Siapa Aku
My new part TiMe
Wednesday, June 11, 2014
Musim Exam
Walhal bukannyer study pun.
Student uni tgh sibuk exam.
Dah nak habis pun.
Aku pulak sibuk dituju dengan soalan2 mintak tips.
Stress makcik.
Nasib baik keje2 yang tergendala semua dah settle.
Adoi tak larat rasanya.
Best giler kalau dapat bercuti p memana.
Ni ada yang buat gile ni.hehe
Arituh aku dgn geng gunung aku dok pergi bersantai kat gunung lambak.
Best woo..sampai tough *read as sakit kaki betis aku.
tp mmg feeling dia awesome.
gambar takde.
erh ada tapi malas nak tepek.
kalau korang rasa nak santai2 menghadap pohon yang menghijau, marilah kita.
pasni, nak pergi mana lak erh.night hiking kot.
dah tua2 baru nak adventure.
tak salah kan.
as long as masih hidup dan sihat.
ada makcik aku jumpa masa naik gunung tu lagi hebat woo.
60plus masih gagah naik gunung.
lagi gagah ok dari ok.
tercabar ahkak.:-)
apa aku merapik ni kan.
actually rindu blog.
sambil teman orang study, aku pun merapu la.
till next.
Tuesday, June 3, 2014
To calm
Dahla rasa bersalah ni..pastu nak memberi ketenangan pada orang, memang tak reti.
*amkward silence
Tuesday, May 20, 2014
Lawak
Hidup ni kadang lawak
Takde orang buat lawak pun boleh ketawa
Pandang diri sendiri yang hampeh pun boleh gelak
Lawak sangat
Hati kecik sangat
Pam bagi besar
Ingat balik,memang lawak
Pandang orang dalam2
Hati panas,lawak
Ketidakwarasan itu lawak
Sebab bila sudah waras
Boleh ketawa sampai pagi
Kenapa bila suka
Yang lawak jadi serius
Semua benda caca merba
Aku tak suka!!!!
Monday, May 19, 2014
Gua
Gua ada satu hypothesis
Yang buat gua menung sampai petang
Yang buat gua fikir suratan atau kebetulan
Gua belum mampu buktikan ia jadi theori
Sebab semua benda perlu masa
Semua benda perlu usaha
Gua cuba
Gua tulis dekat sini
Agar gua tak lupa
Bila semua benda jadi
Gua janji terang semua
Tapi dalam hidup ini
Banyak nikmat tak terbanding
Bila Allah kata takdir
Apa mampu gua halang
Saturday, May 17, 2014
Attachment
Aku paling takut dengan attachment.Ko tau apa maksud attachment?Istilah lain aku guna melekit.Kalau orang melekit kat aku,no hal as long orang tu aku suka.
Aku tak suka bila aku rasa attach with someone.Serious gua takut.
Bila kita rasa ter-attach dengan somebody,semua pun rasa nak amik tahu.Serious aku hate this feeling.Kadang rasa nak buat2 cool.chill.tapi memang tak mampu.Ok mampu,cuma ngada2 rasa tak mampu.
Camne nak buang perasaan camni.Tak suka..tak suka.and its not healthy at all.Bila dah attach dengan somebody mula la rasa tak keruan je bila dia takde.macam dadah,tak boleh blah.Lebih baik addicted kepada makanan dari addicted kepada orang.Tapi aku memang suka itu orang.Lantak a dia nak suka aku ke tak.Tapi bila dia tunjuk suka,aku mula rasa attach.Then aku rs takut,aku rs nak step backwards.Ni la actually masalah aku yg paling ketara.
Benda libat perasaan ni memang boleh bikin gila.Tapi aku siuman.Aku cuma sakit.Sebab hati aku tetiba tumbuh bunga.Serious scary.Full stop.
Monday, February 3, 2014
Mood malas
Serius tengah malas.ni bukan sikit2 punya malas.ni tahap dewata raya ni.
Apapun tak buat.sungguh gila.
Rasa nak upah orang soh tarik tangan and push buat keje.pastu kalau tak buat bantai.sangat demotivated lately.dont know why.
Orang lain semua mesti tak macam aku kan. T_T.
Need a break before i break.nangis.
Sunday, February 2, 2014
Perasaan..perasan..whatever u call it
Time perasaan cam roller coaster sangat tak best.orang cakap sikit tetiba ko nak sentap.apakah?
Commonla..boleh tak cuba try test untuk bertenang.ini tidak..tengah2 gelak boleh pulak rasa nak nangis..perempuan... perempuan.emosi sungguh.
Aku mengata diri sendiri yer disini..bukan kamu dan kamu dan kamu..jangan perasan or perasaan lak.aku tanak amik tau kalau terperasaan begitu.sebabnya klu begitu kita Sepp!
Actually terbaca article pasal pensyarah ipta kena tipu 60k oleh bakal pengantin lelaki yg tak muncul masa majlis.rasa nak berapi je.yang pelik(kalau betulla menurut akhbar tu),napelah mak pak lelaki tu sanggup nak menipu sekali.gila betul..donia..oh donia.
Peringatan buat lelaki dan perempuan termasuk diri sendiri jugakla.tak payah nak percaya sangat pasangan especially bila libatkan duit ni.either ko tergadai body or tergadai maruah.laki bini pun blh menipu apatah lagi belum kahwin. Org nampak duit terus mata kelabu..jd dark evil.
Kalau aku..kalau aku.memang kedekut..rm50 pun aku kedekut ok.bukan taknak percaya tapi memang aku tak reti nak percaya. Especially kalau lelaki mintak pompuan ni..what the?ko nak kahwin nak soh bini tanggung ke?cam harum sundal malam sangat.ops!!makcik lupa behave.huhu..aku kalau ada bf pun tetiba bf sound aku tanya nape aku xpernah banje dia,aku dah sentap..sbb lelaki idol/pujaan aku tak pernah langsung mintak aku banje..aku dah janji nak belanja pun,tetiba time bayo,dia bayo sampai aku rs tak best.itu baru LELAKI INI.hehe..dah makcik nyer KPI camtu,nak wat camno kan.
Erh emo lak..oklah bye. Di bawah ini adalah lelaki yg aku nak train jd LELAKI ini..semoga berjaya!
Friday, January 31, 2014
Chinese New Year
Tajuk saje chinese new year.Tapi aku tak sambut pun. Time chinese new yearla nak lepak-lepak rehatkan minda.Banyak sangat berehat..huhu.
Penat pk pasal diri sendiri.Macam malas nak pk tapi terpk.Ok complicated.Last2 I made my mind.Ignore terus.
Hidup memang ada turun naik.Macam roller coaster.So kena jalani moment2 tersebut dengan fikiran yang terbuka.
Tiada duka yang abadi kan..Tiada bumi yang hujan je selamanya.
Cuma kepadaNYA kena berserah.
SEMOGA TABAH wahai diri.
P.s: I luv u diri sendiri:-).Always be happy k.
Sunday, January 19, 2014
Routine
Pernah tak korang tengah drive,secara tak sengaja korang terdrive ke arah tempat yang korang selalu pergi tanpa sedar?eventhough time tu korang tak berniat pun nak pergi situ.
Itulah yang terjadi bila sesuatu perkara tu jadi rutin dalam hidup kita.
Kadangkala kita bukanla nak perkara tu berlaku,tapi disebabkan benda tu dah jadi rutin,minda separuh sedar kita akan buat benda tu.
Takut!kadangkala rutin ni sangat menakutkan.
kadang rasa kita nak mengisi kekosongan masa je dengan bermain game.tapi secara tak sengaja benda tu dah jadi rutin dalam aktiviti seharian dan kita akan jadi resah sbb tak dapat lakukan perkara tu.nak tanak mesti nak buat jugak.
Kadang kita layan org tanpa sengaja.just nak isi kekosongan jiwa.tiba2 orang tu jadi rutin dalam hidup kita.buat kita gelisah bila org tu tiba2 pergi dr hidup.
Rutin ni kadangkala boleh jadi suatu perkara yang sangat menakutkan.
Saturday, January 18, 2014
Line
There is line
Where you need to stop
To think and ponder
Whether u should carry on or turn back
There is line
That you need to cross
To take the risk
And touch the sky
There is line
Where you find yourself
Being in the middle
Blank and confused
There is line
That you have to walk
To move forward
And become strong
When you reach the line
Make your choice
Be happy no matter what
Saturday, January 11, 2014
Tanjung Piai
So memasing dok pk mana nak pegi.
Aku pun suggest la,jom pergi Tanjung Piai.Tanjung Piai ni lokasinya kat Pontian.Tempat paling selatan untuk Asia bg Mainland.
Aku tak kisah janji laut.Tak pernah lagi sampai sini.
Tapi kawasan ni tak berjaga sangat.Banyak kemudahan dan rosak.Lampu toilet pun tadak.Toilet dahla dlm hutan.scary.
Pastu byk kawasan ditutup.Menara pun tutup maybe sbb titi kayu yg ada tu dah reput and diorang xbaiki lagi.
Aku rasa kawasan ni potensi tinggi as a tourist spot cuma kena perbaiki infrastruktur dia.
Kalau dia ada buat cam cafe dlm tu,lagi ramai org suka pegi kot.
Makanan boleh bawak tapi yg penting simpan dalam bag.Sebab monyet banyak sepanjang perjalanan nak ke tgh laut.
Aku suka struktur jambatan dia dengan pemandangan awan dia.