Start journey pukul 5 pagi. Aku ambil train ICE ke Cologne, sampai sana dalam pukul 08.30 pagi.Tunggu aeroplane, sekali aeroplane delay. Aku naik Easyjet.Easyjet ni kalau ikut more expensive dari Ryanair tapi yang bestnya dia tak berkira sangat pasal hand luggage.So naik flight dalam pukul 10.45(scheduled 9.40).Gitu gini sampai kat Gatwick airport London pukul 11 waktu London. London dan Cologne beza sejam. Sampai Gatwick, memang smooth jer kat imigration sbb visa aku kan visa worker. Siap borak2 lagi pegawai tu dgn aku. Disebabkan bas aku adalah malam pukul 10, jadi aku pun berjalan jalan sekitar London.
First tempat yang dituju sure Malaysian Hall.Sebab utama nak makan sedap. Pekena ikan patin..Pergh memang mantap. Then keluar dari Malaysian Hall dalam pukul satu terus tak tahu arah tujuan. Memula dok berjalan dekat Oxford circus tu. Masuk kedai, keluar kedai.Belek-belek tapi tak beli apapun. Then sampai pukul 4ptg dah buntu tak tahu nak buat apa. Then terfikir nak pergi area Leicester Square. Sebab situ ramai orang pastu ada cam park boleh lepak-lepak. Sampai Leicester Square, tetiba nampak banyak panggung wayang.Hehe..melompat la kan.Apalagi, terus jer pergi tengok wayang kat Vue. Cerita The Avengers. Best jugak Avengers ni kan. Keluar wayang dah pukul 8 lebih. Apalagi terus straight pergi Victoria coach station. Tiket memang dah beli awal-awal. Ada dua syarikat bas utama untuk perjalanan jauh. One is Megabus and the other is National Express. Tapi disebabkan adik aku kata Megabus ni selalu direct bus dan tambang masa tu pun lebih mahal dari National Express, so aku amikla National Express.Bolehla walaupun sempit skit. Bas sampai tepat pada waktunya.Nasib baik antara orang awal,so dapatla sit yang best. perjalanan memang lama, 11 jam.kematu bontot. Cuma dua kali jer berhenti rehat.Itu pun, kedai semua tutup.Sampai Dundee pukul 9pagi. Bus ni banyak gak transit turunkan orang. So macam2 pemandangan la boleh tengok.
Sampai Dundee memang dah letih, tapi ada hati lagi nak round2 kat town. Since this is not my first time, aku dah kira terror la selok belok jalan kat town tu. First day memang tak tidur pun, malam tu jer tidur awal sebab terlalu letih. So routine harian takdelah buat apa sangat melainkan dok ngadap komputer dengan berjalan-jalan kat town. Dundee ni cam town yang kecik jer. Tapi tempat shopping memang banyak la.Tak terbandingla dengan London tapi aku rasa barang dia harga lebih murah dari London. Town Dundee ni betul2 tepi laut. Even dari rumah adik aku boleh nampak direct laut. Cuma, angin kat sini memang sangat la sejuknya. Kadang even matahari memancar-mancar, datang angin bawak awan or mist(aku tak tahu nak terangkan camne tapi cam angin tu lalu bawak kabus), bila kita masuk dalam kabus tu memang sejuk gila. Memang rare la. Sepanjang aku stay cuaca alhamdulillah ok, cuma dah last-last tu je hujan. Hujan pulak jenis yang kecik2 tapi kalau duduk lama boleh basah jugakla. Nak berjalan dalam hujan ni bawak payung adalah sangat tidak digalakkan since angin kuat, silap2 payung pun patah.
Okla, jom layan gambar sekitar London dan town Dundee. Next entry (entah bila la tak tahu..tgk kerajinan aku), aku cerita satu tempat yang best berdekatan dengan Dundee.Keyword adalah tempat Prince William dan KateMiddleton bertemu..eceh.
Oxford circus train station
Area Oxford Circus
Area Leicester Square
Tempat aku layan The Avengers
Keluar jer dari tube station Piccadilly Circus jumpa ni
Piccadilly Circus tube entrance
Area rumah adik aku Dundee. Menghadap laut
One of the street in Dundee
University Dundee main entrance
Dundee town Park
P.s: Although this moment is the most critical, saddest and hardest part in my life, but I feel so calm and relax. And the most important part is, I can think wisely. Even when I read something or learn something, I understand things better than before.
2 comments:
alololo tp trip mmg best la. yg tak leh tahan tu, sempat lagi kotttt g tengok wayang! hehehe
*kumpul duit. ingat next year nak g london :p
syok kan jalan sorg2?
Aku suka sbb bole decide nak g memana sesuka hati, lg org2 pon friendly2 lebih sbb tgk kita sorg2 :)
Post a Comment