SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Saturday, June 22, 2013

KIL MOVIE

https://www.youtube.com/watch?v=tHRkh3z41r8&feature=youtube_gdata_player

Movie ni memang best giler.Lain daripada typikal movie yang berlambak saat ini.Mesej yang ditonjolkan jelas.padat.

Mengisahkan seorang pemuda bernama Akil yang dah putus harap untuk meneruskan kehidupan.Akil cuba untuk  bunuh diri beberapa kali dengan pelbagai cara tapi tak berjaya.Suatu hari Akil terjumpa satu iklan tentang satu organisasi yang blh bantu dia untuk mencapai hasratnya.

Selepas pertemuan dengan organisasi tu, secara tidak sengaja Akil telah beetemu dengan seorang wanita yang berjaya membuka hati dia.Bertitik tolak dari itu dia telah mengubah persepsi dari ingin mati kepada ingin meneruskan hidup.Tetapi perjanjian dengan organisasi terbabit masih berjalan.Apa kesudahannya?
Baik korang saksikan sendiri.

Cerita ni ada elemen lucu, serius.Lagu semua mantap2.Dan banxak pengajaran korang boleh ambil.Aku rasa tak rugi menonton citer ni.Kalau korang suka cerita Sepet/Mokhsin, korang mesti akan suka cerita ni.Jalan cerita memang slow sikit.Tapi sangat sangat sangat BAGUS.

Check it out guys!!!

Sunday, June 16, 2013

Tinjau seni kota

Aktiviti seterusnya adalah urban sketching yang dianjurkan oleh Peninjau Adventure.
Aku memang tak pandai melukis.Setakat conteng-conteng oklah.Tapi bab perspektif semua outtttt!
So bila peninjau buat event ni, aku pun rasa this is the chance utk belajar direct dr sifu di Johor.
Untuk activity kali ni, aku angkut sekali syamil.Suruh dia belajar jugakla kan.
Activity berlangsung pd 16Jun2013.Bermula dengan menunggu peserta, diikuti dengan tunjuk ajar secara theory oleh sifu Taib Aur.Sifu mulakan nasihat tentang horizontal line dan Eye line.Memang mula2 susah jugak nak tangkap.Masing2 dok terpinga2 jer.Lepas turun untuk sessi praktikal, barula nampak sikit apa yang dimaksudkan.
Yang join mostly dah selalu bersketch.Cuma aku dan Puan Comei je yang beginner.Oh lupa anak aku pun sama.So hasil kami buat pun ala2 je kalau banding dengan orang lain.
Lepas melukis session yang pertama, kami berehat sejam untuk menikmati makan brunch di Hua Mui restoren.Pergh memang tengah lapar kan, so masing2 begitu kusyuk menikmati santapan.
Lokasi kedua kitaorang adalah sekitar Jalan Dobi.Untuk sessi kedua bangunan tak ditentukan.Kira cam bebas la.Boleh pilih apa nak lukis.Tapi sbb jalan tu luas sangat, memang agak sukar nak kenal pasti apa yang dilukis.
Last2 lukis jer lorong2 disitu ditambah dengan bangunan2 ditepinya.lepas siap, sifu pun komen untuk bantu peserta memperbaiki mutu lukisan masing2.memang berbaloi dan best sangat.
Untuk urban sketch ni, bayaran adalah rm50 yangana kita diberi satu pensel, satu pen, satu sketch book dan satu viewer.selain itu sarapan pagi dan appetizer sblm melukis jugak disediakan.
Memang bertuah sangat dapat jumpa otai artist.rasa banyak benda yang nk belajar lagi.
Tapi yang paling xblh blah, syamil punya sketch lagi cantik dr aku.Even sifu sendiri puji keupayaan dia..Huhu..takpela, mama terpaksa la mengalah kan.eheh.
Kalau ada sesiapa berminat next time, jomla join kitaorg sekali.Just follow Peninjau adventure.diorang akan update dari masa ke semasa.berbaloi baloi.



Larian Kitar Semula

Fuh! Fuh! Tiub habuk yang berkumpul dulu:-).
Event diatas telah berlangsung pada Sabtu semalam 15 June 2013.Setelah diajak oleh member, aku pun mendaftarkan diri.Saje nak try test cuba keupayaan diri.Knowing myself yg sangatla kaki bangku memang rasa mustahil jer nak habiskn 5km.Teringat masa sekolah lari 1.5km pun tercungap2.
Tapi yang menakjubkan, smlm langsung tak rasa penat.Memang dah habis 5km tu pun still rasa ada tenaga.Takde perasaan pun nak stop tengah2 jalan.
Bravo Nat!! Cipta rekod untuk diri sendiri.
Jomm saksikan gambar2 sekitar program berlangsung♥