SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Thursday, June 30, 2011

Clean is it clean?

Seriously aku tak sokong..
Ok, mesti ramai kata aku pro kerajaan ke org Umno..
Lantak la korang nak cakap apakan..
Tapi tahla, aku rasa motip penganjur ni cam nak laga2kan org Melayu jer..
Pastu dia nak senyum ramai2..
Ko tgkla Endorsee kat webpage diorang..erm..ko mesti cam kata, erh???(walaupun tulis NGO groups)

Pastu kanak2 atas 10tahun pun boleh bawak sama..
Apsal nak heret kanak2 erh..
Bukan diorang belum wajib mengundi ker?
Apsal nak tanam benda2 camni kat jiwa diorang awal2..
Bagilah anak2 tu berseronok dulu..Penat woo jadi org dewasa ni..

Yes, kat oversea pun ada gak demo..
Tapi aku menyampah ok kalau sampai nyusahkan aku takde tram, pastu kena jalan kaki jauh nak pergi satu tempat..Pastu aku macam nak pengsan panas2..
Ko sanggup tak sbb org buat demo, ko kena duduk dalam train dua/tiga jam???Sabar aku pun dah tipis dah kan..Ko sanggup tak sbb org buat demo, ko tunggu train sejam stgh, train tak sampai..Pastu kena lari balik umah 3/4km sbb nak amik anak(kalah masuk pertandingan marathin beb)..Oii, aku mmg sumpah seranah tak hengat la kan..Aku mmg pentingkan diri sendiri..hehe

Tapi aku tak setuju perhimpunan ni, sbb banyak benda yang aku fikirkan tentang benda ni.Ok, kalau nak cakap pasal agama, mmg sah2lah aku nak doubt ngan penganjur ni kan..
Pastu kalau nak cakap pasal bersih, tulus ikhlas...Ermmm..boleh ke caya ni??
Tapi aku tgk this groups macam nak target org M, walaupun dia tulis hopefully dari perbagai bangsa..

Politik skrg semua nak main kotor..Scheisse betul wei!
Semua dok sibuk nak cari kesalahan org lain..
Yang degar2 dok cakap nakkan keadilan tuh pun, masa kat atas adakah ko adil erh??
Commonla, bila naik atas semua pun nak pikir kepentingan sendiri dulu..Jangan nafikan la..Ko nak kata alasan nak tolong rakyat ke, sbb nak juangkan A ke B ke?tapi hakikat bila ko dah duduk kerusi empuk, ko ingat ke kat kami yang tido atas lantai ni weiii??

Selama aku hidup aku bersyukur gakla, dapat scholar pergi belajar luar negara, belajar cara hidup org lain..Nampak jer kat oversea ni semua boleh, tapi hakikat ko ingat takde ker org kena sembur dengan air kalau buat demo pastu over???Ko ingat takde ke org kena tangkap?..ADA beb!ADA!

Ok, lari tajuk skit..
Selama ni aku dengar ramai org kata ala, pemimpin tu sah2 uruskan duit rakyat so mmg patutla kita dapat balik apa kita sumbang..Aku nak tanyala, baper ramai yang cakap tu dok bayar cukai???
Ko tgk negara jiran, apa M dapat?nak guna kemudahan bawah blok buat belajar agama pun kena halau wei..Dengan alasan tak logik.Tapi ko tak boleh persoalkan.Nak tanak merayu2 la sampai puas..Pastu, duit KWSP yang ko dah keje penat2 berpuluh tahun tak boleh kuar segebuk..dengan alasan takut korang salah guna, nanti tak boleh tampung hidup..Kalau buat rule kat Mesia, mampus org kata kerajaan nak makan duit rakyat kan..

Kat German ni, mmgla macam2 benefit utk rakyat dia bagi, tapi ko nak tahu diorang kena kerah keje sampai umur 65tahun babe.Pastu cukai pendapatan setiap org bujang 45%.Dahla cukai barangan seharian 19%.Pastu duit ko kena tolak sepanjang ko keje untuk bayar pencen ko..Cam ala2 KWSP, tapi KWSP ko dapat segelebuk kuarkan siap ada dividen..Yang ni ko dapat bulan2, kalau mati cepat??tak merasala beb..Ko nak ke kena bayar camtuh?Rasa cam tak jer kan..

So jadi manusia kadang kena guna otak..Minyak naik bukan kat Mesia jer babe!Kat sini pun..Aku ni hari2 lalu depan station minyak, mmg perasan la perbezaan harga dulu dan sekarang..Tambah dulu masa baru sampai, belanja kat supermarket 10euro cukup, sekarang mesti cecah 20euro.Ko tgk yang matawang tinggi ni pun naik gak harga barang..

Aku tahu bukan semua pemimpin bagus pun..Aku pun benci pemimpin yang kong kalikong..Tapi, aku lagi takut benda yang aku tak tahu..Musuh yang kita dah tahu kelemahan dia, kita boleh lawan but musuh yang tak nampak lagi bahaya..

Apapun, sebelum buat sesuatu, think wisely..Mmg dalam dunia kita tak boleh puaskan hati semua pihak.Perebutan harta,kuasa ni akan berterusan sampaila akhirat.But aku berdoa sangat yang aku tak dibelenggu dengan benda2 ni.Harap aku dapat hidup bahagia didunia dan akhirat.

Habis dah rapuan aku arini(lama siut gua pendam perasaan).JOM LAYAN GAMBAR ANAK AKU YANG COMEL dan dah bertambah hitam ni..boleh gak buat sejuk hati yang membara..hihi

org baru berjaya melompat..abang2 KA, saya dah pandai lompat la!

kunun2 nak bertukar jadi superhero la ni..


P.S: Kebenaran akan mengatasi kebatilan..So no worries!

Wednesday, June 29, 2011

sekali salah la pulakkk!

nak citer pasal keje lagik..
actually dua tiga empat lima hari ni agak busy..kejar dateline..
ko ingat keje jer ada dateline, belajar lagi banyak woo..
btw, aku dah run simulation, cantik..dah dapat result..run lagi 4/5 batch..tapi yang pergi bodoh otak aku ni,blh lak masa dah habis first batch tu tak check result.
budget cam betulla kan..
sekali tadi lepas habis run 5th batch, tetiba jer terpk nak check, tgk2 terkejut beruk gua..apsal lari sangat surface temperature value..dah terpk satu dalam kepala otak, mesti aku salah inputkn mass flow..
check balik mmg betul, ruponya aku dok terlebih bahagi..padan muka den..
skrg tgh dok run lagi...adoooi...pengsan nak tunggu..

PS: sakitnya badan aku ni..salah bersenam ker??

Tuesday, June 21, 2011

jom jgk dapur..

ni entry basi..
aku masak-memasak ni Sabtu lepas.
tapi time aku nak attach gambo tak blh pulak.so aku peram jap entry nih.
saje lah kan blogspot dengki kat aku.(suruh aku study tuh..ngeh-ngeh)

btw, sbb ngidam punya pasal, aku dok beria masak ayam masak asam pedas..
walhal bahan2 dah beli lama dah..tersepuk dalam fridge tuh..
dengan semangat siap buat hidangan minum petang sekalik..
tapi cam tak jadi sangat, rasa dah ada,but mcm too dry kot..
mungkin sbb aku bakar kat dalam oven..
tapi jadikla buat hilang ketagih..
jomla layannn...


Friday, June 17, 2011

apa erti kebahagiaan

KEBAHAGIAAN?
apa makna kebahagiaan dalam hidup korang?
bagi aku setiap org punya makna kebahagiaan yang tersendiri dalam diri mereka.
ada org rasa dengan duit banyak itu bahagia, ada org rasa dengan anak banyak itu bahagia, ada org kata asal ada suami, tak kisah perangai suami camne, itu bahagia, ada org kata asal hidup dicintai itu bahagia..jadi persepsi bahagia itu berbeza bagi setiap manusia.

jangan memandang anak yang kedua ibu bapanya bercerai tidak bahagia..
jangan sangka anak yang punya ibu bapa hidup bersama itu bahagia..
jangan pelik andai anak itu hanya punya ibu disisi tiada rasa derita..
jangan fikir andai punya keluarga yang serba lengkap itu tiada tekanan jiwa..

kerna setiap org mampu bahagia..
kerana kebahagiaan itu terletak disisiNYA..
DIA mampu kurniakan kebahagiaan kepada sesiapa saja..
tiada siapa yang mampu mempersoalkan..
tiada siapa punya hak utk memperkatakan tentang kebahagiaan org lain..
ingatla, rasa itu hak milik indidvidu..bukan tanggapan terhadap sesuatu..

therefore, don't make a judgement, lay back and shut up!

p.S: entry cam EMO, tapi aku tak emo arini..aku rasa penat skit jer..

Thursday, June 16, 2011

hati berbunga riang

cehcehceh..entry cam org jatuh cinta jer kan..
heheh..aku jatuh cinta kat Seth Tan..tulunn..tulunnn..
ok, kita stop la citer pasal Seth Tan sbb citer dah habis kan..
moh kita layan drama lain pulak..
drama apa?entah nanti aku pk..kot STANZA CINTA ke?(Aaron Aziz gak tuh)
takpun drama HILANG yang aku tak tahu bila on air (ada Eid a.k.a Zul Ariffin dalam tuh)

oklah nak citer pasal hati berbunga..
alhamdulillah, tadi aku dating ngan SV aku..
cuak gak dia kata aku tak buat keje..dah dekat 3minggu tak jumpa..
penat berhempas pulas tidur lambat bagai..
sekali tadi tunjuk result yang aku dapat..
then..GUESS WHAT??
dia kata aku dah boleh start writing..
haruslah aku cam terkejut beruk kan..
gumbira toksah citer la..itu sudah wajib
tapi rasa bersyukur sangat2 pd Allah.
eventhough aku still nak tambah skit2 keje dalam masa dua bulan ni..so genapkan 3tahun, aku finish experiment and simulation..after that aku target untuk menulis sampai December.
sambil tu aku masih ada 3paper yang kena lulus..uwaaa..cuak jugak..
kalau takde apa aral melintang, insyaallah I can follow my plan.
tadi SV suruh amik cuti..suruh bawak anak jalan2 sbb dia tahu anak aku yang paling byk berkorban dalam hal ni..
MUAHHH luv u la Syamil!luv gak kat SV yang baik hati ituh..
sbnrnya rs cam aku nyer result biasa2 jer..tak WALLAH mana pun but as for ur info, Phd is about satisfying the SV..ngehngehngeh..
so pasni kena pulun tulis paper sampai muntah pulak..
apapun wish me luck with my exam papers..kalau tak lulus paper2 ni, aku still tak boleh present thesis..
thanx to all friends yang salu support aku..aku sayang korang..doakan aku byk idea and can finish my battle with success..Gud Luck to all of you too..

P.S: sometimes, Allah give us something that is better than we expected!Just trust HIM..
jom layan gambar arini:

tgk meja yang tak sempat2 nak kemas ni..segala mak nenek ada kat himpunan tu..


nila keje aku...tunggu dan tunggu, itu yang sambil2 boleh layan drama


ko tgk anak aku bertukar kepada Yu-Gi-Oh..sendiri cipta..bagus2!jimat duit mama dia tak payah beli kostume

Wednesday, June 15, 2011

Cinta Melody!

Lepas drama Nora Elena, tetiba aku terlekat kat citer ni..walhal tahun lepas mak sedara aku dok layan kat tv indon, aku buat dek jer..hahah.(linda ko layan cite ni kan...ngehngeh)
tetiba bila aku dengar lagu dia, sedap gila(cet!mentang2 ada bahasa jepun..tang tu terus suka kan)
tapi layan babe citer ni..walaupun ada tak logik citer ni, cthnya mamat baik ni yang nikah kat masjid boleh pergi parti pastu mabuk2..lawak tak boleh blah..
tapi jalan citer indonesia ni somehow mmg lebih kurang jela, cuma kali ni hero tak menang ..sian gak aku tgk kat Elang tuh...so different skit dr drama biasa.
lagu ni mmg best wei..nak nak masa episod 13(sanggup google nak cari episod lama2 tuh), tapi Elang sebut Aishiteiru, rasa nak gelak giler ok..ceh bajet sebutan aku bagus la nih..wakakak..

bahagian lagu yang paling aku suka adalah:

KIMI GA TOOKU NI ITEMO, KINOU OMOI GA TSUNAGARU KARA, SHINJITERU SHINJITERU!

maksudnya..

WALAUPUN KAU JAUH, KENANGAN LALU MENGHUBUNGKAN KITA, KU PERCAYA(2x)

Dalam hidup ini, selalunya kita tak pasti apa yang terbaik untuk kita.walaubagaimanapun setiap sesuatu yang terjadi tu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.berdoalah semoga apa yang kita dapat tu terbaik untuk kita..peace and smile!


P.S aku suka Raffi la..camno??(naper aku salu suka watak tambahan erh..huhu)

Tuesday, June 14, 2011

Not me,its him..



P.s:I'm still awake....

Monday, June 13, 2011

Scheibe!

dua tiga menjak ni, bila tgh marah aku dengar syamil sebut syei..
memula aku ingat dia ni dok sebut scheisse..
aku dah start ceramah la kat dia, apsal sebut benda2 camni..
mesti belajar kat sekolah..
but then, dia cakap dia tak sebut scheisse, tapi SCHEIBE..
aku ugut macam2 kot dia ni saje putar2 ngan aku..tapi he still denying and said that he said scheibe!
tapi pastu oklah, aku let the matter off but keep monitor.
harini baru aku dengar dengan betul mmg dia sebut scheibe.
rasa aku la, agaknya ini invention budak2 deutsche..inspite of using scheisse nanti mak2 marah, diorang gantikn dengan scheibe..
macam2 hal..kinder worte!

PS: scheisse maksudnya shit, and scheibe maksudnya disc..

Saturday, June 11, 2011

bitte keine schwarze!

kami duduk berbual2 di malam hari..

S: siapa boyfriend mama?

M: mama mana ada boyfriend..tapi nantilah mama cari..

S: tapi...bitte keine schwarze so wie ich..

M: gua gelak guling2 sampai nak pecah perut..

PS: saper yang tak faham tu, anak aku kata "tolong lah jangan hitam macam saya".:D
ni lah dia budak perasan hitam sbb dia banding ngan mama dia..kuikuikui..
walhal aku kecik2 hitam gak banding ngan adik beradik lain, bila dok kat jepun tetiba jadik putih..blink!blink!

Saturday, June 4, 2011

our long weekend


darth vader datang bumi??


mini starwars?


Maradonna??


Welcome to Legoland Deutschland!

PS: Viel spass!

Thursday, June 2, 2011

When free