dari kecik, aku suka bandingkan diri aku dengan org lain..
entah kenapa, aku pun tak tahu..
masa aku kecik, aku yg paling hitam antara adik beradik aku..
so aku salu cakap, kenapa aku hitam erh?kenapa aku tak putih..persoalan ni bermain dalam otak aku salu..
even kat sekolah pun, aku akan bandingkan aku dgn kawan2..
kenapa aku tak pandai, kenapa aku tak cantik, kenapa itu, kenapa ini..
sungguh tak bersyukur kan??
itulah aku..dengan sifat aku camtu, aku jadi org yg suka pada benda yang PERFECT.
kalau aku decide nak buat sesuatu, aku akan fokus pada benda tuh sehingga aku tak tengok benda lain..sometimes, kawan aku kata aku selfish..
tapi aku bukan jenis suka pijak org lain untuk naik..itu bukan sifat aku..
aku masih ingat, bila aku dapat syamil, aku sangat2 takut kalau anak aku ni tak comel, anak aku tak pandai,etc..sbb aku takut org banding2kan anak aku..aku kesian kalau anak aku tak sehebat org lain..
kelakar kan??dan kat situ aku mula belajar, dalam hidup ni, bukan semua benda kita perlu buat perbandingan..sbb tujuan hidup kita hanya satu jer kan..
sometimes perbandingan perlu untuk motivate diri untuk menjadi orang yang lebih baik..but ada benda yang tak perlu langsung nak banding..dulu lepas aku ada syamil, org semua sibuk tanya bila nak tambah anak etc, tapi aku dok cakap aku nak sambung study etc..aku bg alasan yang pelbagai..tapi sbnrnya dalam hati aku, aku takut..aku takut aku tak dapat nak berlaku adil..aku takut aku akan banding2kan anak aku..pathetic kan aku??
sometimes, life is simple by just being ourself..lead our own life, no matter what people said..setiap org ada kelemahan dan kekurangan, so just get both of it balance;as what Islam told us-wasatiah!.and we can be happy..
aku baru jer habis tgk citer HOTARU NO HIKARI 2, and aku suka cerita ni..banyak benda yang boleh kita belajar..even citer ni lawak habis tapi aku rasa there's a lot of gud things. aku ingat salah satu ayat dalam cerita ni " dalam kerja atau career, bila kita bersungguh2 pasti satu hari nanti kita akan dapat hasilnya tapi berlainan dengan cinta.dalam cinta, walau macamana bersungguhpun kita usaha, ada masanya hasil tidak seperti yang kita harapkan".aku sangat2 setuju..
therefor-->Don't Compare!
3 comments:
setuju ;)))
i like..:)
hurm kak nat same la dengan dora.
banyak in common..
Post a Comment