SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, March 12, 2010

Phd ooh Phd...

Korang percaya, setiap org ada bahagian masing2 dalam hidup mereka..Ada bahagia, ada derita, ada susah, ada senang, ada benda yang dah ditetapkan, ada benda yang kita kena dapatkan, dan ada benda yg kita takkan dapat. Itulah hidup kita, semua pun pinjaman..Haha..tetiba lak aku jadi emo..Emo ker??Takdelah, actually aku tgh pkkan my Phd route ni..Its not really bad and i also have navi but I do hope I didn' get lost.

Sebenarnya tadi baru lepas jumpa Prof, so Prof kata aku kena amik 2 subject dari universiti untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku.So kitaorg tgh berpk2 apa subject yang aku perlu amik(actually supervisor aku yg pk). Then supervisor aku soh aku hantar report supaya dia blh menjawab semua kemusykilan aku yang segunung tu.Haha..aku dari sekolah memang suka tembak cikgu dengan persoalan menggunung..Tapi bila aku ngajar dan student aku tembak aku ngan soalan, aku jadi kecut perut.Tapi aku still akan cuba settlekan problem student aku..Thats me..:-)

Semalam malam aku telah berpenat lelah menolong Asoi untuk membuat karipap yang dia nak bg kat kekawan tempat diplom arbeit dia..pergh entah kenapa rasa sakit pinggang macam nak giler smlm(sib baik macam jer kan..)..Aganya duduk kat simen yg ultra sejuk tu buat aku nyer tulang yang tak cukup calcium tu meraban kot..Tapi lepas aku dapat tidur yang cukup serta dapat meluruskan badan aku, rasa segar skit badan. Tapi mcm rasa nak jadi tak berapa sihat lak-selsema..

Kerana Karlsruhe dr dua hari lepas dok snow..snow..snow..dah tak larat badan aku kena angin sejuk ni tapi terpaksa la tahan kan sbb aku yang pilih nak pergi sini..sobb..sobb...sobb(Padan muka sendiri!!)

No comments: