SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Wednesday, March 31, 2010

sPeCiAL rEqUeSt

jadi ibu ni kadang banyak benda kita kena berkorban..
even penat camner pun tak sampai hati nak hampakan perasaan anak.
so aku balik td rasa mmg nak rehat jer, lepas siap masak semua aku start on komputer and continue keje office.
but, suddenly syamil dok mintak2 aku bake cookies for him..
memula ingat nak beli jer adunan dah siap tapi since dia tanak, so aku terpaksa pegi tengelman untuk beli butter..so hujan2 pun larung jugak demi org yg dicintai..SEE!! aku kalau sayang orang memang camnih..huhu:-)(perasan mode*)

so start la memulakan keje mengadun ramuan..then bakar..sambil2 tu aku run simulation aku..



tgk2 jam siap bakar semua pukul 11.30 malam..





bila bagi pada syamil-dia cuma makan sekeping jer..CETT!!penat aku buat, sekeping jer dia telan..sbb ramuan yg aku ambik dr internet ni macam kurang manis so maybe tak sama rasa cam famous amos la kot..so next time kena tambah gula dan guna fullmilk choc..


tapi takperla..anak punya pasal, sanggup!!



dekiagatta cookies!!JOM MAKAN!

Tuesday, March 30, 2010

gosh!!


This is how I feel..

Ich vermisse ihn!!

I want to send this,make him smile and release his tense a little bit.

taken from google image



:-) JIWA KACAU, SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, March 29, 2010

tanak kawan mama

sebelum

"amil tanak kawan mama"
kenapakah?alasan?
"muka amil dah macam perempuan..tak suka"
itula first comment from him lepas tengok muka kat cermin..
:-)..sebenarnya aku dah berjaya memotong rambut anak aku..
dah asik dia bg alasan jer tanak la, esoklah, itulah, inilah..
hari ni berjaya gak aku menebas rambut dia..
tapi lepas2 jer potong terus dia tgk kat cermin dan complaining..
hahah..lihat!!walaupun aku membesarkan anak aku seorang diri, tapi anak aku tak jadi lembik dan tak suka kelihatan perempuan..betapa aku cuba menerapkan ciri2 lelaki dalam diri dia dan sudah agak berjaya..heheh..
(SAH!SAH! MAMA DIA GRUNGE...ok..lepas ni aku pulak nak jd feminin..janji..janji..:P)
sekarang aku dah jadi barber yg berjaya!esok nak jadi tailor pulak la..cita2 jd tailor ni sampai la ni tak tercapai lagi...

selepas

PS: untuk encik!!saya tujukan lagu aku bukan aku dr TILU yer arini...miss u!
PEACE NO WAR!!

Friday, March 26, 2010

fire alarm

picture taken from googleimages

tgh aku duduk menunggu simulation aku sambil mendengar lagu2 best kegemaran aku, tetiba dengar sayup2 jer firealarm bebunyi..sbb aku pakai headset so cam dengar tak dengar..
so as alwizz, semua kenalah turun bawah untuk selamatkan diri..aku rasa tahun ni jer dah 3kali bunyi..sbb kat research center aku ni, asap skit jer start a firealarm bunyi bagai nak giler..

tapi apa yg canggih dan hebat buat aku ternganga adalah kecepatan dan kepantasan bomba kat research center ni..pada permulaan penubuhan RC ni, tujuannya adalah untuk kaji pasal nuklear, so sbb tula ciri2 keselamatn yg ada kat RC ni memang super canggih dan ultra sistematik..just imagine, baru seminit alarm bunyi, bomba dah sampai depan research center..so aku cukup salute la ngan sistem yg diorang ada nih...lagipun kat RC ni ada squad keselamtan sendiri.dan its really superb.rasa bangga lak dapat jd salah sorang ahli dalam RC nih..heheheh...

tadi bila alarm bunyi jerk, satu keta bomba, dua lori bomba sampai within 2minutes..they all ni tak kira la samada benda tu kecik ke besar ker atau just sbb asap skit ker, mesti datang and check all the system.after proving that semua selamat barulah kitaorg dibenarkan masuk..
cuma tak bestnya, aku lupa bawak kamera aku..klu tak sure dapat capture gambar pakcik2 bomba dengan lori lorinya sekalik..

PS: aloo incik..ada sihat ker?hope everythings fine ok.

Wednesday, March 24, 2010

ruGi tak tengok

pic taken from drama wiki


BLOODY MONDAY2
ok this is serious matter..layan citer ni beb!!more action than season1..
sure tak menyesal tgk..
lagu dia pun best giler!!
apalagik???WATCH IT!!

Tuesday, March 23, 2010

its 13hours record


smlm balik dr opis,aku rasa letih giler.pas masak pizza jer and ym dgn my friend,i'm decide to take a nap then niat nak bgn untuk masak..

BUT!!!

sudahnya aku tak bgn sampai 9pagi..13jam tanpa henti..tak tahula apa yg sbbkn keletihan melampau nih..

dahla emo pun tahap melampau gak..

dan..dan..dan..

arini malas pergi lab, buat keje kat umah jerla..

Friday, March 19, 2010

soalan exam

Tetiba..tetiba..tetiba aku telah terpk beberapa soalan..
Soalan exam untuk bakal student aku..
haha..sangat tak blh tahan advance nyer otak nih..
ceh..ceh..ceh..kunun nak jadi lecturer berkaliber la nih..
sebenarnya dulu masa aku mengajar punyalah sakit otak nak pk soalan nak bg kat student
especially bila kena buat soalan final..
kang bg yg senang sgt, lecturer lain complain, bg susah sgt, budak pulak tak blh jawab..
besides dulu aku takde terlibat dgn benda2 thermo nih..
so imagination pun sgt kurengg..
but then, now i think its a little bit easy..
sbb dah memang hari2 aku deal dgn benda ni..balik2 kira heat tu, heat nih, naik dah hafal semua formula2 yg terlibat..a:-D
so aku dok terpk pulak soalan2 yg realted to industry blh bg kat student aku nanti..ha siaplah korangg!!!
erh tapi jgn salah sangka..aku lecturer yg baik klu student baik a..
klu mcm hampergh attitude, aku pun akan buat layan tak layan a..
saper nak jadi student aku?jommm...

Wednesday, March 17, 2010

Beli dan beli

Disebabkan aku tengah bersifat ultra rajin, so aku pun belek2 kedai buku online..haha, tanpa disangka2 aku telah pun membuat pembelian berharga 250EU...inilah penyakit yang aku tak
dapat buang dari sekolah dulu..suka sangat beli buku..sampai kawan2 panggil aku kedai buku ok..aku tak suka buku second hand sbb aku tak suka org dah conteng(aku nak conteng sendiri buku..eheh..)dan aku suka marah bila org pinjam buku aku tak cakap esp bila aku nak guna takde..hanginn sungguh!!
so this books all related to my study right now and im not regret bought those books since it will be useful someday..inspite aku nak mengajar nanti so mayb akan jadi guidance pada aku..eheh tetiba terpk lak..bila agaknya boleh aku buat buku sendiri??(BERANGAN LA KO BEBANYAK!!esok2 mana tahu jadi kenyataan)
so disamping buku2 ini, aku berangan gak ni nak beli few shirts and kemeja untuk syamil..since sekarang dia dah pandai demands nak lawa2 supaya dia nampak hensem..and dah pandai demand nak baju kemeja yg cantik2..sebenarnya mama dia suka jugak:-)(sure2 ni pengaruh aku la nih..ihiks).semua keje2 membrowsing ni dibuat sementara menunggu aku nyer meshing ni complete, sangat la lamanya sampai tak larat dah nak tunggu..nasib baik pakai komputer power, klu tak power maunya bertahun2 tunggu tak siap(nampak sangat tipu nih!!)
nak sambung membaca la..membaca kan jambatan ilmu..

PS: to encik: adoyaii...that thing sungguh uncontrolable la..klu boleh saya letak tepi or delete dah lama saya buat.saya bukan cam encik, saya ni dilahirkan multitasking..bayangkan sambil buat keje or baca buku, boleh makan dan dengar radio dalam satu masa..huhu(berlagak skit :-P)..tapi its really a gud feeling tau..inspite it give me some strength..amacam???postif tak saya??

Tuesday, March 16, 2010

HaPpY BiRthday

Today entry is quite special because I just wanna wish to somebody that I know long time ago and still being one of my special person in life.

Dear ENCIK,
HAPPY 31st BIRTHDAY,
MAY HAPPINESS BE URS DUNIA AKHIRAT
dAn
SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH


Stay cool, kind, sweet and lovely forever!!

Monday, March 15, 2010

tertinggal..

Aku rs aku dah semakin pelupa..
Tadi pagi dengan bersemangat waja ingat nak sampai opis before 9am since smgt pun tgh ada nak siapkan keje and buat new simulation.
Cepat2 kejut syamil, suruh bersiap semua dan before 8 kitaorg dah mulakan perjalanan ke tadika.Sampai jer terus dengan laju buka jacket syamil and menuju ke tram station..
Dalam tram semangat dok baca novel Who's That Girl sambil tunggu nak sampai ke destinasi..
Bila sampai jer destinasi, aku dgn pantas turun dan berlari2 anak sbb ngk tram yg menuju ke office dah sampai..
Tgh dopk lari2 tu tetiba teringat lak nak keluarkan purse sbb nanti kat pintu masuk ada guard check ID..
so mulalah selongkar ke seluruh beg..mak aiiihh..dah gabra dah..
cam takde jer..GOSH!! aku teringat yg purse ada kat atas sofa sbb kelmarin balik dr shopping terus baling purse ke atas sofa..DAMN!!DAMN!!DAMN!!dalam hati punyalah rasa nak meraung..sure semua org tgk pelik sbb dok keja2 tram pastu tak masuk pun..
dengan sedih hati aku tunggulah the next tram dan aku pun balik umah semula..
dah amik purse ngan sempat makan sekeping roti, aku berlari pergi ke tram station semula untuk menyambung perjalanan ke office..
Perrghhh...terasa penat giler dan frustrated..Sebabnya punya bersemangat nak sampai awal kat office end up sampai lagik lambat dr biasa..Uhuu..
plus sampai office tah apasalla semua org dok ym aku nak berbual..adooiii..kan dah malas skrg nih...

Sunday, March 14, 2010

Relax day

today i've decided to get rest..completely..
just wanna lay down on bed or do some reading..
mood macam tanak ada..
pepagi tadi bangun and sarapn, aku check syamil buat work book which he insist(not im forced him to do), dan aku rasa he is very brilliant..huhu
maybe a little bit exaggerated kot, tapi that waas i think about.
there was one exercise which is spelling excercise.dia kena padankan dgn gambar yg dia bagi and beberapa huruf dalam gambar tu..and he was able to do it within 2minutes.dia masih tak tahu eja, so thats why i said he's brilliant..:-)(again!im oyabaka k)

Allah tu maha adil kan, kadang Dia ambil sesuatu dari kita tapi Dia dah prepare yang lebih baik dan hebat untuk kita. Sebab itu lah aku sangat percaya perancangan Allah tu yang terbaik. Takde cacat cela. The best among the best because He is almighty..
Macam tu jugak dengan hidup kita ni, kadang apa yg kita rancang tak semua pun succes sbb nyer tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Dan maybe mula2 kita tak sedar semua tu but kalau kita tabah dan pasrah, insyaallah w will see the beauty.
:-)Harini hari emo for me..so my way of speaking is a little bit melow..aku terpk kenapa orag tak blh jadi as what we first know them, as what we always be friend with.Kenapa kadang manusia suka nak ambil kesempatan dengan bagi macam2 alasan.Damn! I'm really mad with that!Rasa nak jer cakap dpn dia "Pergi mampuSS!!"..Tapi as always I keep silence and buat cam tak kisah..Tolongla jadi diri anda sendiri..

PS:Its lucky I know encik..he still him as what I first met and he always being himself..

Friday, March 12, 2010

Phd ooh Phd...

Korang percaya, setiap org ada bahagian masing2 dalam hidup mereka..Ada bahagia, ada derita, ada susah, ada senang, ada benda yang dah ditetapkan, ada benda yang kita kena dapatkan, dan ada benda yg kita takkan dapat. Itulah hidup kita, semua pun pinjaman..Haha..tetiba lak aku jadi emo..Emo ker??Takdelah, actually aku tgh pkkan my Phd route ni..Its not really bad and i also have navi but I do hope I didn' get lost.

Sebenarnya tadi baru lepas jumpa Prof, so Prof kata aku kena amik 2 subject dari universiti untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku.So kitaorg tgh berpk2 apa subject yang aku perlu amik(actually supervisor aku yg pk). Then supervisor aku soh aku hantar report supaya dia blh menjawab semua kemusykilan aku yang segunung tu.Haha..aku dari sekolah memang suka tembak cikgu dengan persoalan menggunung..Tapi bila aku ngajar dan student aku tembak aku ngan soalan, aku jadi kecut perut.Tapi aku still akan cuba settlekan problem student aku..Thats me..:-)

Semalam malam aku telah berpenat lelah menolong Asoi untuk membuat karipap yang dia nak bg kat kekawan tempat diplom arbeit dia..pergh entah kenapa rasa sakit pinggang macam nak giler smlm(sib baik macam jer kan..)..Aganya duduk kat simen yg ultra sejuk tu buat aku nyer tulang yang tak cukup calcium tu meraban kot..Tapi lepas aku dapat tidur yang cukup serta dapat meluruskan badan aku, rasa segar skit badan. Tapi mcm rasa nak jadi tak berapa sihat lak-selsema..

Kerana Karlsruhe dr dua hari lepas dok snow..snow..snow..dah tak larat badan aku kena angin sejuk ni tapi terpaksa la tahan kan sbb aku yang pilih nak pergi sini..sobb..sobb...sobb(Padan muka sendiri!!)

Wednesday, March 10, 2010

planning-where should I go

Cuti Easter lagi 3minggu, tapi kepala otak aku dah sibuk pk nak pergi mana.
Sebab tahun ni aku belum lagi jalan2 buang duit so nak tanak kena gak tabur duit ni kat negara orang..Hahaha!
Aku macam nak pergi Vienna or Budapest or Prague tapi cam masih lagik dok memikirkan destinasi yang paling sesuai.Since syamil dah besar, sudah tidak menjadi masalah pd aku untuk berjln2 seluruh dunia ni. Yang penting kena sediakan makanan dan game dia and all will be settle..
Vienna: aku suka tempat ni sbb tersenarai dalam world heritage from Unesco. Walaupun aku tak suka subject Sejarah tapi aku suka tempat2 bersejarah. Pulak tu kat sini aku tgk aku ada lautan2 yg ala2 nampak cantik.So blhla klu nak pergi menghitamkan skit muka aku ni..Eheh..

Budapest: menurut bacaan aku Budapest ni pun byk bangunan bersejarah tapi masalahnya cam susah nak cari makanan halal. Tapi sebab tempat ni one of the place yg aku nak gak pergi, kenala masuk dalam senarai.

Prague: yang ni pulak tempat shopping paling best dan banyak scenery yg menarik.Menurut kwn2 aku yg dah sampai sini, memang tak rugi kalau pergi Prague. Lagipun Prague ada Hard Rock Cafe.Aku peminat Hard Rock dr masa aku dok kat Jepun dulu sampai la skrg..

Tapi the peroblem is rasa cam tak best lak pergi ngan Syamil jer..Sbb tula masih berkira2 destinasi mana nak pergi. Supaya kot2 bolehla dok pengaruh2 kekawan mana yang ada tuh. Sape nak teman aku, jommmmmmmmmmmmm.....

Tuesday, March 9, 2010

Zum Geburtstag viel Glück Syamil

6Mac yg lepas aku celebrate besday syamil kat umah junior aku, just buat bihun goreng ngan bebudak ni beli kek..Thanks to Asoi, Langau, Sepung, Ayop, Jipo, Rasydan, kudin, fariza, ayu, hazwan and sebab sudi memeriahkan majlis..Majlis yang tak seberapa nak ada.

Tapi masa Sabtu tu punyalah hangin aku dgn syamil sbb dia dok takut dgn Jipo yang berimej botak licin..Dahla orang bg hadiah dok cam tanak2 (last2 dok main jugak)..Anak patung pemberian Jipo pun dia dok bawak pergi sekolah..huhu..Rasa nak cubit2 jer anak aku tuh..Tapi nasib baik skrg tahap kesabaran aku dah meningkat skit..

And semalam, cikgu2 dia kat tadika buatkan sambutan birthday party dia.Kat sini, for birthday party in kindergarden, we just perlu beli cake dan skit gula2..Simple!..Noah gave him books as birthday present and he kindly like it.
Anak aku dah pun bertambah besar dan dia cakap dgn aku dia skrg dah bukan baby lagik.Amil dah jadi Brüder(abang)..abang la sangat yer..:)


Sebab Syamil dah 5tahun, aku make some deals with him.
1) Tak boleh minum susu pakai botol
2) No more siku2
3) Kena belajar mandi sendiri
4) Tak blh merengek2 bila bangun pagi
5) Kena ngaji dan semayang setiap hari


To my lovely son SYAMIL

HAPPY 5th BIRTHDAY!
MAY ALL HAPPINESS BE YOURS!
BE GUD AND SWEET FOREVER!

Friday, March 5, 2010

Addicted to..

these are among things that i'm addicted to

a) Yamato Nadeshiko Shichi Henka
Drama Jepun yang best..jalan citer sempoi giler.Tentang 4lelaki kacak..em i will said Jambu lebih tepat kot, yang baik dan glamour giler tinggal kat sebuah rumah agam besar gilerr. Pemilik rumah tu bagi tawaran andai diorang boleh tukarkan anak saudara perempuan dia ni jadi perempuan sejati-YAMATO NADESHIKO, diorang tak payah bayar sewa sampai grad..Aku suka character Kyohei dalam ni.Seorang yang pendiam tapi caring, cakap kasar dan nampak tak kisah tapi hati baik..Ok..cukupp!!Pelakon2 lelaki tu dari kumpulan KATTUN cam ala2 ARASHI

b) Novels
Macam aku citer sblm ni, aku dah sangat sangat sangat jatuh hati ngan novel..Tapi best!

c) Radio online
Bila ada masa lapang mesti aku dok dengar radio.Suka dgr org celoteh2 sambil sengih2 sorang, pastu officemate aku dok jeling pelik..Ahaks

d) Fruit
Aku rasa tak hidup takde buah buahan..Perubahan positif ni tau.. So aku mesti eat some food before main course, klu tak sure rasa ada bend atk cukup dalam meal aku.

e) Teh O
Selain air masak or air jarang or air kosng(Sama jer pun semua tu), aku mesti pekena air teh o setiap hari..tak kiralah kat opis ke atau kat umah, mesti nak minum teh O..Rasa bdn panas jer and since tea tak byk kaffein cam kopi so aku takdelah rasa kepala berpusing, thats gud.

Ermm..apalagi erh addicted..ceh gaya cam penagih tegar jer..tapi bukan menagih dadah k, penagih benda2 kat atas tu.:-), so klu ada org nak tambahkan benda yang aku boleh addicted, silakan..



PS: Tengah bersabar, sabar separuh dari iman:-)

Thursday, March 4, 2010

S.T.O.R.I.E.S

My life

Life has been great lately.. Everything was in order. And I think I enjoy my life quite well.Kesibukan memang tak blh dinafikan. Tapi best!Aku dah start dgn hobby baru-Reading novels dan target aku nak habiskan one novel per week..Quite interesting plus boleh la tambah vocab English aku yg memang broken kan.

Buku ni best giler..so aku dah addicted dgn this writer


Work

Macam aku cerita sebelum ni, kerja aku dah bertambah ok, so lately salu sibuk dan yang bestnya next sem dah start kena ambik kelas.Untuk preparation oral viva lepas presentation thesis nanti. So I'm very excited disebbkan kelas tu in German.Kenalah aku buka balik buku German aku and I'm planning to further study German lnguage sampai the highest level.Just in case of needed. simulation aku so far goes well dan aku dah banyak jumpa my mistake. Hari Isnin lepas sampai tak tido aku buat keje, lepastu rumah pun dah macam tongkang pecah.Standarddddddd......

Meja study aku, nak study mesti ada dua benda: MUSIC and FOOD!!

Syamil

Since dia dah nak masuk 5tahun ni, aku rasa dah makin banyak perubahan positif pada dia. Except:time dia punya angin ngada2 datang. Dia dah start minat nak belajar, mintak mama beli buku ejaaan, mintak mama belikan buku kira.So that was great. And lately aku tgk mmg dia suka melukis.Walaupun maybe takdelah creativ sgt but I really like his drawing..As I'm said before I'm oyabaka. So memandangkan he's going to be 5, aku dah start nak hantar dia belajar mengaji dan juga nak start hantar kelas music. He's eager to learn drum but before that he has to learn basic music first. Tak sabar nak tunggu his first class:-)

Mama and Syamil



Love

Emmmmmmmmmmmm............................................yang ni no comment:P


Rasa ada kot bunga dalam hati?????












Monday, March 1, 2010

work..work..work..

harini sangat berpuas hati..

sebab??

ada perkembangan positif dengan result simulation aku, dan aku rasa dah bertambah bijak untuk mengendalikan fluent nih (but still tahap amatur not professional).

at least it give me some confidence.


this is what i work with..nampak cam canggih kan tapi punyalah pening nak tentukan boundary condition, rasa nak hentak2 kepala kat dinding (BUKK!!BUKK) pun ada jugak..haha
ni actually just benda2 bodoh yg aku try..disebabkan aku tak blh nak publish kan work aku kat tempat2 awam..confidential..kang kena saman susah la pulak..
since dah dpt result yg positif, idea dalam kepala otak aku ni cam bercambah2 cam bunga yg baru nak keluar pada musim spring ni..wonderful!!
one more thing, baru aku perasan yg be positif ni banyak membawa kebaikan pada diri kita.at least kita blh hadapi hidup dgn tenang..boleh cepat buang perasaan yg tak baik dalam diri kita and i loikeeee it!