SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Tuesday, November 20, 2012

SAVE GAZA!



Sekarang ni tengah rancak orang berkempen untuk memeberi sumbangan dan bantuan kepada Palestin.
Ditambah juga dengan orang yang berkempen supaya memboikot barang keluaran israel or company yang menyumbang secara terus kepada israel.Aku sokong semua usaha2 tu.Its a gud effort to show our concern.

TAPI!!
Aku tak setuju dengan sesetengah pihak yang sangat suka judge orang.
Itu satu.
Satu lagi suka kutuk2 dan menghina kerana orang tak buat apa ynag dia buat.
Pleasela.STOP it.
Kalau kita nak boikot, mari kita boikot.But jangan mengata/mengutuk/menghina orang yang tidak memboikot.Nak bagi kesedaran pun, sila dengan cara berhemah.
Apa yang kita dapat kalau kita kata orang tu bodoh, tak sedar diri, pembunuh etc.
You dont have rights to say such of those words k.

Frankly speaking, aku memang boleh kata penggemar McD.Anak aku pun.Barang lain pun sama such as Nestle, Danone.Tapi kali ini, aku terpanggil untuk sama2 memboikot.Susah woo.Tapi sib baik sekali terang kat Syamil, dia dah faham.Memula aku tunjuk gambar budak kena bunuh.Then story2 skit. Alhamdulillah.. Cam Nestle tu sbb dulu susu, milo tu semua memang guna product Nestle.Actually takdelah semua benda aku tak beli. Apa yang boleh dielakkan, aku elak.Its a small movement but hopefully it helps a lot.

Kalau sesiapa ada rezeki lebih, bolehla cuci2 harta or pendapatan kita dengan menderma ke organization2 yang menyalurkan bantuan ke gaza.Antaranya adalah Aqsa Syarif.Semoga usaha kita yang sedikit ini membantu insan2 yang memerlukan di sana.

P.s: May Allah bless us.
Gambar adalah ihsan dari google image.

Monday, November 12, 2012

istanbul aku datang

tadi aku baru sat balik dr layan istanbul aku datang.
best giler citer ni.dah lama dok layan citer melayu yg ala2 je(maklumla i peminat filem melayu..aww).
bila tgk ni serius rasa nk layan lagi sekali.mix feeling.blended yg bagus.touching and fun.
cuma boleh agak jugakla ending but still i give thumb up to the story.
gambar cantekk rasa cam nak sgt pi istanbul ngan someone special..haha.
ok nk tido sambil ditemani perasaan bunga.beto mmg best!
nak tahu sinopsis tgk jer trailer.dasar aku yg pemalas.

p.s. sweetnya istanbul.kahkah

Seni

Seni itu jiwa.
Aku setuju.
Tak kisahlah menulis, melukis, mengfoto,memasak,semua perlu jiwa.
Kalau jiwa kacau mesti ada saja tak kena.
Ada orang memang bertuah, mampu berkarya walau jiwa sedang hiba.
Aku tidak.Aku perlu ketenangan.
Hiruk pikuk bandar, kebisingan kota,bukan jiwa aku.
Aku lemah?Ya.
Tapi aku taknak mengalah.
Itu aku.
Aku cuba.
Kerna seni itu indah.


P.s ikat tali kasut itu seni.

Sunday, November 4, 2012

makan2 jb 1

meh cite pasal makan pulak k.
since balik malaysia, mood makan adalah kelaut jadiknya salu tu mmg makan biasa2 je.smlm decide nak makan dekat dereten gerai2 sebelah jalan sg chat.kedudukan gerai2 ni bila kita masuk jln sg chat dari jln yg tepi laut tu, kena belok kiri.confirm jumpa sbb akan nampak kereta berderet2 even tak hujung minggu.
kat sini memang banyak sangat gerai.tak tahula nak pilih yg mana kan.so aku just ikut gerak hati.sampai kat gerai dol ni diorang scout,2 ada,sbb org tak berapa ramai dan aku tgk customer mkn semua licin,aku pun duduk.
dia takde menu,so sila order ikut sedap hati.maknn goreng2 ada,seafood base dish lagikla ada.
aku ngan adik2 aku order kerang bakar,udang grg butter cereal,kailan ikan masin,ketam sambal,ikan siakap steam dan ikan kerapu tiga rasa.air kitaorg pilih air durian belanda,air tembikai dan tembikai susu.
masa yang diambil dr order sampai first food dtg dlm sepuluh minit.ni maybe depends pd jumlah customer kot.but bg aku yg mmg benci menunggu ni rasa time management gerai ni bagus.
air mmg cepatla sampai.rasa oklah.
dr segi makanan,rasa mmg terbaekkk.sku suka kerang bakar dia punya sambal,mmg marvellous.kerang pun besar2.udang dia pun sedap.besar2 pastu dan separuh kopek.so memang tak byk songeh nk mkn.ikan2 dia mmg rasa dan bhn sgt cukup.aku hemtam ikan steam jer sbb mmg teringin.mmg syok.tapi klu korang suka pedas better order tambah lada padi.bg aku yg xsuka pedas mmg dah sedap.ketam dia besla.rasa fresh.kitaorg ratah jer sbb kunun nak buat rasa2 kan.kailan dia biasala.sbb aku xpernah thk org fail grg kailan lg.so mana2 pergi lbh kurang rasa.
semua orang mkn senyap jer sbb menikmati.sampai lupa nk amik gambo sebelum.yang ada selepas jer.hehe.
bila saat membayar,mmg berbaloi.ketam tu yg mahal sgt but compare to other gerai kat situ mmg murahla kan.yg lain2 aku rasa mmg worth mkn sbb rasa dia ummph.mohla layan pixies mknn dah habis.hehe