SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, September 28, 2012

Dutch Lady Milk

Ini iklan tidak berbayar.kihkihkih

aku sebenarnya manusia yang paling tak suka susu.Kalau orang bagi free sekalipun aku tak akan minum especially susu putih.Boleh termuntah dibuatnya.Aku pun tak tahu kenapa tapi syndrom ni dari kecil.

Tapi masa kat Jerman haritu,ada berbual ngan pakar tulang dari Malaysia yang buat Orthopedik,pastu dia dok cerita pasal kemungkinan yang berlaku kalau tak dapat susu (kalsium)yang mencukupi maka aku pun jadi scary la kan.Terus balik Malaysia berazam nak minum susu.Untuk minum susu putih aku phobia lagik.So pilihla susu berwarna ni.Janji susu untuk permulaan.Pergi Supermarket terpandang susu Dutch Lady.Ada kotak kecik untuk budak dan jugak ada kotak yg besar sikit.Kalau nak jimat mmgla bagus beli botol punya tapi aku ni bukan istiqamah sgt.Karang kalau dah buka,tak minum takut basi pulak.So belilah kotak.Ada dua perisa, satu coklat dan satu strawberry.Haruslah pilih pink.Hikhik.

Apa rasa?Memang sedapla.Sebab tekak aku ni hanya blh terima yang sedap2 jer untuk first try.Klu first try hancur,mmg jgn harap aku nak telan pastu.Even harga dia mahal sikit(rasanya kos satu seringgit kot),beli sepek RM 6 lebih,tapi aku rasa berbaloi.Tak rasa muak atau mamik nak minum.Kuantiti pun untuk sekali minum memang bertepatan.Apa yang best adalah aku senang buang air besar.Aku ni mmg ada masalah memberut.Klu tak simpan 3/4 hari tak sah.So mmg klu minum susu biasanya proses tu senangla.Takdelah lama cangkung dlm toilet.

Oleh kerana aku rasa sedap,so nak try untuk Syamil pulak.Dia ni satu masalah, lepas balik dr Jerman semua jenis susu buatan Malaysia dia taknak minum.Kununnya susu Malaysia tak sedap.Sangatla mengada.Kat Jerman dulu hari2 melantak susu.Aku mmg tak tahula rasa susu ni sbb tak minum tapi menurut junior aku,susu Malaysia memang tak sedapp.Kuikuikui. Last week aku belikn untuk Syamil susu Dutch Lady yang untuk budak perisa coklat.Saje suruh try.Alhamdulillah,dia kata sedap.Komen dia"mama rasa susu ni macam kaba skit tapi ada pahit2".kaba tu cam milo tapi german punya.Milo mmg Syamil xkenan.Tak tahula apsal kn.Biasakla anak mewarisi mak punya mengado.

So sekarang kitaorg peminat susu Dutch Lady.Aku tgk ada yg serbuk baru keluar tapi mcm takut nk try sbb buatnya tk sedap mahu dengan susu kotak sekali aku tk minum.Jadik saper2 yang tk suka susu cam aku,try a Dutch Lady berperisa,aku rasa mesti korng boleh masuk.Sbb aku yg pembenci sudu tegar ni pun lalu nak minum.

p.s klu ikut susu untuk budak sekolah katanya..skrg pek ni promo.dapat free legoland ticket for child if purchase normal ticket price for adult.so satu pek blh dapat 6tiket kanak2.(dengan syarat beli tiket dewasa)

Wednesday, September 26, 2012

teaching and learning

aku dah start kena mengajar.nasib baikla subjek design je.
memula masuk mmg berpeluh sbb student ramai lelaki(macam xbiasa lak kan)
dah lama tak mengajar ni,bila masuk kelas, ala2 gugup jugala.
minggu ni masuk 2nd week,alhamdulillah dah ok dah.
student pun 20 org jer.budak tahun dua dan tiga.oklah.biasala satu dua yg terlebih peramah ni kan.

lama dah aku tak ngadap thesis aku.tgh sibuk dok siapkn segala mcm surat.tp malas ni menjadi2.bila nak ada seru pun tak tahu.kena dok library kot baru rajin skit.

life,so far so gud.tgh graph mendatar jer ni.biasalah talian hayat tgh tak stabil sangat kan.kadang naik tinggi,kadang rendah.tp buat masa ni masih stabil lagik.

erh okla.lapar pulak.layan jerla aku merapu erh.

Tuesday, September 25, 2012

budak besar

baru baru ni pergi timbang,berat syamil dah 36kg.nampak macam kerempeng jer.mak aku kata tulang berat.

last weekend,syamil dok sedih pasal teringat kucing dia yang lari dari rumah.anak kucing tu kekunun adik dia.kena bantai dua kali dengan sepupu syamil,terus lari.member pun merana la jiwa raga.bila teringat boleh keluar air mata siap.hish anak sapo la drama sangat ni.hehe

so sbg mak yang jiwa kaca ni dok kesian la pk nk bg entertainment kat dia.last2 ajak dia p legoland.tiket mmg lama dah ada.beli annual tix sesiap sbb dekat kan.tp nak pegi mls nak p hujung minggu.so janji p kejap jela.dengan mak berbaju kurung,berangkat la ke legoland.

member bila dapat tahu nk p legoland,excited la kan.hilang segala duka lara.huhuhu.

overall,okla.ride dgn lego dia byk sama jer ngan DE.cuma miniland la menarik sbb tunjuk bangunan kebanggaan mesia dan asia.anak aku just main yg driving dgn fireman.maklumla attire mak sgt tak sesuai.

yang paling dia syok dok tgk mainan lego la kan.perghh..aku pun syok gak.sbb gaji mak dia masih lagi kecik,janji beli light2 jer.hehe.insyaallah nt mama beli yg beso klu gaji mama beso.:-).syamil klu nampak lego mmg menggila.tp kdg bila tgk design baru,dia cuba jugak la buat guna teile yang ada.lego dia je ada 3box besar,satu box kecik.so kirala sendiri pelaburan aku disitu.klu xbeli meinan dia,mesti boleh beli hanbeg byk2.

jomla layan pics yg tak seberapa sbb malas nk snap bebetul..panass,mama dia over..hihi

Ticket booth

Binaan yang paling aku berkenan.Ni kat surau dia

Fireman.Berpeluh nak pam benda ni kasi jalan.

Depan Legoshop

Ni bebetul selepas entrance dia.

Wednesday, September 12, 2012

Marah

Balik mesia jer rasa napsu amarah bissuk tu menjadi2 lak.
Salahkan mesia lak kan.heheh
Camne nak jadi org penyabar ye.
Susah betul nak halau setan ni.
Dahla tengah down, ada la pulak manusia carik pasal.huhu.nanges.
Pastu dpt tau arini kena ajar makmal pepejal.wohoho.pepejal pun lama xtahu berita.tetiba je kan.
Klu tolak kang,lain pulak jadinya.
Subject design ok lagi sbb pernah ajar.
Nasibla..
Maafla yer,sbb aku merempan lak.
Layan gambar raya

Tuesday, September 11, 2012

new journey

dah lama tak jengok blog.
sejak balik malaysia banyak sangat activity yang membuat rasa internet tak penting.
aku dah start lapor diri kat utm.
walaupun nasib masa depan masih samar2 tapi so far utm bagi peluang untuk aku buat phd.
the bad news aku kena lalui normal process, kena stay at least 3/4 years.
kj cakap nak try apply untuk 2tahun jer.
wallahualam..kadang rasa cam give up jer or nak start somewhere else fresh.
but i dont know.
prof kat sini mmg willing to help.
we see..hopefully bila tukar pentadbiran, tak tukar la polisi.
apapun, aku memang nak habiskan phd aku sampai berjaya.
mungkin kala ini, aku tengah daki bukit yang sangat curam.
really hope im not falling down once again.
and hopefully i will get to the top successfully.
praying hard.