hari ni aku nak merempan kat sini.
Hati aku tengah gundah gulana sejak dari semalam.
Mungkin syndrom PMS or middle age crisis or apa-apa crisis la..
Aku terbaca tadi ada budak tulis kat komen seorang guru yang jugak kawan aku.
LECTURER AJAR TAK IKHLAS TAK MACAM CIKGU!
Entah kenapa tetiba rasa nak sentap hoccay.
Sedap jer dia kata lecturer tak ikhlas mengajar.
Ko tak tahu betapa pening kepala, nak pecah otak, nak menangis, nak stress nak ajar orang yang bijak pandai ni.
Dengan nak jawab semua soalan yang tak terhad kepada subjek yang diajar pastu nak hadapi keranah budak budak PANDAI yang pandai bagi ALASAN lagi.
Pastu nak terapkan didikan yang bukan saja fokus pada buku teks or input semata2.
Pastu untuk mengajar budak2 yang pandai serta berIQ tinggi ni, nak tanak jadi lecturer kena sambung belajar sampai Phd.
Bukan nak dapat Phd tu untuk saja2 berbangga "Erh! aku ada Phd" la..Tapi supaya lebih banyak ilmu yang dapat dicurahkan kepada anak bangsa.
Berapa banyak tenaga, masa bersama keluarga, keringat, air mata, kebahagiaan yang dah dikorbankan untuk buat semua ini.
Then at last korang cakap kita tak ikhlas.
Memang kejam.
Ikhlas atau tak tu bergantung pada individu.
Bukan semua pun cikgu ikhlas.
Bukan semua pun lecturer ikhlas.
Tapi, tolong la jangan keluarkan ayat yang camtu.
Jangan kerana lecturer tak spoon feed cam cikgu buat kat sekolah, ko kata lecturer tak ikhlas.
Itu lecturer nak didik supaya ko ada surviving skill.
Jangan kerana lecturer suruh ko buat assignment susah2, pastu suruh ko cari maklumat sendiri, ko kata lecturer tak ikhlas.
Itu lecturer nak dedahkan ko kepada alam pekerjaan.
Please yer anak2 yang disayangi.
Sekolah dan universiti institusi yang berbeza.
tahap pemikiran pun berbeza.
Cara didikan pun berbeza.
Tapi aku pasti ramai lecturer yang diluar sana ikhlas mendidik anak bangsa.
Ramai nak tengok korang berjaya.
Ramai berbangga bila korang pegang scroll naik atas pentas.
Sebab, ilmu yang dia ada, dia dah share pada korang.
Sebab korang sama2 membesar, sama2 belajar dengan diorang.
As a person yang pernah bergelar lecturer, aku sedih bila anak murid tak faham aku ajar.
Setiap kali aku tengok muka korang confuse, aku rasa bersalah sbb aku rasa gagal nak memahamkan korang.
Setiap kali balik keje, aku cuba cari kaedah supaya ilmu yang aku kongsi tu lebih mudah difahami, lebih mudah dipraktikkan.
Setiap kali bagi assignment, aku pastikan yang korang boleh dapat benefit dari assignment yang aku bagi.
Mungkin ini tidak cukup ikhlas.
Mungkin ia tidak cukup baik.
Tapi LECTURER pun macam cikgu jugak.Try the best to serve the nation.
Full stop.
P.S: Maaf sebab aku agak stress.
No comments:
Post a Comment