SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Tuesday, October 30, 2012

Berita yang menarik perhatian


Ini sedutan dari berita aku baca sat tadi.
From Harian Metro.
Tajuk: MEREMPAT DIHALAU ANAK
"ALOR SETAR: ‘Anak Setan’. Itu yang boleh digambarkan sifat lima beradik apabila berpakat menghalau bapa kandung mereka menyebabkan warga emas itu hidup merempat tanpa pekerjaan dan mengharapkan ihsan jiran serta kenalan menghulurkan wang untuk membeli makanan.
Difahamkan, lima beradik itu bertindak demikian berikutan teguran lelaki itu terhadap seorang anak perempuannya yang didakwa membawa lelaki bukan mahram ke kediaman keluarga.
Lima beradik itu dikatakan sepakat membuat pelbagai tuduhan terhadap bapa mereka selain meludah muka lelaki itu hanya disebabkan salah faham antara mereka.
Warga emas dikenali sebagai Azman, 60, itu berkata, dia tidak tahan dengan sikap anaknya yang sanggup menghalaunya dari rumah selain meludah mukanya kerana terlalu benci melihatnya.
Difahamkan, perselisihan faham itu berpunca apabila anaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Azman berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan ketika ibu mereka yang juga isteri pertamanya menghidap penyakit barah serius."

Bila aku baca berita ni, aku tergelak.Kalau korang baca tajuk jer, sure korang rasa nak salahkan anak2 pakcik ni.Tapi I do understand the feeling of the children. Aku tak kata la betul perbuatan diaorang kat bapak diaorang. Tapi sbg manusia, semua org ada perasaan.Kita tak tahu apa yang bapak dia pernah buat kat anak2 dia sampai anak2 dia marah dan bertindak seperti itu.
Aku memang pernah lihat kisah benar. Orang yang aku kenal. Masa tu parents dia dah bercerai sebab bapak dia ada perempuan lain. Mak dia memang tak kerja masa tu. So dia dan adik2 masih bersekolah.Pergi mintak nafkah kat bapak dia, bukan dapat duit, dapat parang.Kena kejar dengan parang. Lepas tu siap duit kena humban kat tanah, dan terpaksa pungut satu2 macam peminta sedekah.Ko bayang la camne tu, Kalau korang kena, apa perasaan korang?Aku tahu, kalau korang betul2 berhati mulia sure korang maafkan kan.Tapi tula, hati aku belum cukup mulia sbb aku pun cam rasa bengang gak ngan org camtuh. Sekarang, bila anak semua dah kerja dok sibuk nak duduk rumah anak dia.Sebabnya bekas isteri dia(yang kahwin kedua ke ketigaaku tak ingat)  dah habiskan semua duit dia.Pastu ada hati dok call anak setiap bulan mintak duit.Sah2la anak dia tu takde hati nak bagi.Nafkah pun dulu tak amik kisah, bila dah susah sibuk cari anak.
So kepada lelaki2 di luar sana, jalankanlah tanggungjawab bebetul.(Ok perempuan pun sama gak..nanti org kata bias lak.Tapi sbb nafkah anak tu wajib suami/bapa yang bagi, aku nasihat kat bapak la kan).Masa senang jangan lupa anak.Jangan ingat nak enjoy jer.Nanti bila dah tua, hidup melarat, susah, baru dok sibuk nak cari anak.Pastu anak tak layan, masa tu kata anak derhakala..itula..inila..Time tak jalankan tanggungajwab tanak citer pulak la kan.Erh..emo pulak aku kan..Eheh.
P.s: Ambikla iktibar, dan diwaktu yang sama doa untuk diri sendiri supaya boleh memaafkan orang lain.AHAKS!


1 comment:

sumpit said...

aku baca artikel tu pon, first thing aku terpikir, ni bapak diorg sure ada buat benda tak betol ni sampai anak2 dia benci sgt kat dia.

Yela salah bawah bukah mahram masuk rumah. Tp takkan la diorg nak side adik yg buat salah tu kalau diorg tak betol2 nyampah kat si bapak tu.

But i wonder, apa jadi dgn second wife tu? Kenapa merempat, tak dok skali ke?