SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Wednesday, January 23, 2013

Mommies out there, marilah bersama...

Actually aku nk berkongsi cerita atau nasihat sikit.
Semalam semasa aku pick up syamil dari sekolah, dia dok mintak duit kat aku untuk beli roti.Then aku bgla, tapi aku tak follow pun dia pergi koperasi.just tgk dr jauh.
Tetiba aku nampak sorang budak pergi kat dia.pastu aku terdengar macam budak tu tanya "ko ada lagi seringgit tak?".tapi xjelas la sangat.anak aku jawab apa aku tak pasti but syamil terus jalan.
Bila dia dah sampai semula kat tpt aku menunggu, aku tanyala apa budak tu nak.pastu dia kata budak tu nak mintak duit.pastu aku tanya samaada dia kenal ke tak budak tu? Kawan kelas ke? Pastu dia kata tak..bukan kawan dia..aku mcm rasa marah jugakla.nasib la anak aku ni jenis tak layan sgt org camtu and dia jenis tak suka bg benda kat org yg bukan kawan baik dia..sort of jenis protective pada barangan peribadi sendiri.klu tak, mmg agaknya dia dah bagi kat budak tu.
Budak tu dahla kecik je.pastu tak kenal, blh selamba je minta duit kat org.kalau dua puluh sen ok lagi, ni seringgit.
Before this, ada sorang kawan aku dok pening psl anak dia selalu hilang barang dan habis duit belanja.padahal dia bekalkan makanan kat anak dia and duit bg sehari rm3.mungkin jenis kejadian camni jugak kot berlaku.anak dia mungkin jenis org mintak, bagi..so gitula jadinya.
Tak tahu nak salahkan siapa.cuma aku nak bg sedikit nasihat kat mak2 di luar  yg baca blog aku ni, pantaula anak masing2.maksud aku kadang kita dah ajar betul, suruh anak berkongsi semua tapi kena gak tekankan bukan semua benda boleh kongsi.jangan meminta2 especially barang2.klu takde benda mintak kat mak bapak.budak2 ni bukan faham sangat kadang.yela, mungkin dia dah biasa dok minta kat atok, nenek, pakcik, makcik so dia dah tak segan nak mintak kat orang pulak.
Aku bukan la nak kedekut sangat tapi aku tak suka budaya camni.
yela..bayangkan kalau budak jenis lembut hati, dok bagi je apa org mintak, yang pening mak bapak dia jugak.so sama2la kita pantau dan nasihat anak kita.
Aku dulu pun mak aku type yg garang gila.cubalah perangai meminta2 kat org lain, kalau tak kena sesah memang tak sah la kan.
Tu yg terlebih independent..hukhuk..

Btw, sesiapa ada suggestion nak bagi anak suka sekolah..anak aku cam xhepy sekolah sini.asik dok cakap nak sekolah kat german.pastu suruh aku jd cikgu...emm..pening gak makcik nk pk nak bg dia seronok..ni klu dah kahwin pun, nak dok bawah ketiak mak camno???.

Tuesday, January 22, 2013

My view

Perempuan ini adalah pemalas.
Tgh lepak dlm kereta sementara tunggu anak habis ngaji.dahla ngantuk tak sudah dari tadi..
Tetiba nampak something best depan mata..plate number nama makcik..hoho.perasan kan..
Lately tak reti nak cerita apa sbbnya aku takde idea nak mengarang.nak karang ayat journal pun buntu apatah lagi nak merapu kan.

To my new reader.welcome to my blog picisan.tapi tak payah nak baca sgt blog akak yer.:-)

P.s nak makan apa jap lagi..kan best klu ada geng suka makan.

Monday, January 21, 2013

Be happy

I've got a good news yesterday..
Takdelah besar sgt benda tu tapi still buat aku happy.
Personal life pun best, meeting new people everyday.
Having a good time.

I am so happy.
And I wanna be happy everyday, everytime.
Keep walking..keep walking.
And I think I am doing that.

Hehe..misteri sikit entry kali ni.
Sebab aku tak rasa nak share what happen in my life pada semua.
But I do believe that be positive is the best cure.
Ever..ever..ever..

So guys be positive k!

P.s: Spread the love...

Wednesday, January 9, 2013

ayat ayat syamil

dah lama tak update pasal budak hati kaca(panggilan baru syamil)
dia pun dah start sekolah.
almaklumlah dah lama dok umah, makanya pergi sekolah adalah benda yang takbest.
pulak tu kena tunggu orang lama2 memang lagi hati kaca la member.
ingat nak update picture dia kat tp everything dlm hp so malas nak transfer.
mari kita gelak ramai2 dengan ayat2 cinta syamil..hahhaa

SITUATION 1.

Mama tengah tengok2 barang kemas kat kedai emas.
Syamil: Mama nak beli apa ni?
Mama. Mama rasa nak beli cincin la.Saje nak pakai.
Syamil: Erh mama, mana boleh pakai cincin, nanti orang ingat mama dah kahwin.Nanti takde orang nak kat mama.
Mama: Hahahhaha..gelak guling2


SITUASI 2.

Semasa dalam kereta nak ke sekolah, Syamil dok amik gambar pemandangan sepanjang jalan.(We are cloud lovers so sebarang cloud yang berkenan dihati akan kami snap).tetiba syamil dok amik pic sendiri.
Syamil: Mama, jangan nak letak gambar ni dalam facebook erh.
Mama: Kenapa pulak?takperlah.
Syamil: Amil tak suka la. Amil taknak jadi terkenal.
Mama: Hahahahahh..Budget artis sangat erh ko ni.(Gelak tak ingat dunia.)

P.s: Gelagat yang buat aku sering ketawa.