Ni tajuk drama aku tgh follow. Lama dah tak cerita pasal drama yang aku layan.Banyak jugak yang best2 especially drama Korea.Silalah tgk drama "A gentleman dignity".Jang Dong Gun berlakon.Dia ni hero filem Myway dgn drama All about eve.Sweet sangat.Aku mmg tangkap cintan.Hahaha.Aku tgk karakter pelakon yang aku suka semua jenis2 camni.
Eh melalut pulak.Yang sebenarnya nak cerita pasal drama kat atas tu.Drama ni dilakonkan oleh Aqasha,Tiz Zakiah, Nazim Othman ngan ramai lagilah.
Aku emo tgk cerita ni, sebab aku tak puas hati dengan pelakon utama iaitu Tiz dengan Aqasha. Untuk korang yang tak tengok lagi, cerita ni tentang Tiz tunang Nazim Othman yang berubah selepas dia jumpa dengan Aqasha. Dengan kata lain Tiz terjatuh cinta kat Aqasha and Aqasha pun camtu.Pastu kebetulan jugak,Tiz ni kununnya lepas pembedahan jantung(dia buat transplant),sikap dia totally different.Dan jantung yang dia terina adalah jantung awek Aqasha yang dah meninggal.So kunun sbb tula dia terjatuh hati.
Jalan cerita mmg oklah.Dialog pun best, lakonan tak kaku.Sbb arahan Erma Fatima.
TETAPI...aku sgt tak puas hati.Sbb aku rasa cam Tiz dgn Aqasha sangat selfish.Kesian kat Nazim yang cintakan Tiz sepenuh hati, baik, caring, penyayang. Sanggup Tiz jatuh cinta dgn orang lain.Pastu boleh kata bukan salah dia sbb ini perasaan.Emo aku dibuatnya..Dah tu, kawan Aqasha ni boleh kata pulak dia suka tgk Aqasha ni boleh lupakan awek dia yang dah mati dengan mencintai Tiz.Dia suka tgk Aqasha bahagia.Hello...Ko nak kawan ko bahagia pastu orang lain biar menderita.Serius benci sangat.Akal aku ni tak dapat terima alasan2 camtu.Seriously..
Opps.kan emo lagik.Hahah.Tapi tula, aku ni jenis kalau dah setia,aku setia gila kot.Tak pandang orang lain langsung.Melainkan orang tu buat taik kat aku la kan.So alasan terjatuh hati, tak dapat elak la, ni semua bagi aku adalah ALASAN UNTUK LEPASKAN DIRI.
Erh. Terlupa pulak! Ni drama je pun..
:-D
No comments:
Post a Comment