SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, June 28, 2013

Believe

Look through eyes
To find a way
Look through heart
To find the truth

Believe is hard
Traveling a long journey
It dies when we fail to serve
But believe live forever
When minds keep the promise

Do we believe what we hear
Do we believe what we see
Do we believe the truth
Do we believe the reality

Believe give hopes
It makes a way
Presenting a strength
Open a possibility

Finding something to believe
Living something for believe
When you live
Keep believe

Thursday, June 27, 2013

Kesan jerebu

Jerebu dah nak ok baru nak tulis pasal jerebu kan.
Tapi nama pun kesan jerebu.
Aku mengalami kesan jerebu ni bila time jerebu dah bawah seratus.
Sekarang tengah sakit sangat tekak.
Dari isnin arituh dok selsema yang tahap nak tercabut hidung.
Semalam pun kepala sakit giler.
Almaklum aku ada masalah Sinus so habuk2 adalah benda yang sangat sensitif untuk hidung aku.
Aku rasa punca aku sakit tekak melampau sbb smlm agak kurang minum air.Selalu ada 3liter aku minum.Tapi kat office smlm aku bawak sebotol 0.5 liter je.So maybe kering.
Mata dah sembab cam panda dah.

Tapi aku sangat pelik orang yang tak faham bahasa ni.
Yang BIJAK amat ni.
Mentang2 jerebu dah kurang, boleh selamba rock bakar sampah yang kuar berasap2.
Kalau yer nak beraksi tunggu2 la sat lagi.
Nak je aku amik asap tu halakan ke rumah dia.
Bior tersedak.
Semalam malam pun aku bau asap kuat.Aku tak rasa asap jerebu, aku suspect asap org bakar2.ishh..gerammmm!

So pada yang masih ada jerebu teruk tu, make sure korang minum air byk.

Pastu klu boleh pakaila mask.Aku la ni rasa nak pakai mask.Kalau blh beli N95 yang cam mask darth vaders kata anak aku.sebab tu memang bagus.

Lagi satu jangan main sangat kat luor.aku ni p bola arituh kot.dahla jerit2, air kurang minum.Ha..nila padahnya.

Berdoalah semoga Allah bg hujan rahmat kat bumi ni.so far jb hujan dah dua hari dah.

Semoga selamat semuanya.

Wednesday, June 26, 2013

Mari berbola.

Semalam first time aku tengok game live.
Memula memang rasa awkward sebab takde org bagi ulasan..Senyap jer..Haha
Pastu rasa syok dengar org keep chanting.
Walaupun seri je semalam and permainan tak berapa nice, tp oklah.
Next time memang nak pergi lagi.
Orang tak berapa ramai sangat mungkin masing2 target nak pergi final FA nanti.
Dapatla tengok Mat Yo depan mata.sebab kedudukan aku betul2 depan sikit dari gol.So masa johor score tu betul2 nampak live.Cuma dh terpampan tak sempat snap.
Paling seronok tengok gelagat orang.Provokasi mulut biasalah.Tapi in between them ada jugak yang jenis baik.Tegur kalau ada yang over tunjuk isyarat lucah ke.Bagus sangat brother tu.
Syamil pun sangat seronok.Siap cakap "Mama, orang tu crazy la"-ditujukan pada mamat2 yang suruh team Felda diam.Haha lawak sungguh.
TAPI dah nak last tu aku rasa Felda banyak berlakon.Menyampah I tau.Nak2 penjaga gol dia asik cramp je.Tak larat I.
Anyway, jom BOLA.;-)

Tuesday, June 25, 2013

Luaskan Kuasamu

Dah boleh agak tak????
Haruslah pasal bola.
Baru first time ni nak layan kat stadium.saje la lunch time p stadium tanya tiket grandstand tuk malam ni.
Sekali ada banyakkk lagi.
Terus grab.
So mari saksikan JOHOR DT vs KL FELDA UNITED.
Tak sabo nak dengar org chanting.
Ooh tapi aku amik tempat berbumbung.
Nak bawak anak harus amik langkah keselamatan.
Hopefully jumpalah doktor idaman hati.kahkahkah.assalamualaikum:-)

Saturday, June 22, 2013

KIL MOVIE

https://www.youtube.com/watch?v=tHRkh3z41r8&feature=youtube_gdata_player

Movie ni memang best giler.Lain daripada typikal movie yang berlambak saat ini.Mesej yang ditonjolkan jelas.padat.

Mengisahkan seorang pemuda bernama Akil yang dah putus harap untuk meneruskan kehidupan.Akil cuba untuk  bunuh diri beberapa kali dengan pelbagai cara tapi tak berjaya.Suatu hari Akil terjumpa satu iklan tentang satu organisasi yang blh bantu dia untuk mencapai hasratnya.

Selepas pertemuan dengan organisasi tu, secara tidak sengaja Akil telah beetemu dengan seorang wanita yang berjaya membuka hati dia.Bertitik tolak dari itu dia telah mengubah persepsi dari ingin mati kepada ingin meneruskan hidup.Tetapi perjanjian dengan organisasi terbabit masih berjalan.Apa kesudahannya?
Baik korang saksikan sendiri.

Cerita ni ada elemen lucu, serius.Lagu semua mantap2.Dan banxak pengajaran korang boleh ambil.Aku rasa tak rugi menonton citer ni.Kalau korang suka cerita Sepet/Mokhsin, korang mesti akan suka cerita ni.Jalan cerita memang slow sikit.Tapi sangat sangat sangat BAGUS.

Check it out guys!!!

Sunday, June 16, 2013

Tinjau seni kota

Aktiviti seterusnya adalah urban sketching yang dianjurkan oleh Peninjau Adventure.
Aku memang tak pandai melukis.Setakat conteng-conteng oklah.Tapi bab perspektif semua outtttt!
So bila peninjau buat event ni, aku pun rasa this is the chance utk belajar direct dr sifu di Johor.
Untuk activity kali ni, aku angkut sekali syamil.Suruh dia belajar jugakla kan.
Activity berlangsung pd 16Jun2013.Bermula dengan menunggu peserta, diikuti dengan tunjuk ajar secara theory oleh sifu Taib Aur.Sifu mulakan nasihat tentang horizontal line dan Eye line.Memang mula2 susah jugak nak tangkap.Masing2 dok terpinga2 jer.Lepas turun untuk sessi praktikal, barula nampak sikit apa yang dimaksudkan.
Yang join mostly dah selalu bersketch.Cuma aku dan Puan Comei je yang beginner.Oh lupa anak aku pun sama.So hasil kami buat pun ala2 je kalau banding dengan orang lain.
Lepas melukis session yang pertama, kami berehat sejam untuk menikmati makan brunch di Hua Mui restoren.Pergh memang tengah lapar kan, so masing2 begitu kusyuk menikmati santapan.
Lokasi kedua kitaorang adalah sekitar Jalan Dobi.Untuk sessi kedua bangunan tak ditentukan.Kira cam bebas la.Boleh pilih apa nak lukis.Tapi sbb jalan tu luas sangat, memang agak sukar nak kenal pasti apa yang dilukis.
Last2 lukis jer lorong2 disitu ditambah dengan bangunan2 ditepinya.lepas siap, sifu pun komen untuk bantu peserta memperbaiki mutu lukisan masing2.memang berbaloi dan best sangat.
Untuk urban sketch ni, bayaran adalah rm50 yangana kita diberi satu pensel, satu pen, satu sketch book dan satu viewer.selain itu sarapan pagi dan appetizer sblm melukis jugak disediakan.
Memang bertuah sangat dapat jumpa otai artist.rasa banyak benda yang nk belajar lagi.
Tapi yang paling xblh blah, syamil punya sketch lagi cantik dr aku.Even sifu sendiri puji keupayaan dia..Huhu..takpela, mama terpaksa la mengalah kan.eheh.
Kalau ada sesiapa berminat next time, jomla join kitaorg sekali.Just follow Peninjau adventure.diorang akan update dari masa ke semasa.berbaloi baloi.



Larian Kitar Semula

Fuh! Fuh! Tiub habuk yang berkumpul dulu:-).
Event diatas telah berlangsung pada Sabtu semalam 15 June 2013.Setelah diajak oleh member, aku pun mendaftarkan diri.Saje nak try test cuba keupayaan diri.Knowing myself yg sangatla kaki bangku memang rasa mustahil jer nak habiskn 5km.Teringat masa sekolah lari 1.5km pun tercungap2.
Tapi yang menakjubkan, smlm langsung tak rasa penat.Memang dah habis 5km tu pun still rasa ada tenaga.Takde perasaan pun nak stop tengah2 jalan.
Bravo Nat!! Cipta rekod untuk diri sendiri.
Jomm saksikan gambar2 sekitar program berlangsung♥