Siapa Aku
My new part TiMe
Monday, May 23, 2011
penangan game
akibat bermain game dengan tak ingat dunia dua hari berturut2..
both of us dok layan tennis dgn boxing kat wii(selain tu layan gak Mario ngan Starwars)..
hahah, gara2 mama tak puas hati anak asik menang jer..(nampak tak aku nyer kaki bangku????main game pun kalah babe!!)
kalau tgk keadaan kitaorg macam lari satu padang..berpeluh giler..
saper kata tak boleh bersenam kat rumah kan??
mmg sangat bagus untuk kesihatan..
actually main tu duduk pun blh, tapi tak trill la kan..
mesti rasa nak ala2 pemain professional gak..
nak gerak gak kekanan kiri,
hahah..tapi yang best pasni sure tangan aku dah blh kurus..MAKCIK SUKE!
so korang, kalau ada duit lebih silalah beli Wii..
Nintendo mmg dari dulu lagik best!
PS: Aku layan game canoe pun syok gak..penat woo berkayak..
Saturday, May 21, 2011
kegilaan AKU!
ni maksudnya my obsession..
selain dari aku obses makan, jalan2,
aku ni smmgnya obses dgn gadjet.
masyaallah, mmg agak terukla, nasib baik aku belum jadi kaya raya.
kalau tak, mahu rumah aku jadi rumah Bill Gates.
so smlm sbb kemaruk nak shopping, aku pun terBELI, ecece terbeli kunun.
sengaja membeli ini..
wahahah..puas hati aku..
dengan alasan belikan untuk anak (walhal yang membuak2 nak beli tu aku!!)
so berjaya menyopping benda ni.
sbnrnya dah berbulan2 pk nak beli konsole, tapi dari sehari ke sehari macam pendam la perasaan tuh..kekununya tanak membazir,
sekali engkau!!!!datang nafsu jahat aku->beli jugak akhirnya..
pasni, mmg aku suka la duduk kat dalam umah ni..
dahla sebelum ni pun mmg suka dok umah tido..
4hari pun ada aku tak keluar rumah yang sekangkang kera ini..
pasni lagilah kan..
ohya, aku tgh layan citer NORA ELENA dilakonkan oleh Aaron Aziz, Siti Saleha dgn Zul Ariffin.Best wei citer ni..heheh..tangkap cintan jer.Aaron sah2 la berlakon best kan , but in the same time, Zul Ariffin berlakon best jugak..Aku suka ayat dia "Tenggelam ke tak, bergantung kepada Lena.Sejauh mana Lena boleh tahan godaan lelaki2 lain, especially lelaki macam Setan tu!" Terbaekkkk woo.Ost drama ni nyanyian Sofaz, aku dah ulang dekat 30kali..hahah..kalau dah obses mmg camnih la..Cuba try test tgk..
Sila tgk karya anak aku..Marvellous tak??He done this by only looking at the picture..
Wednesday, May 18, 2011
dekat 3tahun
september ni masuk tiga tahun aku dok kat german..
first2 tu mmg susah nak adapt..
seriously aku rasa cam semua benda tak kena..tapi aku suka la duduk kat sini sbb rasa aman, cuma bila bab nak makan susah ngan takde kawan tu yang rasa nak hujan lebat2..
tapi lately ni aku rasa best lak dok german..
mmg ada perasaan nak balik, tapi kdg rasa cam aku dah start adapt dgn cara kat sini..
kerja pun smooth jer..life pun ok..
atau dalam erti kata lain aku dah blh buang rasa ngada2 dalam diri aku..i think i have fully recovered..HAHAHA
kawan pun bertambah ramai..
selain bebudak kat office dah rajin bercakap ngan aku(sbb aku dah start bual2 dalam german), kawan2 kat kelas pun ada tegur2..pastu pakcik bus pun dah jadi kawan aku..
heheh..mungkin before this sbb language gap, tambah ngan aku nyer muka berlagak tak hengat, so semua org tak berani nak bercakap dgn aku kot..
skrg ni rasanya aku rajin tersenyum ngan org yang aku jumpa..parents kawan syamil pun dah start tegur2 aku, berbual dgn aku, pakcik kat sekeliling kawasan perumahan yang pepagi salu jumpa aku püun rajin menegur dan ajak berbual..
kalau dulu mmg aku elak nak berbual, takut diorang bantai german kaw2 sure terpinga..
tapi skrg aku dah tak rasa malu sangat nak berbual..hentam sajalah..and i think i got back my attitude masa kat jepun dulu (YEAY!TAHNIAH untuk diri sendiri)
dengan bos aku pun, aku cakap jer German walaupun salah..biar dia cakap English pun, aku dok speaking German, sbb kalau tak cuba, mana nak berjaya kan..apapun kita kena take a first step..Betul tak????
Masa pun dah boleh urus dengan baik, alhamdulillah.
See! Byk benda yang berlaku dalam hidup ni sbb tuhan nak buat kita jadi lebih baik.Nak hilangkan aura negatif dalam diri kita..
So apa yang penting untuk kita adalah MAKE A FIRST STEP!
PS: Good Luck guys!
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Sunday, May 8, 2011
Mother's day at Syamil kindy
So start pukul 3semua dah berkumpul, pastu kitaorg dipersembahkan dengan nyanyian2 dr setiap kelas.Kelas ang ada budak pra sekolah, akan buat persembahan berupa musical dan yang lain2 just menyanyi cam biasa. Syamil macam malu2 kucing memula sbb Asma dgn Miza join sekali aku utk tengok performance dia. Lepas tu, baru muka tak malu dia keluar.
Lepas habis performance, kitaorg dijemput minum petang.Sedap sangat cheese cake diorang sediakan.Lepas tu, cikgu amik bebudak ni untuk pergi menonton citer kartun yang mak2 pula, diberi peluang untuk berbual sesama sendiri.Disebabkan aku dah bawak kawan, takdelah aku pergi bersosial dgn mak2 budak German lain.Pergh!sib baik jugak, kalau tak terbelit gak lidah aku nak speaking..Hehehe..malas nak pk perkataan!
Then habis menonton, the kids masuk balik, dan diorang pun presentkan hadiah untuk mak masing2.Quite Fun!So lets enjoy te pixies..
Trip to Schaffhausen
Kitaorg pergi berlima, berempat dr Karlsruhe then sampai kat Donaueschingen, sorang lagi join us.Perjalanan strat pukul 9pagi and it takes about 3hours nak sampai situ.Schaffhausen ni sbnrnya sempadan antara Germany dengan Swiss.
Tujuan pergi sana, nak tgk keindahan alam-Air terjun pastu just lepak2 mengisi masa lapang. Dari Karlsruhe kitaorg naik train direct to Singen, then tukar train baru ke Schaffhausen. Sampai2 kat Schaffhausen dan lebih kurang 12 tengahari so masing2 dah lapar, so kami pun merayau2 la dalam Stadt.
Stadt Schaffhausen ni betul2 depan Main station, tapi masalahnya nak cari kedai makan yang ok amatla susah.Ada tapi sbb kitaorg nak kejar cepat ke Waterfall, so malas nak jalan jauh2.At last, aku memilih untuk beli Pizza jer.Aku tak tahula sbb lapar pizza tu jadi sedap ataupun pizza tu mmg sedap.Mengikut pendapat aku, pizza tu sangat sedap terutamanyza cheese dia marvelous.Tapi yang kelakar Asma(junior aku)try nak beli Lasagna, sbb tgk harga macam murah which is 3 Swiss Franc.Tapi tetiba bila nak bayar org kedai kata 9 Swiss Franc.Rupa2nya harga tu untuk 100g..Aiyok!tertipu..Tapi sedap la Lasagna yang dijual.Inilah kedai yang kitaorg pergi.
Harga sekeping small size pizza Mozarella adalah 6 Swiss Franc.Tapi rata2 makanan dan barang kat Swiss ni memang mahalla..Kalau ikutkan hati menyesal tak bawak bekal.Tapi sebab perjalanan yang agak lama, malas la pulak kitaorg nak masak2 nih.
Then lepas masing2 dah kenyang, kitaorg naik Bas dari Main station ke Schaffhausen Central.Lebih kurang 10-1minit perjalanan la.Berheti kat central tu, still lagi kena jalan untuk sampai ke Castle.
Tapi kitaorg tersilap sbb tak masuk castle,tapi terus turun ikut tangga dan kena jalan jauh giler.Kalau ikut dalam castle, boleh turun ikut lift.Memang rasa letih yang teramat.Nasib baik aku ada prepare makanan yang beli kat Mc Donald pagi tu untuk Syamil.Syamil as long as ada makanan dgn air, dia mmg ok jer.Setiap kali nak berjalan mmg aku akan prepare something untuk dia.Mudahkan anak aku??Syukurrr..
Memang superb la scenery, aku siap boleh terpk dalam otak, agak2 baper agaknya mass flow air tu erh..Memang akalu terjatuh percentage mati tinggi tu..hahhaha..And kalau convert energy to electrical energy beribu watt tu boleh hasilkan.Ok back to story..
Then naik atas masing2 dok cari toilet.Tapi sbb aku dah pergi toilet before tu, aku dokla round2 kat kedai souveniour and tanya connection ke bandar Schaffhausen. Sekali, dapat info dr tourist office tu bas akan jalan lagi 5min, and itu bas terakhir otherwise kena patah balik dan balik dengan cara kitaorg datang..Apalagik, tercicit la aku panggil semua org dan berlari2 lagilah kami nak kejar bas.Alhamdulillah sempat la naik bas.
Lepas semayang, pastu pekena kek sepotong, kitaorg naik train balik ke Karlruhe.Kami sampai Karlsruhe dalam pukul 10 camtuh.Memang letih tapi best!
Last pic camwhoring!
Tschuss!Till next entry