SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Wednesday, October 31, 2012

hakcipta

semalam dok scroll2 kat fanpage fynnjamal.
dia ada letak issue pasal dia bagi hak exclusive utk ainan tasnim nyanyikan lagu dia.
tapi yang aku nak cerita pasla komen2 peminat dia la.

kadang org yang komen ni cam kurang bijak pulak aku tgk.
ada satu mamat ni komen kat fanpage ainan tasnim,
"kalau nak nyanyi lagu orang baik nyanyi lagu negaraku jer"(ayat dia tulis takdelah sebijik but maksud sama)
gila babas nak terkencing aku gelak.
ooiii..sah2 ramai kot penyanyi yang nyanyi lagu org lain.
composer buat lagu, penyanyi nyanyi.
siti nurhaliza tu pun dulu banyak nyanyi lagu orang lain.tak pulak ko komen.(sorry die hard fan siti.aku amik contoh jer)
yang penting org tu mintak kebenaran tuan punya, tulis siapa yang nyanyi lagu tu.dan bagitau pada umum.cukupla kan.
kalau masuk juara lagu pun sah2 la dia annnounce pencipta lagu dan penggubah lirik.

komen2 kat fanpage fynn jamal pun banyak jugak negatif.
memangla fynn nyanyi lagi sedap.
sbbnya dia buat tu kerana rasa dia.
pengalaman dia.
tapi yang ko sampai suggest nak buat petisyen apahal pulak kan.
pemilik dah bagi rights, tetiba lak ko nak kata erh tak boleh, ko tak setuju.
kalau tak suka dengar org lain nyanyi, time kat radio, ko tutup radio.
pastu tak payah beli single tu.
senang..bukan susah sangat pun kan.
biasala benda baru memang sukar diterima.
macam aku, dah biasa kene ajar subjek thermofluid, tetiba kena ajar pepejal aku bising gak.
tapi yang aku bising sbb mmg kena mengena ngan aku.
ye tak???(nak backing gak diri sendiri tu..pftt!)

P.s macam2 donia..

Tuesday, October 30, 2012

Berita yang menarik perhatian


Ini sedutan dari berita aku baca sat tadi.
From Harian Metro.
Tajuk: MEREMPAT DIHALAU ANAK
"ALOR SETAR: ‘Anak Setan’. Itu yang boleh digambarkan sifat lima beradik apabila berpakat menghalau bapa kandung mereka menyebabkan warga emas itu hidup merempat tanpa pekerjaan dan mengharapkan ihsan jiran serta kenalan menghulurkan wang untuk membeli makanan.
Difahamkan, lima beradik itu bertindak demikian berikutan teguran lelaki itu terhadap seorang anak perempuannya yang didakwa membawa lelaki bukan mahram ke kediaman keluarga.
Lima beradik itu dikatakan sepakat membuat pelbagai tuduhan terhadap bapa mereka selain meludah muka lelaki itu hanya disebabkan salah faham antara mereka.
Warga emas dikenali sebagai Azman, 60, itu berkata, dia tidak tahan dengan sikap anaknya yang sanggup menghalaunya dari rumah selain meludah mukanya kerana terlalu benci melihatnya.
Difahamkan, perselisihan faham itu berpunca apabila anaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Azman berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan ketika ibu mereka yang juga isteri pertamanya menghidap penyakit barah serius."

Bila aku baca berita ni, aku tergelak.Kalau korang baca tajuk jer, sure korang rasa nak salahkan anak2 pakcik ni.Tapi I do understand the feeling of the children. Aku tak kata la betul perbuatan diaorang kat bapak diaorang. Tapi sbg manusia, semua org ada perasaan.Kita tak tahu apa yang bapak dia pernah buat kat anak2 dia sampai anak2 dia marah dan bertindak seperti itu.
Aku memang pernah lihat kisah benar. Orang yang aku kenal. Masa tu parents dia dah bercerai sebab bapak dia ada perempuan lain. Mak dia memang tak kerja masa tu. So dia dan adik2 masih bersekolah.Pergi mintak nafkah kat bapak dia, bukan dapat duit, dapat parang.Kena kejar dengan parang. Lepas tu siap duit kena humban kat tanah, dan terpaksa pungut satu2 macam peminta sedekah.Ko bayang la camne tu, Kalau korang kena, apa perasaan korang?Aku tahu, kalau korang betul2 berhati mulia sure korang maafkan kan.Tapi tula, hati aku belum cukup mulia sbb aku pun cam rasa bengang gak ngan org camtuh. Sekarang, bila anak semua dah kerja dok sibuk nak duduk rumah anak dia.Sebabnya bekas isteri dia(yang kahwin kedua ke ketigaaku tak ingat)  dah habiskan semua duit dia.Pastu ada hati dok call anak setiap bulan mintak duit.Sah2la anak dia tu takde hati nak bagi.Nafkah pun dulu tak amik kisah, bila dah susah sibuk cari anak.
So kepada lelaki2 di luar sana, jalankanlah tanggungjawab bebetul.(Ok perempuan pun sama gak..nanti org kata bias lak.Tapi sbb nafkah anak tu wajib suami/bapa yang bagi, aku nasihat kat bapak la kan).Masa senang jangan lupa anak.Jangan ingat nak enjoy jer.Nanti bila dah tua, hidup melarat, susah, baru dok sibuk nak cari anak.Pastu anak tak layan, masa tu kata anak derhakala..itula..inila..Time tak jalankan tanggungajwab tanak citer pulak la kan.Erh..emo pulak aku kan..Eheh.
P.s: Ambikla iktibar, dan diwaktu yang sama doa untuk diri sendiri supaya boleh memaafkan orang lain.AHAKS!


Monday, October 29, 2012

progress meeting

tadi tetiba dapat sms dr PA dekan, kata ada progress meeting.
so pergila..sah2 tak sedia.
takperlah, dekan pun memang dah tahu progress dan dah ada solution.
tapi tetiba masuk bab SV kat UTM, KJ sebut satu nama.
erh? apsal pulak A.aku jawab "saya tanak, saya nak B"
KJ cakap "aritu A jumpa saya,dia cakap dia nak jadi SV".
Dalam hati mmg rasa bengang.Sedap je kan.
Aku yang nak sambung, akulah pilih kan.
Kenapa tetiba dia nak tetapkan.
Nasib baikla Dekan cakap" saya rasa cadangan tu tak sesuai.Saya rasa better elakkan"
Di sokong oleh beberapa ahli panel yang lain.
Hahahha..dekan pun tahu A camne.best a dekan..i lap u.

Tolongla yer.Jangan tetiba nak hi jack tak tentu pasal.
Kot nak kejar pangkat pun, bajet2 la yer.
Yang menanggung aku.
So give me space please.
Aku tahu A hati mulia, but dalam term ni aku mmg tak boleh nak ngam.
So please respect my decision.
Eceh...mampus la org kata aku berlagak.

P.s; Insyaallah, everything will be fine.

Tuesday, October 23, 2012

Sama naik.

Cuba perhatikan apa yang sama?
Makin buat keje makin rasa nak makan.Tapi nak makan jajan je.
Tadi pagi terus borong bebanyak.
Senang nak ngunyah sambil dapat idea.*alasan*


Tuesday, October 16, 2012

perempuan bergossip

hari ni nak citer apa yang perempuan akan gossipkan bila bertemu.
ni applicable untuk aku and kengkawan aku la.

1. Handbag
Pantangla kan, mesti nak citer pasal handbag baru keluar la..Minat handbag itu, minat handbag ini.Harga beg A dah naikla.Baik belisekarang.Tapi belinya tak jugak.Sekadar mengadmire.Kalau ada yang dah membeli apalagi, kepohla nak belek2 kan..Heheh.(akula tu yang suka belek, sbb aku jarang membeli)

2.Muka
Eeh..muka ko bersih.licin.Ko pakai pencuci apa erh?Muka aku asik naik jerawat la.tension betul.So bab2 kecantikan dan kemulusan muka ni memang salu masuk dalam agenda.Sebab I kan dah umur masuk zaman2 kulit dah start2 nak mengendur.

3.Gemuk/Lemak
Camne a nak hilangkan lemak tepu kat punggung dan kaki.Erh perut aku kan buncit la.Camne a.Jom kita pergi GYM(Cakap jer la kan).Gossip ni paling best, sbb sure banyak solution yang keluar but at last takde satu pun yang terbuat.Heheh..Dasar pemalas.

4.Drama/Movie
Yang ni boleh fefeling skit. I minat artis tu, I tak suka la artis tu.Erh cerita ni kan memang menusuk jiwa.Perempuan suku abad ni memang suka pun bab2 drama yang fefeling ni.Heheh..Layan kan perasaan.Ye tak?Tapi kitaorng sedar realiti tak seindah yang disangka pun.Ye tak geng???

5.Masak2
Cerita pasal makanan memang tak akan habis, sebab makanan memang kitaorg nyer peberet.Salunya bila time makan2 la kan.Sibuk nak dapat resepi itu ini.Last2 takdelah buat sangat pun.


gossip2 lain adalah jugak.contohnya masalah semasa diri masing2.tapi mostly kitaorg memang suka sentuh2 bab2 camni.Anda pula?

Monday, October 15, 2012

HARI POLIGAMI

Kisahnya tadi otw ke pejabat, aku terdengar kat hotfm,
disebabkan arini adalah hari cuci tangan sedunia(which is aku pun baru tahu),
tetiba AG dan Faizal dok tanya la pendengar, hari apa ynag diorang nak suggest.
Tetiba ada this girl ni dok suggest hari poligami sedunia.
Masa memula aku dengar, aku dah agak sure this girl second wife.
Rupo ruponya idok.
Minah ni adalah wanita yang menunggu isteri pertama sign borang, so dia dapat kahwin dengan laki org tu.
Dah dua tahun dia menunggu tu yang dia cam bengang.
So dia nak wujudkan hari poligami.
Agenda pada hari poligami tu adalah, lelaki dibenarkan berkahwin tanpa sign dr isteri pertama.

Satu, tergelak aku bila dengar.
Dua, agak ada perasaan amarah disitu.

Nape nak tergelak?
Sebabnya, perempuan ni adalah orang yang tak pakai fikiran yang waras.
Agaknya dah asik masuk sangat kan.
Bukan apa, arini ko suka la sbb ko nak hamek laki org.Esok kalau ada perempuan lagi hot bergetah nak amek laki ko jgn ko gelabah lak.
(Cth terdekat artis dah ada.Masa dok rampas laki org bukan main lagik biang, tapi bila tetiba ex laki dia dah baik2 dengan laki dia, dan org suggest ex tu kahwin ngan laki dia.Dia boleh kata, saya tidak mahu bermadu..Hakk tuihh)

Nape nak marah?
Sbb perempuan yang over nak berpoligami ni boleh kata camni la lebih kurang(ayat takdelah exactly the same)
"Perempuan yang jadi bini pertama ni, patut sedar diri la.Kalau laki dah ada nombor dua atau dah berskandal dengan orang lain, maksudnya org tu tak suka la kat awak.So buat apa dok nak harap2 lagi."
Helllo!!!!!
Ni mmg menimbulkan kemarahan aku.Kepada wanita2 yang ada hati nak berkahwin dengan laki org, jgnla yer anda berlagak sangat cam dunia ni ko punya. Satunya dah la ko nak kongsi hak org, ko tak tahu selama ni org tu tanggung susah sama ngan laki dia, tetiba bila laki dia senang sikit kot nak kongsi.Pleasela.
Kedua, kalau memang la laki tu dah tak suka kat bini pertama dia, apahal pulak dia lagi delay kan kahwin korang.Sah2 talak kat tangan laki kan.Kalau tak suka sure2 dia dah cerai jer bini first dia.Guna akal pikiran yerk.

Sehingga saat ini, aku mmg tak boleh terima berpoligami untuk diri aku la kan.Sbb utama adalah, daripada aku ni jadi tak ikhlas, pastu berdendam, which is lastly tak dapat keredhaan laki, baikla aku tolak awal2.Tapi kalau org yang boleh terima poligami, aku not against them. Cuma kalau ayat2 kliche wanita kedua ni nak cakap "memang Allah dah bagi perasaan kasih sayang tu, nak buat camner", aku nak cakap that bullshit. Sbb kalau korang nak tahu, zaman nabi dulu, poligami berlaku takde istilah kasih sayang or terjatuh hati sebelum kahwin yerk.Semua tujuan adalah nak selamatkan maruah wanita dan jugak nak tolong org miskin. So jgn cakap ikut sedap jer. Dah ko main cinta, sah2 la terjatuh cinta.

P.S: Ya allah tolongla jauhkan aku dari rampas merampas ni.Semoga aku tak jadi golongan2 yang cam aku tulis tu.Amin.




Thursday, October 11, 2012

Ayat ayat syamil

Situasi 1: mama tengah bebel sebab uncle syamil makan tinggal jer pinggan sampai dua hari.mama memula malas nak basuh tapi sebab dah banyak sangat semut dtg kat singki maka basuhla dengan dimulakan oleh bebelan.syamil terdengar.

Syamil: kenapa mama?
Mama: Uncle M ni dok makan pastu tak basuh, dah banyak semut datang.Dahla bau busuk ni.
Syamil: Uncle M, Uncle M ni tak baik tau. Makan tak basuh.Kan dah datang semut banyak.
Uncle M: Ala kejap lagi Uncle M basuhla semua tu.
Syamil: Mama amil dah basuh dah.Kesian mama tau kena basuh benda busuk.Uncle M ni tak baik la buat mama Amil macam tu.
Mama: Sengih..



Situasi 2: Tengah pilih jajan untuk beli kat Supermarket

Syamil: Mama, mama gummie bear ni halal tak?Sambil tunjuk satu jenama gummie bear.
Mama:erm..macam tak halal jer Mil, takde tulis pun.
Syamil: Kalau camtu tak payah beli la mama.Mama, kalau makan benda tak halal nanti kita mati erh?
Mama: Sape cakap pulak?Kita tak mati, tapi kan nanti jadi daging makanan tu.Amil nak ke benda tak halal jadi daging kita.Lagi satu sebab Allah haramkan satu benda sebab benda tu tak elok untuk kesihatan kita tau.
Syamil: Oooh.Amil ingat kalau makan benda tak halal boleh mati...
Mama: Senyum(adoila anak)



Situasi 3: Atok syamil tengah bising2 marah sbb nenek syamil tertipu oleh penjual besi buruk.

Atok: Bebel..bebel.
Syamil: (Dengan suara yang lemah lembut)Tok..tok..tok tak baik tau marah marah.Kan tok sembahyang, pergi masjid, tok ngaji..tok patut tak boleh marah-marah.Kan Allah tak suka orang yang suka marah-marah. Tok kenalah sabar.
Atok:Terus terdiam...LOL

Wednesday, October 10, 2012

takut

kadangkala aku takut.
takut andai aku berubah.
berubah jadi yang makin buruk.
yang menjelekkan manusia.

kadangkala aku takut.
takut andai aku tidak mampu.
menjaga segala tingkahlaku.
membuang ego dan kesombongan.

kadangkala aku takut.
andai aku tidak bersyukur.
segala apa kurniaan tuhan.
yang diberi dengan ikhsan.

kadangkala aku takut.
saat aku lihat kejayaan.
kerna aku bimbang.
andai sikap tiada keadilan.
andai hati berubah kegelapan.

wahai tuhan.
tolong jauhkan hati ini.
dari segala kekotoran.
tolong singkirkan dari diri.
segala kesombongan.
kerna aku takut.
andai aku tersasar dari kurniaan nikmatmu tuhan.


Tuesday, October 9, 2012

life

Every person has their own story.
Either they kept it silent or they make a story.
But what is important from that is,
how they survive the battle,
how they fight till the end,
how they learnt from it.

Life is nothing without a scene.
Life is nothing without challenge.
Life is everything if start learning.
Because learning is the only beginning.

Try to sit when you fall,
try to stand when you down,
try to walk when you've been stop.
Because that is life.
That's how we survive.

Be patience and keep praying.
We have the power that keep we moving.
Because we always believing.
That this is not the ending.
This is life.

Friday, October 5, 2012

Kurus

Isu semasa yang kerap jadi bualan org pompuan.
Actually bila balik Malaysia ni, selera makan tu kurang la skit.
Sebab adalah tidak diketahui.
So adalah penurunan berat sedikit.

Tapi masalah yang masih dihadapi adalahh "BONC".
Hahaha.
Selama ni memang perasan sendiri buncit.
Tapi tak tahu cara mana nak hilangkan lemak2 tepu tu.
Tetiba lak ada org sound nampak bunc dalam pic.
Aiyak..sentap makcik!(Heheh..takper2..I tak marah pun)
Terus pk strategy untuk menguruskan perut.
Nampaknya kena buat sit up selalu la ni.
Nak p Gym takde sen la pulak kan.
Walhal la ni aku dok salu la berskipping.
Sebab apa skipping?Terpengaruh cerita korea DREAM HIGH.
Kan ada awek yang gemuk tu buat skipping banyak2 pastu boleh kurus.
Hahhah..matikla tertipu:-)

Tapi takperla, keinginan menguruskan perut adalah membara.
Maka insyaallah saya boleh!

p.s: naper erh perut dulu yang buncit sebelum menjadi gemuks?

Thursday, October 4, 2012

Malaysian Driver

sejak aku balik dan memandu di Malaysia,aku rasa tahap ketakutan aku bertambah.kalau duduk jadi penumpang lagi dasyat.adik aku bawak 80km/j aku dah terasa laju.Faktor pertama mungkin sebab dah lama tak naik kereta.Asik naik tram dan bullet train jer kan.Faktor kedua adalah kereta Mesia yang tak berapa nak kukuh.Maaf yer semua jgn matah.Tapi aku berkata benar.Kat German ada jugak waktu2 aku naik taxi yang pecut sampai 140 tapi aku cool jer.Tapi taxi tu Mercedes la kan.Haha.

Actually aku nak cerita pasal sikap.Masa balik kerja smlm,semasa dah tiba kat kawasan pekan Senai,aku ambikla lane kanan.Sebabnya lane kanan takde lubang dan takde kenderaan atau bas berhenti.Biasalah bila sampai kawasan pekan,aku pemandu berhah ni sah2 akan slow punya(60km/j).Trtiba dtg mamat sewel yang takde etika dok hon2.Sblh kiri time tu sibuk sikit,pastu sah2 aku drive follow speed limit,aku takdelah nak ketepi.Tapi sbb pemandu tu gamaknya nak terberak kan,maka dia potong aku dr kanan pastu terus masuk depan alu dan naik ke fly over masuk Simpang senai airport.Memang klu aku laju sikit je lagi,aku dah hentam dia.Memang takde akal.Inilah cth org tak fikir panjang.Dia xfikir yg tindakan dia boleh menyebabkan accident yang boleh hilangkan nyawa dia.

Aku mmg tak faham dgn manusia yg ego tak bertempat gini gaya.Mcm mak pak dia buat jln.Tak reti bersabar.Klu aku naik lori,aku langgarkn jer.Hehe.Sampai aku tercurse dia sbb marah.Huhuhu.

Kepada yg bwk keta,andaila korang bwk lane kanan,ada kereta depan dah ikut speed limit especially kat jln biasa,tlgla bersabar sikit.tak lari mana pun 2/3 minit.daripada membahayakan diri sendiri dan orang lain,baikla berfikira bijak sikit.

p.s sometimes a delay will help you avoiding the worst.:-)

Wednesday, October 3, 2012

Student ooh student

hari ni makcik mahu cerita hal pelajar makcik.
hopefully student aku tak tersesat baca blog aku yerk.
kalau baca pun diam2 sude.

pelajar2 aku mostly budak dip masuk degree.
so bunyinya memang banyak skit.
yang tahun tiga la paling banyak mulut.
mentang2 dapat lecturer yang tak kisah sangat.
siap tgh melukis boleh pulak menyanyi.
lawak pun ada kekadang.

nasib baikla aku ni dah biasa bergaul ngan adik2 kat Jerman dulu.
so takdelah cultural shock kan memandang perangai bebudak ni.
lagipun diorang baya adik aku.
dah lali ngadap tiga org adik lelaki kan.hehe

cuma okla, so far takde lagi budak terover mengada yang menimbulkan kemarahan.
sbb bebudak ni kadang kalau bagi muka naik kepala.
aku harap kesabaran aku bertambah dari tahun ke tahun la jawabnya.
malas nak jadi singa betina sbb masing2 pun dah besar kan.
semoga ilmu yang aku ajar boleh dipraktikkan di masa hadapan.
AMIN.

p.s: aku cikgu yang langsung tak garang.:P