SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Saturday, December 24, 2011

Scotland day 1

Perjalanan kitaorang bermula 23 december.sebab tanak terlambat,aku plan tidur di rumah junior aku di Mannheim. Kitaorang kena naik bas ke Frankfurt Hahn airport which is 1 jam 40 min masa perjalanan dari Mannheim. Station bas di Mannheim tu, just 5min dr rumah junior aku.Tapi takdir menentukan segalanya. Aku bangun lewat dan tak sempat nak naik bas. Puncanya adalah telefon aku yang biol tu mati. Jadinya alarm aku tak bunyi. Aku bangun pada waktu aku bangun setiap pagi 6am. Punyalah cuak aku time tu. Kejut syamil, then cepat cepat bersiap. Sambil sambil tu aku try cari connection yang seterusnya. Bas dan keretapi takde untuk aku sampai airport sblm kaunter check in tutup. Punyalah panik masa tu. then aku terfikir nak cari bas dari frankfurt main airport ke frankfurt hahn airport(tempat aku naik aeroplane).

Ada satu bas, tapi bila tgk jadual keretapi,tak sempat nak kejar. Then aku pun plan naik taxi jer sampai Frankfurt am main airport, tanya punya tanya, harga perjalanan adalah 110 euro. Memang dah takde choice, so terpaksa jugak ambik.

Kemudian bila bual2 dengan pakcik taxi, dia kata why not aku amik jer sampai Hahn, sbb nanti katalah bus dah jalan, takkan nak amik taxi lagi.Harga dah jadi tripple.so lepas habis fikir aku amik taxi jer ke Hahn. Kena 180 eu. Mmg nak menangis bayar tp sbb syamil dah excited nak pergi scottland, aku pejam mata je.

So sampai hahn airport, alhamdulillah sempat check in dan dapat naik flight and dapat rebut tempat duduk yang best.tapi rupanya siri malang belum habis lagi, bila sampai di edinburgh airport scottland, aku baru perasan yang aku takde alamat adik aku..matila..sbb kita mesti ada contact address yang complete untuk diisi pada entry permit. Aku try call adik aku guna number yang ada dalam phone Syamil sbb phone aku kan sakit,tp nombor tu nombor lama..so tak dapat...masa ni memang dah cuak sangat.yelah kalau dok lama2 sure orang ingat kita ni ada masalah ke, takut ke..ni masuk UK so memang xblh main main..belek punya belek, alhamdulillah Allah tolong kitaorang.ada no phone member kitaorg yang kat uk.so aku calll dia, dia pun terus call adik aku. Within a minute aku dapat address adik aku.

Dah lepas cop pasport tu, dah rasa lega la kununnya, rupanya tak jugak..tiket bus aku tertinggal kat kaunter masa nak check in kat airport hahn td.masa ni dah nangis dah aku..yela, dari satu ke satu..sbnrnya boleh jer print lagi tapi nak cari printer kat mana kan kalau di airport.nasib baik harga tiket cuma 9pound.so aku belila yg baru.dapatlah kitaorang naik bas.

Dh naik bas, nak menuju ke train station.alhamdulillah.tapi boleh pulak, skrin yang tunjuk stop tu rosak.di edinburgh ni kalau kita duduk kat tingkat atas (bus dua tingkat), dia akan ada satu skrin untuk bagitau kita stop mana. Tapi skrin tu tak function. Nasib baik aku perasan ada bangunan tulis haymarket(tempat untuk tukar ke train) masa bas berhenti kat traffic light.so bila tanya pakcik bas tu, pakcik bus kata mmg kena berhenti kat situ. Alhamdulillah sempat nak turun kat situ.pakcik bus siap tunjuk mana train station. So kitaorang pun jalan ke station keretapi.

Bila dah sampai station, nak beli tiket, tetiba kad aku reject..cuak lagi, then pergi kat kaunter, alhamdulillah dapat beli tiket over the counter. Kitaorang beli return tiket ke dundee dengan harga 37.20 untuk off peak bagi seorang dewasa dan sprang kanak kanak. Tiket return valid pada tarikh kita beli (outward date) dan return bila2 dalam masa sebulan dari outward date) bila nak validkan tiket, tetiba tiket tu tak diterima. Aku pun pergi kaunter balik, tunjuk kat orang tu. Rupanya aku dah salah masukkan.aku termasukkantiket perjalanan Dundee balik ke Edinburgh.ceh!buat malu jer kan..tulah, asik kalut jer.
So now im heading to Dundee. Hopefully, no more bad days. And hope for another lucky series pulak. Till then peeps.


Ps:Entry berkurun..hihi,aritu xblh nk upload pixies

Thursday, December 22, 2011

Ketukan

Tengah aku syok main game,tetiba dengan bunyi ketukan kat pintu sekali.ok,itu memang sangat pelik.memang bukan angin.aku pause game, then aku dengar...takde pulak dengar orang.Then aku pergi kat pintu,cuba kunci.Rupanya pintu tak kunci lagi.Agak scary la..tapi aku tetap main game sampai la ni.Dalam hati"ada 'orang' nak bgtau kot yang pintu aku tak kunci lagi".Huhuhu..

Ps:erh,hari ini hari apa?khamis malam ******!ok,jom tido sekarang.

Wednesday, December 21, 2011

a moment when heart stop beating

tajuk tak boleh bla..tapi ni citer serius.
smlm berlaku satu insiden yang menyebabkan jantung aku berhenti sekejap.
it take a few second but sampai la ni, aku rasa aku masih trauma.
bukanlah trauma teruk sangat sampai tak boleh bangun ke apa, tapi kejadian tu macam dok replay depan mata aku.and aku rasa batu yang hempap dada aku is still there.

Kejadian ni berlaku pas aku amik syamil dr sekolah.
aku teringin nak makan Langos(roti dari Ungarn yang popular dijual kat Christmas market)
tapi tetiba Syamil kata dia lapar.So aku ajak dia pergi kedai roti yang dekat dengan station tram.
Bila dah beli roti, kitaorg kena lintas jalan untuk ambil Tram yang ke bandar.Sebab dah macam time tram nak sampai, aku pun cakap kat Syamil suruh cepat.
But suddenly, dia pergi lari lintas jalan tanpa tengok kiri kanan dengan keadaan jalan masa tu sesak sbb banyak kereta. Actually, aku nak suruh dia jalan cepat, bukan suruh dia lintas.Aku pun tak tahu kenapa dia terus melintas tanpa tengok.Kalau korang tgk cara dia lintas, seolah2 aku ni dah tinggalkan dia, pastu cam orang kena kejar anjing.Walhal aku kat belakang dia time tu, dan sblm dia lintas dia dah pusing tengok aku.

Kereta yang dari kiri memang berhenti, sbb masa tu agak jam, tapi aku perasan ada kereta bergerak dari sebelah kanan.Masa tu memang aku dah tak mampu buat apa, sbb aku nak lari macam kaki melekat, dan aku panggil pun dia macam tak dengar(makin dia lari laju).Alhamdulillah kereta dari sblh kanan tu tak laju dan sempat berhenti.Makcik yang ada kat situ pergi marah2 aku.Suruh aku jaga anak aku betul2.But frankly speaking, aku pun macam dah tergamam tak tahu nak buat apa.Seriusly masa tu dada sakit sangat.Aku marah anak aku beria2 sampai dia nangis teresak2.Teiba jadi orang gila skeepjap kat station tram tu.Pastu dalam tram, sepanjang 40min aku punya air mata pulak tak boleh berhenti.
Macam benda tu keep flashing.Rasa betul betul takut, hopeless.
But still aku bersyukur sangat2 sbb Allah selamatkan anak aku.Itu jela yang boleh aku katakan.
Aku sampai cakap, "Mil, kalau Mil mati..mama pun mati tau"Huhu..emo..

p.S: Pasni aku nak gari tangan anak aku ngan tangan aku, senang.

Monday, December 19, 2011

Ayat-ayat mak

Tahap pertama
-kalau sayang mama janganla nakal nakal.kan amil budak baik.


Tahap kedua
-Amil!mama cakap apa tadi.boleh tak jangan buat camtu?nakal2 ikut cakap sape?


Tahap ketiga
-Ko nak kena bantai??berapa kali dah mama cakap asik tanak dengar.


Tahap keempat
-Pang!

Biasanya syamil akan react bila sampai tahap kedua..ini adalah action aku sekarang,dulu2 ada tahap dua dan empat jer..hihi

Ps:berapa tahap kesabaran korang pada kerenah anak2?

Wednesday, December 14, 2011

Sembang gebang..

Aku terbaca blog serius psl imej yg digambarkn kepada semua tahap pendidikan.ok,sgt setuju.tp aku kelakar dgn komen2 org yg kat bawah artikel tu.

Sebelum komen tu korang kena tahu apa maksud phd yg sebenar.bukan sekadar nama dr philosophy jer.but apa tugas seseorang yang nak dapatkan phd.apa jalan yang dia lalui untuk dapatkan phd tu.aku bukan cakap pasal phd mickey mouse ke donald duck yer(tu semua bullshit org nak jadi kaya).im talking about researcher or scientist.

For me la,aku akui org ada phd tak mesti jd kaya pun.tgk jer scientist2 zaman dulu,bukan kaya raya pun.

Kedua,ada org komen,org yg ada phd tak semestinya pandai.aku setuju jugak sbb knowledge aku pun xbyk mana.aku sendiri salu tanya pendapat technician yg lama2.makin belajar,rasa makin banyak benda aku tak tahu.DAMN!

Tapi at least bg aku,aku tau bidang yang aku buat.orang ingat buat phd ni cam buat degree ker?kitaorg bukan belajar theory surface je babe.kitaorg kena jawab how and why.kitaorg buat kajian untuk membuktikan satu2 perkara.kitaorg study dulu baru kata,YES,THIS GOOD!

contohla aku tanya ko,kenapa ko klu jatuh dr pokok ke bawah tak naik atas?sure semua boleh jawab,sbb graviti.tp graviti tu apa?nape benda berat jatuh lg laju dr benda ringan???dan macamana ko nk buat bg kadar kelajuan jatuh tu berkurangan??so,agak2 ramai ke boleh terangkn perkara2 camni without digging deeper into the knowledge.tak mungkin babe.and thats what we are doing.

Yeah,its right that pengalaman mendewasakan but phd itself consider an experience.hands on!
Kat german,rata2 industrial researcher ada phd tau.so xblhla kata org ada phd ni tau theori jer.one more,most of big company ada kerjasama dgn research center or university utk buat development and optimization bg produk diorang.sanggup bayar ratus2 ribu lagi.so??korang rasa org ada phd ni xpandai ker???

Bg aku pandai ke tak tu bergantung pada usaha ko gak.klu asik dok lepak jer,malas nak cari ilmu,sampai bila pun akan duduk tahap tu gak.tak payahla nak kata ni bagus,tu x bagus.semua gifted kot.semua ada kelebihan masing2.tp klu org lebih dari ko, jgnla ko nak jadi PENDENGKI lak.kata org semua xbagus,ko je yang bagus kan.chill la.jalankn tugas masing-masing.hidup ni kejap je pun,tak rugi menghargai dan menghormati orang lain.


Ps:gua pun xkata gua pandai,klu pandai,sah2 gua dah takluk dunia.(eh ko,berangan nak hebat jer kan)


writing

ni pasal anak yang writing..bukan mak.
smlm dia suruh aku belikan dia buku kosong.2euro k(walhal kat umah dah ada buku aku amik dari office free)
aku cakap la, nak watper buku camtuh, dia kata, dia nak tulis cerita dia.
ala2 macam buku cerita la kan.
ok, takper.jangan sekat kreativiti anak, aku pun beli.
so dah balik, aku sibuk masak, dia pun sibuk menulis.
memula ingat dia nak belajar tulis perkataan.sbb dia belum pandai menulis sepenuhnya
then, bila aku skodeng., nampaklah apa dia buat.
tengah mengarang ko!
kelass anak aku babe.rajin pulak dia dok mengeja sesorang.
cara pembelajaran kat sini cam iqra sesikit..diorang diajar bunyi instead tahu ABC tu apa.
cuma masalah bila English la kan, mesti tak boleh bunyi direct cam Melayu atau German.(Untuk pengetahuan semua, bahasa German ni ada banyak persamaan ngan bunyi Melayu.Cuma dia ada bunyi pelik yang tergeliat lidah ko nak sebut.hahah)
ok, meh layan video anak aku kat blog cousin aku.

SYAMIL CAUGHT IN ACTION!

PS: Cousin aku dah tepek kat blog dia dulu..caittt!!

Saturday, December 10, 2011

Hujung minggu

Anak aku syok main game..mak dia pulak tgh pk nak mkn.


P.s:tgh tertekan dengan diri yg pemalas.i need a rival!!!

Thursday, December 8, 2011

Prandtl

Envy Prandtl, Nusselt, Schmidt, Karman..
Tarik nafas panjang-panjang.

Wednesday, December 7, 2011

kejung

tadi aku kat dalam toilet office, tengah syok2 amik wuduk kat sink, tetiba ada org ketuk..
mula2 cam pelikla, pehal lak main ketuk2 ni..baik2 tgh basuh kaki, cecepat aku letak kaki ke bawah.
tetiba menjengok sorang mamat ni kat depan pintu.
kejung aku kat situ,.
dengan tak pakai tudung, dahla kaki basah2 skit..muka pun basah..
dia cakap nak tgk tempat bocor kat dalam toilet.
aku memang dah tergamam, JA, JA jela..
then dia masuk tgk jap, nak kuar dr bilik air, dia pandang aku..
"AWAK NAK SAYA TOLONG PAPE KE?"(setelah ditranslate ke bahasa Melayu)
aku pun dahla tak keruan ,kantoi dia masuk tak pakai tudung,
dengan pandang2 kat diri sendiri, apa kebenda yang dia nampak cam aku memerlukan pertolongan ni kan..
aku pun kata NEIN, DANKE..dia keluar..
agaknya dia nampak aku basah2, agaknya dia ingat air tu terkuat terpercik kat aku kot..kot aku memerlukan towel etc..
hahaha...poyos tul..
next time, kena jerit WARTE!!! la gamaknya kalau ada org ketuk..huhu

PS: apsal secret admire aku ni lately rajin jer senyum kat aku..dulu macam org sombong, aku senyum, dia langsung tanak senyum pun.skrg bila aku dah tanak admire dia, dia pulak over tegur2, senyum2..

Tuesday, December 6, 2011

32 years of life

wow wee..dah merasa nikmat dunia 32 tahun
entah berapa tahun lagi sisa sisa hidup yang tinggal kan.
mampu ke nak kumpul amal ibadat buat bekalan?
mampu ke nak bahagiakan semua orang disekeliling?
mampu ke nak jadi anak yang terbaik untuk ibu bapa, mampu ke nak jadi ibu yang baik untuk anak2, mampu ke jadi kakak yang terbaik untuk adik2,mampu ke nak jadi kawan yang baik untuk semua, dan mampu ke nak menjadi seorang yang berguna kepada agama Islam, bangsa dan negara?
hakikatnya masih lagi bertatih walau lebih dr suku abad dah berlalu.
hakikatnya masih lagi cuba dan mencuba.
I made a lots of mistakes, please correct me if I'm wrong cause I'm trying to be the best of all.
semoga Allah memberi aku keberkatan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
semoga Allah memberkati juga semua di luar sana.
AMIN

PS: birthday tahun ni special skit sbb jatuh pada hari Asyura!semoga keberkatan hari ni mampu mengiringi kita semua sepanjang hayat.
HADIAH BIRTHDAY SAYA UNTUK TAHUN INI IALAH: Ipad2, Tassimo Coffee Machine dan juga Set Sudu/Garfu WMF.erh lupa lak arituh siap beli beg Long Champ Le Pliage & Planette.:-D, gila tamak sambut birthday!astaghfirullah...

Monday, December 5, 2011

it is not all about the RESULTS

doing Phd in Germany make me realized something.
Phd is not only concerning the results.
yeah, u might need some "NEW" things in your results,
but what they care a lots are, what have you done so far to get the results.

Asian and European have a different way of doing the job.
As I've finished my UG in Japan before, I'm get used with the thought of RESULTS matter.
If my result is zero, my work hard will also equal to zero.
If i obtained good result then I will saved.
But here, results doesn't matter.
The requirements here are mostly depends on the question, "did u really mastered all the thing that u have done?"
Every single thing count.
Finally, the product will be an expert of the knowledge.
And that was really2 hard for me.
I'm still adapting to the situation, since I'm not good at explaining things.
Bila nak jawab soalan "why" tu, even aku tahu, aku kecut..erh betul ker..sometimes benda senang as Reynolds number aku boleh lupa..Damn me!

My SV asked me to finish the first draft by end of January.
And the final draft should be submit by early June so that I can have Viva in August.I need to sacrifice Hari Raya but I don't care as long as I can get a long Raya holiday after finish.
So I got many to dateline to catch up.Thesis and also Conference paper.
And some small review for my journal.
Seriously, I need to concentrate more.
And I will have the written exam somewhere at the end of February which is I still not finish reviewing..Goshh!

However in spite of those hectic and frustrating matter, I'm still be greatful because I already came to the final stage=WRITING.And now I need to recall back my basics knowledge and pin in inside my mind.Hope I will survive both exams and Viva.

PS: Always praying for the best!