SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Tuesday, February 15, 2011

suatu ketika..

korang ada tak tgk drama Gemilang??
bila aku dengar lagu tema citer ni dinyanyikan oleh Adi Mentor, lirik dia betul2 menusuk dalam hati aku..
rasa sebak..
teringat dulu, cita2 aku untuk menyumbangkan sesuatu pada anak bangsa,
tapi masih belum lagi tercapai..

aku ingat lagi, dulu aku pernah terfikir nak buat kelas tusyen free untuk budak kawasan rumah aku, yang rata2 nya melayu, yang tercicir tanpa arah tujuan..
yang takde perangsang untuk belajar, yang jauh ketinggalan, yang tak punya motivasi..
tapi entah bila aku mampu..

tengok cerita ni serius menaikkan semangat aku..teringat cikgu2 aku dulu, yang tak kenal penat lelah, yang tak berkira berkorban masa dan tenaga, yang ikhlas mendidik aku ke tahap ini..yang mencurahkan ilmu tanpa meminta balasan..
to all my teachers out there from Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam(SKSR), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat(SMKAS), dan juga lecturer2 aku kat Universiti Malaya, University of The Ryukyus, UTM, trillion thanx for every single knowledge!semoga aku mampu menjadi pendidik yang lebih baik suatu hari nanti..

1 comment:

Hanis MY said...

of course you can sis! :)