SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, July 20, 2012

Back to life-REVEAL

Sempena 1 Ramadhan ni aku nak reveal satu benda.
Insiden ni dah berlaku dalam 3 bulan lepas.
But lately aku baru dapat balik confidence aku dan aku dah jumpa SV aku untuk buat final discussion setelah aku bermain hide and seek dengan dia selama dua bulan.

Actually aku tak dapat nak habiskan Phd aku kat sini. Apa yang aku boleh kata, aku berjaya habiskan research aku dengan jayanya, I'm finalizing my thesis. Aku ada result yang bagus(over kan sendiri puji cakap result yang bagus-ok bukan aku cakap, SV/Prof yang cakap), SV kata "you are very smart and you know your work well, you know the theory behind your work, don't lose your confidence, you are very good". SV and profesor aku willing to be my reference in any case I need one. So aku memang takde masalah dengan SV/ Profesor or research work aku.

Aku ada masalah ngan exam. I failed to pass the exam with a good pointer. Then due to some political matters in the university, aku dinasihatkan untuk defend thesis kat universiti lain or in exact in Malaysia.Malas nak cerita pasal politikus ni. Btw, aku dapat berita ni early May, which is of course la aku blur, aku sedih, aku down sangat(10 juta kali). Yela, dah final part kot. Aku rasa aku buat keje aku, aku study subject tu, aku usaha semampu but the end benda camtu happen. So aku just shock! Frankly speaking, aku tak pernah fail exam teruk2 dalam hidup aku. Seriously.This one memang bagi high impact dalam hidup aku.I feel like I lost everything.

Masa hari pertama aku dapat tahu, aku nangis sekejap, pastu aku terdiam. Aku masih boleh buat kerja aku. But bila balik rumah, aku dah rasa kosong, aku terfikir kemungkinan negative yang akan berlaku, aku fikir semua benda, aku rasa sangat sangat sangat down. Aku keep salahkan diri aku, aku malas, aku bodoh, aku tak usaha sungguh2, memang salah aku la gamaknya kan. Haha..Aku rasa kalau aku 10 tahun lepas, maybe aku dah buat benda mengarut kot. Hahaha..masa tu iman lagi tipis dari sekarang. Aku ingat antara orang first yang aku bagitau Ama dengan Ira. My trusted friends. Aku tahu, they will give me good advice. Thanx babe, sebab sokong aku yang terduduk time tu(terduduk ke?terbaring kot).Aku sangat2 hargai nasihat korang walaupun masa tu aku cam budak degil tanak dengar apa korang cakap.:-). Aku betul-betul rasa nak bersendiri but Ira suruh aku datang rumah dia sebab dia risau aku jadi sasau. Thanx babe.Thanx.Aku kenang jasa ko sampai bebila Datin.:P.

Lepas2 tu aku bgtau adik2 aku, then last sekali parents aku. Pastu aku adalah cerita kat few good friends about this.Lepas tu, aku amik cuti dalam 3 minggu, aku pergi tempat adik aku kat Scotland. Just need accompany.Masa kat sana memang aku rasa aku okla. Then bila balik sini balik, aku rasa lost lagi. But aku slightly better than before. Cuma kadang2 aku betul-betul rasa down.Aku meraung sesorang kat rumah, kat office, kat dalam train. Bila kawan depan aku tanya jer, aku menangis tak henti.Gila saiko ok.Mesti orang kalau nampak aku time tu kata aku gila.Haha..Drama sungguh.Semayang jangan cerita la, confirm nangis punya.But sikit-sikit aku mula fikir positif. Ini takdir Allah, maybe Allah nak bagi yang lebih baik untuk aku. Kena percaya pada Allah. Ini mungkin nak balas dosa dosa aku. Ini mungkin nak bagi aku lebih usaha untuk berjaya. Aku keep thinking all this things to make me strong. Aku start buat usaha menghadapi kemungkinan2 bagi benda ni.


Dan trip ke Puerto Rico tempohari memang betul2 bermakna bagi aku sebab aku gain back my confidence. Walau pun tak semua, tapi I think 60% is there. Aku berjaya berbual dengan Professor2 semua, discuss tentang research aku, finding aku. Feeling like an academician bila boleh berbincang ngan Prof ynag hebat2 ni.Alhamdulillah. Disamping dapat peluang berehat tenangkan fikiran kat hotel ternama, aku dah boleh senyum balik.

Even, aku belum tahu lagi apa keputusan dari UTM, dan apa yang akan berlaku bila aku balik Malaysia nanti, but I know there will always way. Aku akan dapatkan jugak Phd, tak kira banyak mana masa yang aku kena ambil. Worst case scenario, aku cari kerja kat mana2. :-). Aku punya kawan2 yang sangat perihatin dan banyak bantu aku. Aku bersyukur. Allah tak amik semua, Allah bagi aku realize yang aku ada sesuatu yang berharga dalam hidup iaitu sahabat sejati.Aku bersyukur!

Haritu aku ada tgk satu drama Korea ni, and there is a sentence yang buat aku tersentuh. " I will take everything from you, so you can have a new start that will make your life better and happy".
Aku hanya mampu senyum.

Walaupun masih ada keraguan, tapi aku sudah boleh tersenyum. This is not the end of the world. Mungkin saat ini aku berada di persimpangan ynag perlukan aku untuk buat pilihan yang tepat. Yang mintak aku berhenti seketika dari langkah yang aku ambil. Supaya aku boleh lebih berjaya pada masa hadapan.Eceh! Ayat pujuk diri sendiri. Tapi bila berlaku semua ini, aku banyak berfirkir. Aku sedar Allah sayang kita. Sebab tu dia bagi kita semua ini. Tak kisahla either this is ujian or this is balasan untuk aku, tapi semuanya kerana DIA sayangkan aku. Sebab tu aku kena redha.Allah tak akan bagi sesuatu ujian yang tak mampu kita tempuh. Itu pasti.

Aku akan usaha sebaik mungkin. Moga perjalanan yang aku lalui ini adalah yang terbaik untuk aku.

P.S: Thanx to all friends yang support aku, ET, lab technician aku aka penasihat dan tempat rujukan, Kak Fida, adik beradik aku, budak-budak KA yang dok entertain aku, Fira dan semua orang yang berusaha meyakinkan diri aku untuk terus hidup dan melangkah. Aku sayang korang.XOXO
Selamat berpuasa!



2 comments:

DeLancrettLurpak said...

Babe,

aku terkedu baca post ko yg ni. kuat sungguh ko, kalau aku, taktau la apa jadik.

takpe, ko balik malaysia bwk results2 tu semua, confirm ada jalannya..

Good luck and selamat berpuasa

sumpit said...

phd is just the beginning of a journey, a license for an independent research (org katala), so apa yg penting wht happens after that. Janji dapatkan phd dulu, jauh lg perjalanan kita lepas tu.

Aku pon sedih tak dpt jumpa ko before ko balik, tp insyaAllah, kita jumpa lg kat Malaysia :D