SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Thursday, June 17, 2010

TerBaEKK!! and E.G.O

hari ni nak cakap pasal terbaik..so cakap pasal baik, terbaik, semua orang pun sure nak yang terbaik kan..nak yang terbaik untuk diri sendiri, untuk anak, untuk cucu, untuk kawan2, untuk musuh(yang ni aku ada doubt skit..*ngeh*ngeh), ok whatever pun mesti nak yang terbaik.
tapikan, satu persoalannya bila kita nak yang terbaik tu, adakah kita jugak beri yang terbaik????
contoh terdekat, kita nak dapat straight A tapi adakah usaha kita membolehkan kita dapat straight A?ke buku tak buka langsung tapi mengharap yang terbaek???and i think this is which nak yang terbaek tu tak releven langsung dalam kehidupan. aku cakap bukan untuk orang lain tapi jugak untuk diri aku. Yela, kadang kita salu pk kita nak dapatkan yang terbaik setiap kali kita buat sesuatu, org yg drink and drive pun nak terbaik iaitu mengharap polis tak cekup dia, even orang yang bunuh org tu pun nak yang terbaik:mengharap dapat lari dari polis..so semua org salu harap terbaik tapi diorang tak memberi yang terbaik pun, so camner nak dapat kan.
kalau tanak kena tangkap polis, jangan buat salah kan. so masa tu barulah boleh mengharap yang terbaekk..:-)
ada orang cakap dia dah usaha macam2, tapi still tak dapat apa yang dia nak, pastu keep blaming other people, but nape dia tak tgk dulu diri dia..nilai apa yang menyebabkan dia tak dapat yang terbaik.aku kadang tak faham sangat orang2 ni(thats why i didn't trust people), bila jadi sesuatu suka salahkan kejadian tu, kejadian ni, tapi hakikatnya dia tak bagi yang terbaik.(termasuk la aku dulu2*bedebush!!).
apa yang penting adalah kita usaha sebaik mungkin dan bagi apa yang terbaik yang kita ada, dan kemudian barulah kita boleh mengharap pulangan yang terbaek..tapi kena ingat, pulangan yang terbaek tu tak semestinya kita dapat apa yang kita harapkan but kita akan dapat apa yang tuhan fikir terbaek untuk kita.so sbb tu berbalik semula, kita kena bagi yang terbaik.
contoh seterusnya, katalah kita ada dua ringgit then kita nak beli nasi harga 3ringgit, sure2 org jual tu tak bagi punya kan..so dia akan bagilah senilai dengan apa yang kita ada. so untuk dapatkan nasi tiga ringgit tu kenalah usaha adakan duit 3ringgit baru lah dapat yang sesuai. camtu la lebih kurang..
kadang kita tgk org tak usaha tapi boleh dapat senang jer, but back then don't judge a book by its cover, kadang org usaha kita tak nampak, so bila dia dapat sesuatu kita kena percaya Allah berhak beri apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang Dia nak. So jangan jeles..(walaupun aku kadang jeles jugak..taubat..taubat..)

topik kedua pulak, kenapa kita mesti ada ego?
yela, kadang ego ni memang perlu, tapi pada tempat yang betulla..contohnya kawan kita ajak kita flirt ngan somebody else walhal kita dah kahwin, kita tanak buat, pastu kawan ejek cakap tak macho la, takut bini la etc, tapi kita tetap berpegang pada ego kita, tanak buat benda yang menyakitkan hati isteri, and that is meletakkan ego pada tempat yang betul. tapi aku tak faham ni kalau nak letakkan ego pada tempat yang tak betul.
sbnrnya, org yg terlebih ego ni takut gagal, takut jatuh, semua pun takut..(takut pada Allah takpe ye kawan2), relaxla..kadang ada masa kita perlu buang ego kita. tak pyh tunjuk kita hebat or kita cool, sbb benda2 tu sure org nampak kalau bebetul kita hebat or kita cool. aku pun kadang ego gak..huhu, my mistakes.dulu masa aku muda lagi la dasat ego aku tapi skrg aku dah slow down sbb dah banyak benda aku boleh pk. yerla, people make mistakes kan, kita bukan perfect so ngaku jerla kelemahan tak payah nak tunjuk bagus. aku rasa kalau kita ngaku kita lemah takde maknanya nak jatuh saham..kalau masa berkwan ni tunjuk hebat pastu dah kahwin pasangan nampak tak hebat, kan ke pasangan akan kata kita ni berlakon, menipu. so just be yourself...thats why i like u encik, sbb u always be urself..kalau kita suka makan byk, depan BF tunjuk je kita suka makan byk, kalau dia blh terima kita, means dia betul2 nak kat kita.so simple kan.kadangkala dalam perhubungan, sahabat, suami isteri, adik beradik, anak beranak kenalah tolak tepi ego ni semua.sbb ego ni tak kemana..lagipun kalau Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, kita buat apa pun kita dapat, tak payah tunjuk ego.erh membebel lak aku..huhu

tahla, aku sbnrnya tgh buntu ngan something..aku rasa aku tak faham orang.kita kenal org, berbual baik, berkawan baik but tetiba bila kita tahu org tu plastik camner kita nak buat. maybe dia ada reason tersendiri, tapi masalahnya takkan kita pun nak jadi plastik.sebagai kawan yang baik kita kena tegur kawan kita, tapi aku tak tahu apa cara terbaik nak bagitau/tegur..adoyai..bingung beb..nanti takut menjatuhkan airmuka dia pulak..ke aku pun nak jadi plastik buat macam takde apa jadi, buat bodoh jer..ermmm...tersepit..dua-dua pun kawan...*nangis*

PS: mak ngan bapak gaduh, anak tersepit pening kat tengah2..erh!erh! tukar peribahasa pulak aku nih..cheers!tiru awak hoccay..:P

No comments: