SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Monday, December 10, 2012

BEWARE OF PHONE SCAM!

Hi all.
Ni bukan cerita lawak, cerita mitos atau cerita yang diambil dari internet.
Tapi ini cerita betul.
Sah dan masih panas.

Pagi tadi aku dapat satu phone call.
Dari 03-22662222
Aku jawab, tapi takde org cakap.
So aku letak dan call balik.
Ada orang angkat.
Dan aku tanya, ada tak number ni call nombor aku tadi.
Dia tanya bila.
Aku jawab baru sekejap tadi.Dalam seminit lepas.
Dia kata kalau ikut dalam rekod takde.
Lepas tu dia tanya, AWAK ADA TERLIBAT DENGAN KES APA2 TAK DEKAT BUKIT AMAN?
tercuak sekejap aku, tapi sahla takde kan.
So dia pun cakap kat aku, suruh berhati-hati.
Sebab sekarang ni nombor bukit aman telah dicopy oleh pihak tertentu, dan pihak ini akan membuat panggilan palsu kepada sesiapa.
Panggilan itu akan mengatakan yang pasport, ID, kad kredit kita telah terlibat dengan kes di luar negara (Hong Kong, Thailand).Oleh itu si penerima panggilan mestilah membayar sejumlah amount untuk menyelesaikan kes2 tersebut.
Ini adalah scam terbaru dan pegawai polis tu kata, aku kena buat tak peduli jer kalau dapat panggilan macamtu. Lagi satu, pegawai polis tu pesan, sekiranya dapat bercakap dengan si peniputu, dia minta kita laporkan kepada mana-mana balai polis terdekat.
Menurut pegawai tu, polis tak akan menyelesaikan mana2 kes melalui telefon.

Oleh itu kawan2.Sila berhati-hati..aku rasa scam ni orang Bank pun terlibat sama.sbb aku baca dekat internet, scammer ni tahu semua maklumat kita..ic, no ac, nama penuh.



No comments: