SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Sunday, July 8, 2012

Palomino Island

Pulau Palomino ni merupakan private island untuk resort ni.Untuk pergi ke pulau ni, kita mesti menggunakan taxi air ataupun lebih dikenali dengan bot. Hehe..

Pulau ni kecik jer.Ia mengambil masa 15 minit untu sampai ke pulau ni dari resort.Resort ni memiliki Marina sendiri.Dan di kawasan Marina ni jugak ada satu restoran yang dibuka sehingga lewat malam untuk orang minum2.

Aktiviti kat pulau Palomino ni memang banyak.Contohnya berkayak, sailing, snorkeling,scuba diving,dan macam2 lagilah. Tapi semuanya memerlukan duit.Oleh sbb aku kedekut tanak keluarkan duit,sebab duit dah budget untuk benda lain, maka aku cuma lepak2 sambil baca buku dan jugak tidur ditepi pantai.Sampai2 kat pulau ni,kita akan dibekalkan dengan satu tuala.Oh ya,mandi laut adalah percuma.Tapi disebabkan aku tak bawak kelengkapan maka aku main air jerla.Rasa memang macam nak terjun tapi karang masalah la pulak kan.So kalau aku jumpa pakaian yang murah kat kawasan sekitar nanti,akan aku beli dan terjun dalam laut tu.Pantai dia memang superb dan bersih.Aku rasa sama jugak kot dengan Malaysia dulu2. Sekarang makcik tak tahula kan, sebab tak pernah pergi resort2 yang berpantai ni.

Oklah, jom layan gambar pulak.Review tentang sarapan dan servis kat sini akan diceritakan di episod yang akan datang.Stay tune.

P.S rasa macam kat Malaysia pulak.

1 comment:

sumpit said...

patutla diorg nak buat kat situ.
Lawa gila!