so dia mmg galakkan semua org ada anak.
dan yang bestnya kat german ni, banyak benefit untuk org yg berkeluarga or tak berupaya or miskin..sbb utama, kerajaan dia korek pendapatan org kaya raya (from tax that they should paid) and agih2kan pada golongan yg kurang upaya ni..so adillah kan..and pencen org2 ni pun tidak dibayar oleh kerajaan actually, semua org yg bekerja kena bayar certain amount yang dipanggil retirement money ke apatah istilah dia..but tujuan dia adalah, supaya dia boleh menerima pencen setelah dia pencen..but pencen tu bukan cam kwsp ikut kira berapa ko sumbang..jumlah dah ditetapkan..so kiranya rakyat2 la yang membayar wang org2 pencen ni..sekali lagi sikap sama rata diamalkan..so best kan??
so kat mesia, kalau rasa2 semua org nak dapat subsidi ke benefit ker, first sekali org2 kaya raya kat mesia kena willing to share diorang punya kekayaan la kan..cuba naikkan tax rate expecially bagi pendapat yg puluh2 ribu tuh..mesti rakyat jelata yg duduk dibwh ni takdelah tertekan sangat kan..barulah semua pun tak merungut..so duit tax tu blhla bagi child benefit, pension benefit, org yg tak keje nyer benefit(tapi aku rasa kalau ada benefit org tak keje kat mesia, mau lahir ramai org malas).
ORANG KAYA2 di MALAYSIA-->sila berkorban untuk bayar tax lebih boleh????kira cam sedekah la kan..naper kat europe org boleh buat, kat mesia tak boleh kan..nama pun MALAYSIA BOLEH!!hehe..

ok balik isu2 sebegini, kadang aku pelik org yg dok suka salah kan itu ini..maki itu ini tak tentu pasal..balik2 aku byk dengar org cakap"tulah, saper suruh sokong A kenapa tak sokong B"..aku rasa itu bukan penyelesaian..kalau B pun sama songlap duit, ko nak sokong ker?aku tanak..kalau mentaliti pemimpin B pun sama ngan A, ko nak sokong..jangan la melatah cepat kawan2..
kita ni cerdik pandai, jangan cakap main sedap, patutnya kita kena fikirkan apa yg boleh kita buat, untuk mengatasi masalah2 camni..then hantar petition ke, supaya pendapat kita ni didengar..barulah semua masalah boleh terjawab..
ini aku ada jumpa siap persoalkan PM tu semayang diterima ker?tahu ke semayang..adoyai..childish sungguh bila dgr pendapat macam ni dari org2 yg berilmu dan cerdik pandai..hello!!siapa kita nak menilai amalan seseorg.amalan kita pun tak tentu lagi tau Allah terima..dok nak pk amalan org lain..aku ni bukan la suka sangat pemimpin tu, tapi takdelah sampai aku nak sebut dia tu semayang tak terima bagai..itu antara dia dgn Allah la kan..kalau ko nak dia jadi baik, kalau tak blh tegur direct, apakata kita doakan..Bila, ada pemimpin cina yang diorang sokong, boleh pulak cakap "doakan jerla dia tu masuk Islam, mesti dia bagus" apa kes kan??? aku bukanla nak menimbulkan kemarahan sesapa ngan entry ni..tapi kadang2 kita ni main cakap jer, ikut suka rasa..

aku dulu penah kena sound ngan sorang mamat ni sbb aku baca Utusan Malaysia..boleh dia kata "Memang bodoh org yg baca utusan tuh..semua benda dalam tu citer dongeng jer", kalau korang jadi aku, menyirap tak??erh suka aku la nak baca suratkhabar apapun..lagipun aku ni ada akal, boleh pk, bukanlah nak terima jer bulat2 citer2 yg tak masuk akal ni..kalau org yg bodoh tak blh pk tu blhla caya bulat2..lagipun dalam tu ada jer berita yg bukan politik yg memberi pengajaran..aku jawab je "aik!coloumn2 lain banyak jer ilmu2 yg bermanfaat, bukan coloumn tu jer saya baca, takkan tu pun bodoh kot. lainkali janganla nak main kutuk jer.bercakap kena berfikir dan tapis apa yg kita nak cakap. kita ada Akal, ada Al Quran dan hadis..rujuk tu semua barulah boleh bagi pendapat yg bernas" tau pulak senyap bila aku cakap camtuh..

sebab tu aku cakap, org ni macam2 ragam..memangla marah, aku faham..kita tgh marah..tapi kita kena fikirkan cara yg terbaik untuk selesaikan masalah, bukan dengan menambah masalah.so friends, be wise.kalau kita kata kita org yg betul, org yg bijak, cubalah fikirkan jalan penyelesaian, jangan jadi ketam lak nak ajar ank jalan lurus tapi sendiri jalan senget..lagi satu jangan cakap jer barabuk2 tapi hasil langsung takde..okla, apapun, renung renungkan dan selamat berfkir..

PS: apa agaknya cara boleh buat semua org satisfied???hmm...

Tuesday, July 13, 2010

he just can read my mine!!!AWESOME

I am very very happy today..First because I manage to finish my work after not sleeping for more than 28hours..GUD JOB NAT!!!(haha..puji diri sendiri hoccay!!)..Its really makes me feel gud through out the day!
And today seems like a happy moment for me, not just about work, also about Encik..Really wants to thanx him for his concern and you really make my day today!!Apa yang dia dah buat ialah, he tag me at one of his expedition picture. That was really2 unexpectable and so much appreciated. Its really make me happy and smile. Actually aku pernah terdetik dalam hati sebelum ni, bila dia naik Gunung Kinabalu nanti nak suruh dia tag aku in one of his picture kat puncak gunung (Ala2 nak buat ngada2 la) but seems we have the same wavelength and he just can read my mind thoroughly..:-D

And I do like all your pictures in there!!huhu..maybe someday we can go together:-)(tapi ada org kedekut bila kata nak ikut dia pergi panjat gunung:P).Oklah tak payah panjat gunung, we go to Spain together k..hihi..
Oraight, I will follow ur advice, balik ni terus ganti tido..Miss you..huhu

SOMETIMES GOOD THINGS HAPPEN WHEN WE WERE'NT EXPECTED IT!!
SO NEVER LOST HOPES!!~~CHEERS~~

Friday, July 9, 2010

world cup, life, syamil punya hal..

lama aku tak update sejak team kesayangan aku kalah..uwaaa...
anyway they lose with pride ok..ala setakat satu kosong, takde hal..pastu spain player pun main agak kasar apa..lagipun Mueller pun not playing kan..so ada apa hal..apapun aku still with Germany, hope they can make it next Worldcup!!
kepada sesapa yang nak kata German tak terror or nak kutuk2 tu, jangan perasan hebat la yer..at least sejarah membuktikan German adalah team yang kuat..lagipun Spain yg berpengalaman tu cuma lawan team under 23 k..so jangan nak berlagak!!!
Balik pada sotong yg predict Spain menang..ish ish ish..korang percaya??tak baik tau..sah sah kurafat tuh..haha..tapi kata Encik, Paul hebat sbb prediction dia betul..heheh..:-)

dua tiga harini agak penat sikit la, dengan keje yang berlambak sbb kena finish something within next week tapi private life somehow best..:)actually nothing special happen, but I do like this kind of situation. its better for me kot. Frankly speaking, I'm kind of not prepare to have a really lovey dovey relationship yang long distance right now. So its better like this for the time being and I'm really happy with my life..I know he always be there for me, and I'm always be there for him. We can discuss everything together and also advice each others. Whatever the final results are, I will accept it and I'm satisfied enough with my effort.

As for Syamil, dia makin dah besar ni dah makin cam mat saleh dah..makan nak cheese la, kartofel(kentang), and tak suka pedas..balik mesia makan kat kantin memang sah tak blh telan..Lagi satu aku tgk bahasa Melayu anak aku makin terabur.. cakap sarapan jadi rasapan, dulu ayat jer tak betul, nih siap perkataan pun dah tak betul, adoyai pening kepala mama dia..
however, he is always happy and that was a gud thing for me..lately hobby dia melukis..aku bukan nak puji anak sendiri tapi memang seriusly he just a great painter..hebat beb, aku kagum..nanti next entry aku masukkan gambar2 yg dia lukis..ok, chaww..

PS: balik mesia nanti nak pergi tgk la teater musikal Tun Mahathir..huhu..ada kakak kesayangan aku tuh ERRA FAZIRA!!

Wednesday, July 7, 2010

BAD MOOD

ok!saya takde mood...
tensen giler!!!

How to Stay Young N Happy

Something to share with all of u, since Encik share this with me:)

1. Throw out non-essential numbers.
This includes age, weight and height
Let the doctor worry about them. That is why you pay them.

2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.
Keep this in mind if you one of the grouches.

3. Keep learning.
Learn more about the computer, craft, gardening, whatever;
Never let the brain get idle.
An idle mind is the devil's workshop.
And the devil's name is Alzheimers.

4. Enjoy the simple things.

5. Laugh often, long and loud.
Laugh until you gasp of breath.
And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots time with her or him.

6. The tears happen;
Endure, grieve and move on.
The person who is with us our entire, life is ourself.
LIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love.
Whether its family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever.
Your home is your refuge.

8. Cherish your health.
If it is good, preserve it.
If it is unstable, improve it.
If it is beyond what you can improve, get help.

9. Don't take guilt trips
Take a trip to the mall, even to a foreign country, but not to WHERE the guilt is.

10. TELL THE PEOPLE YOU LOVE THAT YOU LOVE THEM, at every opportunity!!


Viel spaß..

P/S: German will win, insyaallah!!

Monday, July 5, 2010

panas buat aku takde mood...hati pun panas gak!!

hari ni cuaca kat sini panas giler..hati aku pun panas gak..
geram??marah?? tak sure nak cakap..
anyway biar jerla, malas nak pk banyak2..
lantakla nak pk apapun, i just give my opinion..
nak terima ke tanak itu hak ko la kan..
tensi..tensi..keje pun buat cam hampergh jer arini...
whatever la..ok, u just see what will i do next..
ko tgk jgn tak tgk erh..
caw a..takde mood!!serius!!

Sunday, July 4, 2010

Deutschland gegen Argentina 4-0

Bola! Bola!Bola!
Kalau time Germany lawan, harusla kan...
Die Hard Fan babes..selama ni tak hafal nama player..ha sekarang kan, aku dah hafal semua nama player..(nota exam tak hafal lak perempuan nih..heeeeee:P)
Semalam sblm game start, aku meang cuak2 giler.sbb mengikut prestasi Argentina sblm ni mmg nampak hebat sangat. SO aku berharap jerla German menang..sekurang kurangnya menang tipis pun jadi la..Masa mula2 Mueller score, aku still rasa berdebar..adoiii..rasa cam nak jeritttt TOLONG GOAL LAGI!TOLONG GOAL LAGI!!.sbbnya yerla Mueller goal kan masa minit ketiga tu..tak sempat panas kaki lagik..
Then nasib baik la pastu my favourite Klose berjaya mengambil peluang untuk menjaringkan goal, diikuti oleh Friedrich and then again Klose..Memang heabt kan Klose..I told u..Klose will never let me down..Oezil pun aku still respect sbb dia banyak assist. Untuk pertahanan, aku bgi tahniah kat Schweinsteiger and the Kapitan Philipp Lahm..AKU TABIK SPRING BEB!!! till this, Lahm mmg sangat hebat dalam pertahankan pintu goal..and kali ni jugak, sangat terbukti.. Korang main mmg cun a..Respect!!
Disebabkan fanatic, aku siap beli Jersey away yg hitam menawan itu hoccay!aku rasa final diorang akan main ngan Jersey hitam ni...Amacam??ada gaya??

comel??comel??

FINALLY UNTUK PEMINAT ARGENTS, sila nyanyi

DONT CRY FOR ME ARGENTINA!!!cheers!!

Friday, July 2, 2010

my work

I got a discussion earlier with my SV, so he gave me some advice what should I do..
He very much satiyfied with my works, but it seems that I'm still blur with the next step. And he also told me that I'm doing too much things in one time, thats why I'm always look stressed:-)..maybe his right.
So dia bg guide to focus in one tiny thing first, then after got the right ratio or relationship I can proceed to another one. I give him my plan, and he's really like it and ask me to keep what I'm doing but not to rushing on it.Man-man, kata org..hehe..
Rasa happy sangat bila dapat few gud words from SV. yela, sometimes kita blur bila berhadapan dgn problem etc. And make us down. Tapi SV ada cakap kat aku, suruh make a proper documentation..haha..memang, aku ni suka kelam kabut buat benda, nanti lupa apa aku dah buat and lupa apa aku belum buat. Kadang benda tu aku dah buat tapi aku tak make a log, then lupe..ngeeee*ketuk kepala aku!!
And today I'm quite happy after receiving email from him. Although the first time it takes time to clear my mind thinking what he want to tell me. As always, I like to take things from negative side first but after I cool myself, I do appreciate those things he wrote and do thanx him for a thoughtful advice and thanx Encik for sharing such a nice story with me..From now on I will try to enjoy the every moment in my life positively:-), We can make world a better place then:)

this was me a few hours before

and this is me now:) luv Allah

Thursday, July 1, 2010

Allah dah selamatkan saya..ngeee:)

arini mmg hari yg mendebarkan..
pertamanya boleh aku terbangun lambat..bangun2, cik mentari dah menyinar dah..
tak sedar langsung, entah hape aku mimpi..
pastu dan bangun tuh still lagi rasa ngantuk bagai nak giler..
masa nak pergi uni tadi, berlakula peristiwa yang sangat mencemaskan aku..

tgh aku syok2 terlelap dalam tram, tetiba datang makcik cuit2 aku, aku tgk dia..aku diam,
pastu dia tgk aku, then aku nampak org depan aku hulur something..
aku tgk lagi, baru terperasan, ruponya makcik inspector tiket daa..

GOSHHH!!!baru teringat aku belum beli tiket untuk July and its already 1st July..
dalam hati dah membuak rasa cemas nih, matila kena denda..
tapi still maintain cool..
aku keluarkan beg duit, tunjuk jer tiket June..
makcik tu tengok, jeling dua kali..
pastu..
pastu..
pastu..
dia cakap "Danke"..
perghhhh...selamat babe..
Alhamdulillah, rasa nak sujud syukur kat depan tu..
Aku terus je tuju kat pintu pastu turun the next stop..
Nervous aku mmg tak hengat la..org kata boleh pecah jantung darah mengalir berlumba2 dalam vein..haha..
Tapi mmg Allah punya kuasa tu hebatkan..Makcik tu siap tgk beria tapi still tak perasan yg tiket tu June punya..KUN FAYAKUN beb!!thats the miracle yg we never expect..
But pengajarannya lainkali jangan lalai lagik..:-)