SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Monday, June 11, 2012

St Andrew 1

Tempat pertemuan Kate Middleton dengan Prince William.
OVER REACT lak :-P
Bandar yang sangat old school tapi ramai pelancong.
Ada padang golf besar dan open space, pastu hotel yang satu malam harga beribu-ribu.
Kitaorg start journey dr Dundee. Perjalanan just ambil masa dalam sejam dengan bas.Dari Dundee boleh beli group ticket(untuk 5 orang) dengan harga 20 pound. Kalau perseorangan dalam 8pound kalau tak silap.Kiranya 20 pound ni day ticket la.Kita boleh pergi mana-mana within Fife(macam wilayah) dan tambahan Dundee dan satu lagi tempat aku lupa.Kira berbaloi la kalau keluar dari pagi. Tapi sebab tujuan kitaorg just nak pergi ke St Andrews, so takdela keluar awal pun.

Sepanjang perjalanan tu memang hijau jerla.rasa cam boleh buat filem menari2 hindustan kot kat tgh kehijauan tu.Hohoh..Bas ni akan stop kat stesen bas St. Andrews. Stesen bas kat sini kecik jer, tapi nampak senonoh la.Dari stesen bas, kitaorang jalan direct ke town dia melalui Market street. Town dia cam kawasan perumahan kat Malaysia. Ada lorong-lorong.


Bus station

Sangat dekat, dalam 5minit camtuh dah jumpa kedai-kedai. Bangunan kedai kat sini memang sangat la lama. Contohnya bangunan Starbucks kat bawah ni dari tahun 1751 dah dibina. Tapi mengikut adik aku, kawasan ni kalau time Winter dah jadi macam bandar tinggal. Orang takde, pastu kedai pun tak buka.Kiranya bandar ni hidup time musim panas-panas bila orang dah boleh main golf. First tempat dituju adalah Tesco express. Beli dulu benda-benda untuk dikunyah dan beli air. Sebab nak murah la kan.Then terus tuju ke information center.Walaupun adik aku tiga kali dah pergi sini, tapi still suka nak ambil map. Lepas ambik map, adik ipar aku kata dia lapar pulak.Eceh.Aku pun lapar jugak. So kitaorang makan kat satu Indian reastaurant. Restoran ni halal so senangla nak makan.Pastu dia punya makanan secara course.Boleh pilih 3harga berlainan dari 5.59 pound, 7.59 pound dan jugak 11.59 pound. Perbezaannya adalah dari segi choice of main dan desert. Tpai air bayar lain. Cuma yang best kat UK ni tap water adalah free. Boleh minum sampai kembung.


The first road


Starbucks at Market street


1751


Kat CARAVAN tu orang letak iklan restoran


Bersemangat nak makan. Tu adik ipar aku. Tapi sama baya.


Restoran Maisha.Sila oder!

Lepas masing-masing mengetatkan perut, kitaorang berjalan ke arah North street. Sepanjang North Street ni terdapat banyak kolej-kolej yang terkenal.Semua bangunan memang lama-lama la.Pastu kitaorang masuk ke dalam kawasan kolej ni. Free. Sampai sini nampaklah pandang yang cantik lagi nan indah: mesti Prince William pun penah lepak-lepak sini.Hahha..nak jugak kan.


nak pergi mana ni????


Jom lepak college!


Bangunan museum


Lepak kat park dalam kawasan kolej


Salah satu bangunan fakulti

Dah puas ambil gambar bagai, kitaorang jalan dekat The Scores. Kat The Scores street ni pun, sebahagian besar bangunan adalah bangunan universiti. Punyalah cantek. Sure belajar tenang jer kan.Pastu berjalan sepanjang jalan ni pemandangn adalah lautan jer. Aku suka!Dah habis bangunan universiti barulah jumpa St Andrews Castle. Tapi kitaorang tak masuk dalam, sbb adik aku cakap kawasan bawah yang cantik tu ditutup.Castle ni sbnrnya banyak dah runtuh.Tinggal sebahagian jer ynag masih kekal.Kalau bahagian bawah tu tak tutup memang aku dah masuk dah.Sebab aku suka pergi bangunan-bangunan lama ni. Castle ni betul-betul sebelah laut.First time aku tgk castle sblh laut. kot la kena bom, raja mati dulu..hahhaha..Kat sebelah castle ni boleh nampak cam kolam mandi.Menurut cerita, kolam ni tempat mandi raja2 pada waktu dulu.


University St Andrews


Entrance



Fakulti ekonomi.Cantik sangat!



St Andrews castle


Ewah!


Bekas runtuhan castle


Castle yang dibina dr batu-batu asli

Okla, setakat ni jelah untuk hari ni.Dah tak larat nak mengarang.

P.S: Last but not least..the little baby of mine.


The lovely boy

No comments: