SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Sunday, December 22, 2013

Mati Hidup Kembali

Lagu ni first aku dengar masa aku tengok citer KIL.
Serius menusuk.
Macam kena dengan jiwa.
Baru-baru ni dengar balik terus rasa lirik lekat kat kepala.
The melody keep playing inside my mind.
Ada jiwa.
Setiap kali sebut Butterfingers, reminds me of someone.
Soemone close to heart, but far away from me.
Some one that I can't reach.
He is the fan of Butterfingers.
Kalau sebut tentang Butterfingers sure mata bersinar macam dalam katun Jepun.
Haha.
Aku tak pernah minat underground.
Sebab time muda aku minat rockers-Ella, Awie, Search, Wings
Tak pun pop rock-Slam, Zabarjad.
Tapi now..sangat layan lagu2 cam Mati Hidup Kembali ni.
Takde sape ke nak buat citer yang ada lagu best dalam KIL?


MATI HIDUP KEMBALI by BUTTERFINGERS

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


Saturday, December 21, 2013

Amazing day

Tanak bg benda yg negative.so i called the day as amazing day.

Bermula dengan terbangun lewat.So siap dengan tergesa2,nak pegi print soalan sbb soalan yg dah sediakan problem pulak. Then nak print rupanya tak save yg latest dlm pen drive..giler..modify kat situ gak.then otw nak keluar tu jatuh terlentang..bruises and cut dekat tangan dan kaki..super sakit.baju koyak kat lengan.nak cepat so mmg xblh balik umah tukar baju.sib baik bwk blazer.blh cover.

Start the journey..pegi isi minyak..ingat nak p withdraw money kat atm.atm rosak tp minyak dah isi.pastu tak blh bayar guna debit card.mcm nak giler dah.sib baik budak kat pam minyak tu percaya.p bank yg berdekatan,withdraw money, dtg balik stesen minyak,bayar. Settle satu perkara.

Masuk kat highway,touch n go offline.
So berenti kat ayer keroh.nak parking,langgar pagar.sib baik tak kuat.
Huhuhu..

Sangat2 hari yg banyak benda berlaku.
Mmg meraung jap dlm keta.
Tak tahu nak citer kat sape kesedihan.
Haha..over.
Tapi now dah ok. Cuma sakit kat luar je la..
Sakit dlm jiwa still ada lagi skit.
Gila emo ini perempuan.

Takpe2..esok sure benda super best nak jadi.arino nak nangis puas2.
What a day kan???
Super amazing!

P.s: life is enjoyable.sometimes the day like this make you laugh and cry at the same time.

Gambar adalab sebahagian dr kesakitan luaran

Wednesday, November 27, 2013

How thoughtful you are

Fuhhhh...it has been a long time..long enough for so many live event to happen..hehe
Tergerak hati nak menulis tentang tajuk diatas.

Because lately i met a very thoughtful person.seriously orang yang sangat perihatin..perihatin yer bukan busybody.

We went for a lunch in a group. I ordered one meal with a desert and he bought a muffin and the other person had the same meal as i am.

But then suddenly i realized the he went somewhere and come back again with a pair of fork and spoon.the first thought cross my mind was,he need that for his muffin.then i told everybody else,  "opps!i forgot to take fork for him".but then it turn out that he is not using them,instead he lay it near my tray.then ok.im just continue finishing my main dish.

Then when im started to eat my desert with the spoon and fork i had used during my main dish, he said "use the one i took". Sangat terharu dimasa itu..huhu

How many of you think that you are so thoughtful and caring to others. In this case i'm not even somebody to him but his thoughtful mind really move me. (For your info we dont and will not have any serious relationship)

Sometimes,we try to live a life with just us in our mind.we never include the surrounding that actually give a lot of influence in our life. How far we can go we our ignorance attitude.

We will not lose anything by giving,we actually received back lots more.
Even a small movement could make people happy.Even a single step could save others. Lets be a thoughtful person;-)

Tuesday, August 20, 2013

Kepada Alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai

Hai kawan2..adik2..kakak2..abang2.
Boleh tolong saya isi survey dibawah?
Kami kena dapatkan data2 untuk memperbaiki kursus kami..ehemm.
Segala kerjasama anda kami ucapkan terima kasih.

https://docs.google.com/forms/d/1zm6QpMtwsadUtlcRukRCnOB3EZPw052vy6C3urc5tbk/viewform

Friday, July 12, 2013

Tart nenas

Aku sangat merajinkan diri.
Tahun ni siap buat jual lagi.hihi.
Untuk abang ku yg dok baca blog ni secara senyap2, mehla beli..rm20 je sebalang ada 50 biji.confirm lazat.bg akula..knowing me as fussy person maybe sedapla.tapi tak tahula kalau xkena ngan tekak org lain.
So far jual kat kekawan jer.aku xmarket besar2an pun.tak daya makcik.sbb aku buat from scratch.dr jem sampai le packing.buat sendiri.tambah aku sepit sendiri, tak pakai acuan je.so renyah skitla.hantu apa tah merasuk tetiba rajin..eheh.
P.s mehla try tart nenas.;-)

Monday, July 8, 2013

I will come to you-Hanson

When you have no light to guide you
And no one to walk to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

Sometimes when all your dreams may have seen better days
And you don't know how or why, but you've lost your way
Have no fear when your tears are fallin'
I will hear your spirit callin'
And I swear I'll be there come what may

When you have no light to guide you
And no one to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

I will come to you

'Cause even if we can't be together
We'll be friends now and forever
And I swear that I'll be there come what may
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

We all need somebody we can turn to
Someone who'll always understand
So if you feel that your soul is dyin'
And you need the strength to keep tryin'
I'll reach out and take your hand

I'll reach out and take your hand

Oh I will come to you
When you have no light to guide you
And no one to walk to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

Oh I will come to you
Oh I will come to you

I will come to you,
Oh I will come to you

Sometimes

Sometimes..
We follow the ego
We look at the small things
And take it as a big thing

Sometimes
We try to be denial
To other person kindness
Because we hate
Some of that person act

Sometimes
We search for a perfect solution
But we forget
That we are not perfect

Sometimes
We say we love
But the heart doesn't feel it
And we lie

Sometimes
We stay in one side
And saying that we fair enough

Sometimes
The young said something wise
That make us think
That we need somebody
To walk together

Sometimes
We are tired of life
Hoping somebody grab our hand
And sing us a joyful song

P.s:thanx for ur reminder.u r a great friend.

Sunday, July 7, 2013

JDT vs SELANGOR Liga Super

Semalam aku telah menyaksikan perlawanan JDT vs Selangor life kat stadium.Memang penuh stadium smlm.Org dah start beratur untuk masuk pukul 5.Tapi dalam 5.30 baru dapat masuk.
Memang pack giler.Even aku duduk yg berbumbung.
Perlawanan start 8.45.Memang first half best.Sebab Johor banyak menyerang.Nunez berjaya sumbatkan satu goal untuk JDT.Memang gamat masa tu.
Second half boleh nampak Selangor melawan. Kira game semalam memang syok la.Asik menjerit je kejenya.Sampai anak aku kata tekak sakit sbb jerit.
Tapi at the end perlawanan seri 1-1.Perlawanan smlm adalah penentuan tempat kedua dan ketiga untuk liga Super.Klu tak silap aku Selangor menang walaupun smlm seri sbb dia bermain ditempat lawan.Sedih jugak kalah tapi best dapat tgk live.Matyo asik kena kepung je.Kesian dia.Tapi aku paling minat Alhafiz.Menyarung jersi no 1 dan merupakan goal keeper Johor.;-)
Apapun, congrats utk Selangor.Good game guys.Ada peluang kita jumpa waktu Piala Malaysia.

P.s:Luaskan kuasamu Johor.

Thursday, July 4, 2013

What is this?

Siapa tahu apakah ini?
This is engine yer guys.
Campro engine.
Ada 16 valve.
Aku punya engine leaking kat tepi.
Sebab engine campro mmg heated.so gasket cepat cair.
So td masa servis tukar la sekali gasket dia.RM75 melayang.
Ni tetiba pulak engine warning lamp menyala.cuak makcik ni.maybe sensor problem..
Keta dah lebih 5tahun mmg mcm2 kena ganti.ni sib baik gak engine ok lagik.hopefully no major problem la.
P.s:tetiba rasa nak belajar servis keta la.

Ayat2 syamil

Situasi 1
Mama: amil, mama sedihla.mama rasa nak terjun laut je.
Amil: mama janganla cakap macam tu.Ni yang amil taknak pergi sekolah ni.
Mama: apsal amil tanak pergi sekolah pulak?
Amil: sebab amil risaukan mama..kalau mama buat benda apa2 ke.
Mama: :-)

Situasi 2
Mama: amil, nt kalau amil dah kahwin mama tinggal la sorang2.
Amil: tak akan terjadi.amil janji amil tak akan tinggalkan mama sorang2.
Kalau amil dah kahwin pun, amil akan cakap dengan isteri amil "saya tak boleh tinggalkan mama saya sorang2.sbb saya dah janji dengan mama saya nak jaga dia sampai bila2."

Wednesday, July 3, 2013

Monster university

Akhirnya berjaya gak nengok Monster University.
Actually this is prequel of Monster Inc.
Aku bagi 4stars out of 5.
Bagi aku elemen yang ditunjukkn banyak bagi pengajaran pada budak2.
Contohnya:
Jangan berlagak dan rasa hanya kita hebat.
Kita kena bekerjasama utk mencapai sesuatu.
Setiap insan ada kelebihan masing2 dan kita blh guna kelebihan tu utk saling melengkapi.
Sekali gagal tak semestinya kita gagal selamanya.

Cerita ni fun, kira cerita balik sejarah Mike dgn Sullivan.Memang recommend bawak budak2 tgk.Cuma cerita dia banyak berkisah pasal menakutkan org la kan.Plot citer agak lawak dan layan.Banyak gak watak2 tambahan samada yang baik atau jahat.Tapi kalini watak jahat sesumpah tu takdela over jahat sgt.So apakata korang layan sendiri kat wayang.Masih ada di pasaran.

drama-drama Melayu favourite

Seperti yang diketahui, aku adalah peminat drama yang tegar.
Ada season yang aku miss jugak sbb kadang citer merapu or org dalam cerita aku tak kenan.
Tapi untuk season yang tengah berlangsung ni, memang hampir semua drama aku layan.
Jom tengok drama apa best.

1. Sebenarnya saya isteri dia
Lakonan: Tizz Zaqya, Izzue Islam, Qi Razali, Uqasha Senrose
Cerita asal drama ini adalah dari novel dengan tajuk yang sama.
Tak silap masa episod kedua, aku dah menggelitik nak tahu ending cerita ni, so aku pun pergilah cari novel dia.Drama dia ni macam poyo2 je.Tapi fun.Kadang rasa Tizz cam over berlakon lak.Banding dengan watak dia dalam cerita Nur Kasih, aku rasa Nur Kasih lebih penghayatan.Dan watak Nur tu lebih berat banding watak Saf dalam SSID. Tapi tak rugi la tgk cerita sweet cam gula ni.
Sinopsis korang p tgk kat lama web TV3 k:-)

2. Kisah Cinta
Lakonan: Fazura, Shaheizy Sam, Nazim Othman
AKu memang suka Fazura berlakon. DIa sangat sweet, cantik.Fuhh
Dalam cerita ni, nampak keserasian antara Sam dengan Fazura.
Pada awalnya Shah dengan Azalea ni nak menyiasat punca parents diorang boleh accident bersama.Tapi dalam pencarian tu tetiba diorang terjatuh cinta pulak. Cuma yang tak berapa best adalah Shah ada tunang masa tu. Cerita ni still airing sekarang ni. Kata2 dalam dia sangat best.Spontan. Mencairkan.Silalah layan yer.Antara ayat yang aku suka "Saya nak sayang awak boleh?" Bahahha.

3. Teduhan Kasih
Lakonan: Sherry Ibrahim, AD Putra, Shah Iskandar dan Nabila Huda
Adaptasi novel Teduhan Kasih.
Cerita dah habis dah tapi korang boleh layan kat tonton.
Actually plot tu lebih kurang sama dengan novel cuma ada beberapa scene yang dia dah ubah la.SO lagi nampak kejahatan dalam cerita dari dalam novel.
Kalau korang baca novel sumlah memang rasa "Ohh..nak laki camni".
Dalam cerita ni Nabila Huda adalah super evil.Pergh, tak tahulah kalau dapat kawan camni.
Kisah dia pasal Ayu yang dengki kat kawan dia Iffa, dan dia cuba nak rampas segala galanya dari Iffa. Tapi nasib Iffa ni baik jumpa dengan seorang lelaki bernama Ehsan yang telah mengubah hidup dia.Eceh.Tengok jela sendiri.
Cerita ni ada time boring la, cuma jalan cerita sangat best, pastu aku dah layan novel.So tu yang rasa best jer tengok.Tapi masa tgk episod akhir cam aku tersedih lak dengar lagu dia.Aha..lagu dia best!

Ok, tu jerla kot cerita yang aku layan.Kita tgkla season puasa ni best ke tak erh.
Ciao!

Friday, June 28, 2013

Believe

Look through eyes
To find a way
Look through heart
To find the truth

Believe is hard
Traveling a long journey
It dies when we fail to serve
But believe live forever
When minds keep the promise

Do we believe what we hear
Do we believe what we see
Do we believe the truth
Do we believe the reality

Believe give hopes
It makes a way
Presenting a strength
Open a possibility

Finding something to believe
Living something for believe
When you live
Keep believe

Thursday, June 27, 2013

Kesan jerebu

Jerebu dah nak ok baru nak tulis pasal jerebu kan.
Tapi nama pun kesan jerebu.
Aku mengalami kesan jerebu ni bila time jerebu dah bawah seratus.
Sekarang tengah sakit sangat tekak.
Dari isnin arituh dok selsema yang tahap nak tercabut hidung.
Semalam pun kepala sakit giler.
Almaklum aku ada masalah Sinus so habuk2 adalah benda yang sangat sensitif untuk hidung aku.
Aku rasa punca aku sakit tekak melampau sbb smlm agak kurang minum air.Selalu ada 3liter aku minum.Tapi kat office smlm aku bawak sebotol 0.5 liter je.So maybe kering.
Mata dah sembab cam panda dah.

Tapi aku sangat pelik orang yang tak faham bahasa ni.
Yang BIJAK amat ni.
Mentang2 jerebu dah kurang, boleh selamba rock bakar sampah yang kuar berasap2.
Kalau yer nak beraksi tunggu2 la sat lagi.
Nak je aku amik asap tu halakan ke rumah dia.
Bior tersedak.
Semalam malam pun aku bau asap kuat.Aku tak rasa asap jerebu, aku suspect asap org bakar2.ishh..gerammmm!

So pada yang masih ada jerebu teruk tu, make sure korang minum air byk.

Pastu klu boleh pakaila mask.Aku la ni rasa nak pakai mask.Kalau blh beli N95 yang cam mask darth vaders kata anak aku.sebab tu memang bagus.

Lagi satu jangan main sangat kat luor.aku ni p bola arituh kot.dahla jerit2, air kurang minum.Ha..nila padahnya.

Berdoalah semoga Allah bg hujan rahmat kat bumi ni.so far jb hujan dah dua hari dah.

Semoga selamat semuanya.

Wednesday, June 26, 2013

Mari berbola.

Semalam first time aku tengok game live.
Memula memang rasa awkward sebab takde org bagi ulasan..Senyap jer..Haha
Pastu rasa syok dengar org keep chanting.
Walaupun seri je semalam and permainan tak berapa nice, tp oklah.
Next time memang nak pergi lagi.
Orang tak berapa ramai sangat mungkin masing2 target nak pergi final FA nanti.
Dapatla tengok Mat Yo depan mata.sebab kedudukan aku betul2 depan sikit dari gol.So masa johor score tu betul2 nampak live.Cuma dh terpampan tak sempat snap.
Paling seronok tengok gelagat orang.Provokasi mulut biasalah.Tapi in between them ada jugak yang jenis baik.Tegur kalau ada yang over tunjuk isyarat lucah ke.Bagus sangat brother tu.
Syamil pun sangat seronok.Siap cakap "Mama, orang tu crazy la"-ditujukan pada mamat2 yang suruh team Felda diam.Haha lawak sungguh.
TAPI dah nak last tu aku rasa Felda banyak berlakon.Menyampah I tau.Nak2 penjaga gol dia asik cramp je.Tak larat I.
Anyway, jom BOLA.;-)

Tuesday, June 25, 2013

Luaskan Kuasamu

Dah boleh agak tak????
Haruslah pasal bola.
Baru first time ni nak layan kat stadium.saje la lunch time p stadium tanya tiket grandstand tuk malam ni.
Sekali ada banyakkk lagi.
Terus grab.
So mari saksikan JOHOR DT vs KL FELDA UNITED.
Tak sabo nak dengar org chanting.
Ooh tapi aku amik tempat berbumbung.
Nak bawak anak harus amik langkah keselamatan.
Hopefully jumpalah doktor idaman hati.kahkahkah.assalamualaikum:-)

Saturday, June 22, 2013

KIL MOVIE

https://www.youtube.com/watch?v=tHRkh3z41r8&feature=youtube_gdata_player

Movie ni memang best giler.Lain daripada typikal movie yang berlambak saat ini.Mesej yang ditonjolkan jelas.padat.

Mengisahkan seorang pemuda bernama Akil yang dah putus harap untuk meneruskan kehidupan.Akil cuba untuk  bunuh diri beberapa kali dengan pelbagai cara tapi tak berjaya.Suatu hari Akil terjumpa satu iklan tentang satu organisasi yang blh bantu dia untuk mencapai hasratnya.

Selepas pertemuan dengan organisasi tu, secara tidak sengaja Akil telah beetemu dengan seorang wanita yang berjaya membuka hati dia.Bertitik tolak dari itu dia telah mengubah persepsi dari ingin mati kepada ingin meneruskan hidup.Tetapi perjanjian dengan organisasi terbabit masih berjalan.Apa kesudahannya?
Baik korang saksikan sendiri.

Cerita ni ada elemen lucu, serius.Lagu semua mantap2.Dan banxak pengajaran korang boleh ambil.Aku rasa tak rugi menonton citer ni.Kalau korang suka cerita Sepet/Mokhsin, korang mesti akan suka cerita ni.Jalan cerita memang slow sikit.Tapi sangat sangat sangat BAGUS.

Check it out guys!!!

Sunday, June 16, 2013

Tinjau seni kota

Aktiviti seterusnya adalah urban sketching yang dianjurkan oleh Peninjau Adventure.
Aku memang tak pandai melukis.Setakat conteng-conteng oklah.Tapi bab perspektif semua outtttt!
So bila peninjau buat event ni, aku pun rasa this is the chance utk belajar direct dr sifu di Johor.
Untuk activity kali ni, aku angkut sekali syamil.Suruh dia belajar jugakla kan.
Activity berlangsung pd 16Jun2013.Bermula dengan menunggu peserta, diikuti dengan tunjuk ajar secara theory oleh sifu Taib Aur.Sifu mulakan nasihat tentang horizontal line dan Eye line.Memang mula2 susah jugak nak tangkap.Masing2 dok terpinga2 jer.Lepas turun untuk sessi praktikal, barula nampak sikit apa yang dimaksudkan.
Yang join mostly dah selalu bersketch.Cuma aku dan Puan Comei je yang beginner.Oh lupa anak aku pun sama.So hasil kami buat pun ala2 je kalau banding dengan orang lain.
Lepas melukis session yang pertama, kami berehat sejam untuk menikmati makan brunch di Hua Mui restoren.Pergh memang tengah lapar kan, so masing2 begitu kusyuk menikmati santapan.
Lokasi kedua kitaorang adalah sekitar Jalan Dobi.Untuk sessi kedua bangunan tak ditentukan.Kira cam bebas la.Boleh pilih apa nak lukis.Tapi sbb jalan tu luas sangat, memang agak sukar nak kenal pasti apa yang dilukis.
Last2 lukis jer lorong2 disitu ditambah dengan bangunan2 ditepinya.lepas siap, sifu pun komen untuk bantu peserta memperbaiki mutu lukisan masing2.memang berbaloi dan best sangat.
Untuk urban sketch ni, bayaran adalah rm50 yangana kita diberi satu pensel, satu pen, satu sketch book dan satu viewer.selain itu sarapan pagi dan appetizer sblm melukis jugak disediakan.
Memang bertuah sangat dapat jumpa otai artist.rasa banyak benda yang nk belajar lagi.
Tapi yang paling xblh blah, syamil punya sketch lagi cantik dr aku.Even sifu sendiri puji keupayaan dia..Huhu..takpela, mama terpaksa la mengalah kan.eheh.
Kalau ada sesiapa berminat next time, jomla join kitaorg sekali.Just follow Peninjau adventure.diorang akan update dari masa ke semasa.berbaloi baloi.



Larian Kitar Semula

Fuh! Fuh! Tiub habuk yang berkumpul dulu:-).
Event diatas telah berlangsung pada Sabtu semalam 15 June 2013.Setelah diajak oleh member, aku pun mendaftarkan diri.Saje nak try test cuba keupayaan diri.Knowing myself yg sangatla kaki bangku memang rasa mustahil jer nak habiskn 5km.Teringat masa sekolah lari 1.5km pun tercungap2.
Tapi yang menakjubkan, smlm langsung tak rasa penat.Memang dah habis 5km tu pun still rasa ada tenaga.Takde perasaan pun nak stop tengah2 jalan.
Bravo Nat!! Cipta rekod untuk diri sendiri.
Jomm saksikan gambar2 sekitar program berlangsung♥




Saturday, May 25, 2013

Sensitivity

Frankly speaking aku sangat tak suka org yg jenis suka gelar2 org sbb status.
Contoh klu janda ko panggil mak jan. (Aku mmg rs annoying gile ngan perkataan "janda".i prefer single mom.or divorcee.nampak cantek skit)
Klu org tu dah 40 tak kahwin ko panggil andartu.
Suka hati je ko nak gelar2 org kan.tak pk ko pun ada mak, kakak, adik.satu hari nt kalau jd camtu kat keluarga ko or hatta diri ko sendiri, ko suka ke erh?
"Perempuan ni itupun nak sentap".yes aku sentapp..tapi salah ke aku terasa??? Aku pun ada perasaan bhai.ko ingat ko sorang.ni serupa ngan kes ko provoke org pastu org tangkap ko, then ko salahkan org tu pulak sbb tangkap ko.
thats "sheisse" man..sheisse sangat.
Sblm nak tulis or buat apa2 pk la dulu yer.klu cakap psl diri sendiri then ok.tapi klu cakap psl org sila pk byk2 dulu.
K, la hati mmg tgh panas ni.tp ikut hati sangat kang mati.baik aku pergi relax.
Btw..arini bestie aku kahwen..yeay!!
Selamat pengantin baru Norazura Mat Liza.Dah tak nebes dah kan.lol.luv u babe!!

Sunday, May 19, 2013

New experience

Ahad lepas, aku membuka minda aku jap..join one journey dgn totally strangers.tp pastu takut ajakla student aku sorang teman(read is as klu pancit ada org tlg tunggu so tak malu sgt)
Kitaorg start berkumpul dekat shell tebrau..ada 3keta konvoi.total participant 10 org.pastu benti jap sarapan kat kota then gerak sampai kaki gunung panti.
Kitaorg naik kat barat sbb tanak bayar.lagipun ada dua org pendaki berpengalaman so xdelah cuak.
Bermula perjalanan yang berliku..ada 3checkpoint utama..masa second checkpoint tu aku dah mcm rs nak pancit.sib baik la ada student aku..dok bg air, makanan..risau kot aku pengsan..tp dengan berzikir dan setting mind yg ni cabaran cam aku buat phd, aku gagahkan jugak.alhamdulillah berjaya sampai kat atas.
This trip memang best sangat and inspire me a lot.walaupun ada beberapa cabaran dihadapi dan sampai la ni peha masih ada ketegangan, tapi aku rs ia merupakan pengalaman berharga dan sebuah trip yg bg kekuatan mental utk aku.thanx utk semua yg join, zana and brother,kak bell,atun, nizam, hafizal, medan ngan awek dan tak lupa student aku yg gagah perkasa..haha..looking forward to the next trip..yes jb climbers lets rock!!!!


Saturday, May 18, 2013

General statement

Arini aku nak citer pasal general statement.entahla erh..kdg aku rs org2 ni too judgemental or senang kata suka tuduh2 tanpa usul periksa..or bagi komen ikut suka.then bila ditegur dia blh kata "erh I bg general statement jer".
Cthla aku bg, ada sorang manusia ni cakap "adik2...hangpa semua jgn jadi macam budak2 X tu, pergi JOM HEBOH bergaul laki pompuan, pastu nanti tak semayang".so adakah ayat ini general statement???????
Tang mana yg general aku tak tau.agaknya dia lupa bahasa melaysia kot..dah sah2 ko petik nama or bagi cth kat situ, itu bermaksud ko dah mensabitkan satu pihak kepada kenyataan ko dan secara xlangsung ia bukan general.
Lagi satu contoh la..ko tulis "siapa yg makan pisang memang bodoh a"pastu ko bubuh gambar kawan ko tgh makan pisang..now, adakah general statement kat situ?ya, ayat memang nampak general tp yg ko letak gambar kawan ko dalam keadaan tu apahal? Ko secara tak langsung dah mensabitkan dia..belajo tak dedulu matematik.set, subset..benda ni dalam probability..ujian  IQ pun bykkkkkk ada keluar.
Sometimes benda yg jadi pd org kita tak tahu..so kalau nak nasihat pun direct la..atau kalau nak nasihat secara umum, tak perlu dok tunjuk gambar ke video yg ada kena mengena ngan statement ko.. (unless ko tulis "gambar ini tiada kena mengena ngan citer..which is sure kliche..) takpun letak jela gambar ko.senang cite..then baru blh kata general statement.

Sekian bebelan saya pada hari ini..

P.s kaki dah baik, hati menggelitik nak p naik lagi...hehe

Friday, April 19, 2013

think out of the box

Berfikir di luar kotak.
Ramai orang suka cakap pasal fikir luar kotak.
memula bila tgk ayat ni, aku masih lagi samar2.
okla.makna memang selalu dijelaskan.kena pk differently tapi salu terpikir kenapa luar kotak.
Tiba2 pagi tadi dapatla gambar ni.
Circulated by one of my friend.


then terus rasa mcm faham maksud thinking out of the box.
ok.put ourself inside the box.
for sure kita akan tengok benda tu dari satu sudut jer.
samada kita nampak segiempat atau nampak bulat.
sbb kita tak boleh nampak keseluruhan imej.
tapi bila kita keluar dari kotak tu, barulah kita dapat 3D image.
rupanya objek yang kita lihat tu silinder.

so by putting our self out of the box, we are able to know the truth.
and also we get the whole view of it.
and for sure it is much better.

one more important thing: DON'T TRY TO BE JUDGEMENTAL.
Sekian.


Tuesday, April 16, 2013

Budak soleh.

Aku terharu ni..
Sungguh xdisangka anak aku ni sangat la baik.mahapla mak memang suka puji anak.
Bukan apa, td aku dok belek2 pencil box anak aku.dah rosak sikit.pastu magnet dah lari.buruk jgn cerita la..dah macam pembalut belacan dah.
Aku pun cakap kat dia "dah buruk dah ni.buang jerla".
Then syamil boleh kata kat aku dia nak basuh bersih2  sampai berkilat pencil box tu.so nanti blh pakai balik.
Tetiba mama dia sgt terharu.huhuhu.
Kalau aku dulu jgn harap le kan..memang aku tak akan pakai punya kalau dah rosak2 ni.tetiba dapat anak blh down to earth gini gaya.harusla mama dia over terharu.
Alhamdulillah syamil.semoga sikap ini berpanjangan sehingga akhir hayat.aminnn..

Monday, April 15, 2013

Unique rubbish.

Jom kitarsemula!!!

Saturday, April 13, 2013

Tikus ooh tikus

Masalah tikus ni memang tak dapat elak.Dulu lagi teruk.Siap tikus masuk pastu beranak lagik.sbb masa tu rumah takde org bertahun.wohoo..aku ngan adik aku masa tu dah jadi macam pest control lak.dahla masing penakut.tapi sbb geram kitaorg buat tikus cam bola hoki.

Semalam aku cam ternampak kelibat tikus.aku yakin tikus sbb kelmarin bgn tidur ternampak lubang air terbuka.so aku mmg syak cik ti masuk umah aku.aku rasa sbb kat luar tu takde makanan.so meroyan a cik ti kan.
Then aku dah bertekad arini nak beli perangkap tikus.sekalik dlm kul 10 camtu aku perasan lubang air sekali lagi terbuka.so aku suspect cik ti ni keluar la kot.amboii..sedap ko keluar masuk buat cam umah sendiri erh.

Aku apalagi.terus sendal lubang air tu.then malam smlm dlm kul 12 aku dengar ada usaha2 untuk menolak lubang air tu.aku dengan kejamnya masak air pastu curah kat dlm tu..hahahhaha..puas hati aku.erhh kejam ke aku ni??????

Sunday, April 7, 2013

Gi Joe Retaliation

Semalam layan GI Joe kat Bukit Indah.
Aku rasa best jugak movie ni.Best sbb banyak sound effect and aksi yang hebat.Ternganga kitaorg tgk Ninja lawan tepi gunung curam.
Takde aksi yang over sangat sbb aku ni klu bab bunuh2 berdarah cam ganas sgt ala2 Ong Bak tu aku xberapa suka..sbb ngeri.tapi banyak letup2 la.
Tapi tak best sbb Duke awal2 dah mati..sedih.sib baik datang Joe a.k.a Bruce Willis.walaupun hero tua, dia sangat best.
Aku rasa kurang aksi2 yang blh buat sakit jantung.Tak mcm cite Mission Impossible.Tapi keseluruhan citer memang best.
So sape belum tgk, jemputla tgk.

Saturday, April 6, 2013

JANJI DITEPATI

Dulu kalau orang janji pastu tak tunaikan, aku memang akan hangin gila2.
Tak kira la, hatta ko cakap "yang..esok kita p beli roti erh"
Sebab, dah bila ko cakap, aku teringin.
Sekali sampai masa ko tak jadi pergi.
Sentapla kan makcik.

Tapi la ni..aku dah matang sikit(Uhuk!Uhuk!-ni kata kawan2 aku)
Hati sentap la gak tapi aku just redha jer.
Lagipun buat apa nak sakit hati.
Yang stress kita gak.
Kalau orang janji pastu tak dapat tunaikan, diam2 udah..takpun tunaikan sendiri.
Heheheh.
Remember!kita yang pilih untuk be happy.
So tak payah dok serabut2, sedih2.
CHOOSE A GOOD LIFE-HAPPY LIFE.
macam dalam lirik lagu..hadapi dengan senyuman.
eceh!

oh ya ni takde kena mengena dengan pilihanraya ye.
kang org kaitkan aku pulak.
sudahnya message tak sampai.


#Gambar takde kene mengena dengan cerita.Aku sangat rindu nak lepak ngan Karlsruhen.


P.s: Please suggest 1 book for me.Bahan bacaan dah habis, tak tahu nak beli buku apa.

Friday, April 5, 2013

Politik

Salam 1 MALAYSIA..(Haha..matikla ada org kutuk aku)
Sejak2 demam pilihanraya, sibuk sana sini orang dok forward benda2 yg ada kena mengena dengan parti politik.
Naik rimas aku dibuatnya.
Bukan apa, fanatik giler kot.
Tak kose makcik nak layan.

Yang tak boleh tahan adalah bila mana semua komen pun nak kaitkan dengan politik.
Semua orang ada preference masing2 kan.
Tak kira la ko nak sokong parti mana pun, tapi sebagai manusia apatah lagi Islam, silalah hormat orang lain.
Ini tidak, asik2 dok nak mengata, memaki orang lain.
Halloo kawan2, otak mu letak mana???

Aku ni ada gak berat parti tertentu.Tapi kalau parti or org dalam parti tu buat salah, aku cakap salah gak.
Takdela aku kata betul.
Ini tidak, taksub mengalahkan apa.
Baru sentuh sikit dah melenting.
Aduhai!gaya dia macam dia tahu jer orang tu personally.
Walhal semua pun dengar2 dan baca2 jer.

Satu hal lagi suka sangatla sebar benda2 yang mengaibkan.
Tak kiralah yang mana pun.
Aku memang tak faham.
Yang satu tu KAFIR kan so tak boleh kata apa, tapi yang ISLAMIC pun lagu tu jugak.
Apa nak dikata?????Dalam Islam setahu aku kalau menyebarkan aib orang atau benda yang orang tu tak suka dah kira berdosa dah.Camner tu?
ITULAH NAMA DIA POLITIK!!!
tak boleh kata mengata.
sama jer dua kali DOL.

Satu hal lagi, bila bab mengata bukan main lagik.
Tapi time dapat duit semua beratur paling depan.
Pastu cakap dah duit dia.
Sekalik check2 rupanya dia tak bayar pun tax tiap2 tahun.
Ada tu siap kong kalikong sebab nak lari dari tax.
Then kata duit dia..Pfftttt!
Kalau dah ko kutuk tak bersih la itula inila, rasuah la, cuba ko jgn subahat.
Tak payah amik.
Tak mati kot tak amik duit tu.
Ini namanya manusia yang PENTINGKAN DIRI.

Erh..over pulak makcik arini.
Geram pulak.
Takpela, malas fikir (Nanti ada pulak org kata berdosa tak amik tahu..huhu)
Baik fikir perkara2 yang best.
Barula positive minda dan jiwa.

So untuk tazkirah di hari JUMAAT;
MARILAH KITA BERSEDEKAH SEDIKIT.
Semoga rezeki diberkati.

P.s: Makan apa best erh????


Thursday, April 4, 2013

Ikut sape la ni????

Mama nak beli barang tapi akhirnya....

Wednesday, April 3, 2013

Boboiboy

Kisah dah basi.berlaku 31mac lepas.memang sejak nampak iklan kat ioi mall, anak aku ni sibuk nak p jumpa watak boboiboy dan yaya.so mak yang sbb dah ts bersalah salu jln xbwk anak pun dgn gigih pergi la ke tempat kejadian.tulis kat iklan waktu dr kul 12 sampai 4.sib baik aku sampai kul 1.rupanya boboiboy keluar kul 1.40.

Sementara nak tunggu boboiboy kita makanla dulu.pastu jalan2 tgk2 dan2 tgk org dah start berkumpul.so dtg pengacara suruh semua dok kat dpn sbb ada kuiz.anak aku berani k..dia angkat tgn pastu jawab soalan.dapat hadiah.seronokla member.heheh

Pastu diorang buat activity chicken dance.anak aku semangatla kan..dia mmg tak malu.suka joget2 sana sini.sambil tu diorang announce sapa nak amik pic sila beratur.aku mmg dah standby jer kat tepi tangga.beratur supaya dapat turn cpt.agak2 lagu chicken dance nak habis terus panggil syamil beratur.syamil beratur kat dpn sekali.aku pun standby dpn pentas.tp yg sakit hatinya, ada budak selamba badak masuk dpn anak aku.tp syamil relax jer.ok, blh tahan lagi.dtg pulak mak budak ni, dia pergi selitkan pulak anak2 beranak ke adik beradik budak tu..oiit bengang aku.anak tak tahu civic aku tak marah.mak tak tahu civic mmg berangin la kan.sib baik dtg pegawai bertugas dok jaga.klu tak ada gak mak pak lain nak selitkan anak diorang kat depan.tp yang cool tetapla syamil..huhuhu..terus mama dia tak jd marah.so dapatlah bergambar dgn boboiboy.puaslah hati.

Dah puas hati..balikla kitaorg untuk activity tido..hehe

Tuesday, April 2, 2013

Birthday syamil

Assalamualaikum.
Maaf ye klu sape masuk blog aku tgk2 tak blh masuk.aku tutup jap arituh atas sbb2 tak blh dielakkan..hehe..biasala tetiba takut diceroboh privacy.

Btw, nk cerita pasal birthday syamil aritu.lama dah, masuk sebulan kot.actually plan asal nak buat biasa2 je kat umah.tp perempuan ni mls nak kemas umah after the majlis.so kira2 buatla kita kat kfc.aku amik package yang 10kanak2 10dewasa.harga dalam dua ratus lebih.yang bestnya dia keluarkan maskott sekali pastu ada activity.biasalah, aku ni mana reti nk plan2 majlis..serahhh je senang.

Pastu sbb syamil request, aku belikn dia cake baskin robbins.cake ice cream so memang best la.cukup utk semua org.

Lain2 aku just pack goodies serba sedikit.kawan2 syamil ngan sedara je dtg.memula nak gak ajak geng2 aku tp kang jd majlis mak pulak bukan majlis anak..heheh..

Alrite, itu sajala untuk permulaan.jumpa lagi di lain hari..tatatititutu...

Wednesday, February 6, 2013

A meaningful trip

Lama dah tak tepek pic sendiri dalam blog.tambahan citer pun xbyk.last weekend I have a trip to pantai timur.tujuan adalah rahsia..haha..
Btw pantai dia mmg sgt awesome.rs cam nak duduk lama2 kat situ..jumpa pantai dan laut terus jadi kanak2 riang..berlari2 kat tepi pantai..agaknya klu ada org tgk pun pelik.
Pantai mmg my all time favourite..sangat menenangkan and refreshing.bunyi ombak dan angin laut adalah nikmat Allah.
Nak pergi lagik..lepas ni nak lepak lama skit..a very nice trip indeed.



Wednesday, January 23, 2013

Mommies out there, marilah bersama...

Actually aku nk berkongsi cerita atau nasihat sikit.
Semalam semasa aku pick up syamil dari sekolah, dia dok mintak duit kat aku untuk beli roti.Then aku bgla, tapi aku tak follow pun dia pergi koperasi.just tgk dr jauh.
Tetiba aku nampak sorang budak pergi kat dia.pastu aku terdengar macam budak tu tanya "ko ada lagi seringgit tak?".tapi xjelas la sangat.anak aku jawab apa aku tak pasti but syamil terus jalan.
Bila dia dah sampai semula kat tpt aku menunggu, aku tanyala apa budak tu nak.pastu dia kata budak tu nak mintak duit.pastu aku tanya samaada dia kenal ke tak budak tu? Kawan kelas ke? Pastu dia kata tak..bukan kawan dia..aku mcm rasa marah jugakla.nasib la anak aku ni jenis tak layan sgt org camtu and dia jenis tak suka bg benda kat org yg bukan kawan baik dia..sort of jenis protective pada barangan peribadi sendiri.klu tak, mmg agaknya dia dah bagi kat budak tu.
Budak tu dahla kecik je.pastu tak kenal, blh selamba je minta duit kat org.kalau dua puluh sen ok lagi, ni seringgit.
Before this, ada sorang kawan aku dok pening psl anak dia selalu hilang barang dan habis duit belanja.padahal dia bekalkan makanan kat anak dia and duit bg sehari rm3.mungkin jenis kejadian camni jugak kot berlaku.anak dia mungkin jenis org mintak, bagi..so gitula jadinya.
Tak tahu nak salahkan siapa.cuma aku nak bg sedikit nasihat kat mak2 di luar  yg baca blog aku ni, pantaula anak masing2.maksud aku kadang kita dah ajar betul, suruh anak berkongsi semua tapi kena gak tekankan bukan semua benda boleh kongsi.jangan meminta2 especially barang2.klu takde benda mintak kat mak bapak.budak2 ni bukan faham sangat kadang.yela, mungkin dia dah biasa dok minta kat atok, nenek, pakcik, makcik so dia dah tak segan nak mintak kat orang pulak.
Aku bukan la nak kedekut sangat tapi aku tak suka budaya camni.
yela..bayangkan kalau budak jenis lembut hati, dok bagi je apa org mintak, yang pening mak bapak dia jugak.so sama2la kita pantau dan nasihat anak kita.
Aku dulu pun mak aku type yg garang gila.cubalah perangai meminta2 kat org lain, kalau tak kena sesah memang tak sah la kan.
Tu yg terlebih independent..hukhuk..

Btw, sesiapa ada suggestion nak bagi anak suka sekolah..anak aku cam xhepy sekolah sini.asik dok cakap nak sekolah kat german.pastu suruh aku jd cikgu...emm..pening gak makcik nk pk nak bg dia seronok..ni klu dah kahwin pun, nak dok bawah ketiak mak camno???.

Tuesday, January 22, 2013

My view

Perempuan ini adalah pemalas.
Tgh lepak dlm kereta sementara tunggu anak habis ngaji.dahla ngantuk tak sudah dari tadi..
Tetiba nampak something best depan mata..plate number nama makcik..hoho.perasan kan..
Lately tak reti nak cerita apa sbbnya aku takde idea nak mengarang.nak karang ayat journal pun buntu apatah lagi nak merapu kan.

To my new reader.welcome to my blog picisan.tapi tak payah nak baca sgt blog akak yer.:-)

P.s nak makan apa jap lagi..kan best klu ada geng suka makan.

Monday, January 21, 2013

Be happy

I've got a good news yesterday..
Takdelah besar sgt benda tu tapi still buat aku happy.
Personal life pun best, meeting new people everyday.
Having a good time.

I am so happy.
And I wanna be happy everyday, everytime.
Keep walking..keep walking.
And I think I am doing that.

Hehe..misteri sikit entry kali ni.
Sebab aku tak rasa nak share what happen in my life pada semua.
But I do believe that be positive is the best cure.
Ever..ever..ever..

So guys be positive k!

P.s: Spread the love...

Wednesday, January 9, 2013

ayat ayat syamil

dah lama tak update pasal budak hati kaca(panggilan baru syamil)
dia pun dah start sekolah.
almaklumlah dah lama dok umah, makanya pergi sekolah adalah benda yang takbest.
pulak tu kena tunggu orang lama2 memang lagi hati kaca la member.
ingat nak update picture dia kat tp everything dlm hp so malas nak transfer.
mari kita gelak ramai2 dengan ayat2 cinta syamil..hahhaa

SITUATION 1.

Mama tengah tengok2 barang kemas kat kedai emas.
Syamil: Mama nak beli apa ni?
Mama. Mama rasa nak beli cincin la.Saje nak pakai.
Syamil: Erh mama, mana boleh pakai cincin, nanti orang ingat mama dah kahwin.Nanti takde orang nak kat mama.
Mama: Hahahhaha..gelak guling2


SITUASI 2.

Semasa dalam kereta nak ke sekolah, Syamil dok amik gambar pemandangan sepanjang jalan.(We are cloud lovers so sebarang cloud yang berkenan dihati akan kami snap).tetiba syamil dok amik pic sendiri.
Syamil: Mama, jangan nak letak gambar ni dalam facebook erh.
Mama: Kenapa pulak?takperlah.
Syamil: Amil tak suka la. Amil taknak jadi terkenal.
Mama: Hahahahahh..Budget artis sangat erh ko ni.(Gelak tak ingat dunia.)

P.s: Gelagat yang buat aku sering ketawa.