SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Friday, April 5, 2013

Politik

Salam 1 MALAYSIA..(Haha..matikla ada org kutuk aku)
Sejak2 demam pilihanraya, sibuk sana sini orang dok forward benda2 yg ada kena mengena dengan parti politik.
Naik rimas aku dibuatnya.
Bukan apa, fanatik giler kot.
Tak kose makcik nak layan.

Yang tak boleh tahan adalah bila mana semua komen pun nak kaitkan dengan politik.
Semua orang ada preference masing2 kan.
Tak kira la ko nak sokong parti mana pun, tapi sebagai manusia apatah lagi Islam, silalah hormat orang lain.
Ini tidak, asik2 dok nak mengata, memaki orang lain.
Halloo kawan2, otak mu letak mana???

Aku ni ada gak berat parti tertentu.Tapi kalau parti or org dalam parti tu buat salah, aku cakap salah gak.
Takdela aku kata betul.
Ini tidak, taksub mengalahkan apa.
Baru sentuh sikit dah melenting.
Aduhai!gaya dia macam dia tahu jer orang tu personally.
Walhal semua pun dengar2 dan baca2 jer.

Satu hal lagi suka sangatla sebar benda2 yang mengaibkan.
Tak kiralah yang mana pun.
Aku memang tak faham.
Yang satu tu KAFIR kan so tak boleh kata apa, tapi yang ISLAMIC pun lagu tu jugak.
Apa nak dikata?????Dalam Islam setahu aku kalau menyebarkan aib orang atau benda yang orang tu tak suka dah kira berdosa dah.Camner tu?
ITULAH NAMA DIA POLITIK!!!
tak boleh kata mengata.
sama jer dua kali DOL.

Satu hal lagi, bila bab mengata bukan main lagik.
Tapi time dapat duit semua beratur paling depan.
Pastu cakap dah duit dia.
Sekalik check2 rupanya dia tak bayar pun tax tiap2 tahun.
Ada tu siap kong kalikong sebab nak lari dari tax.
Then kata duit dia..Pfftttt!
Kalau dah ko kutuk tak bersih la itula inila, rasuah la, cuba ko jgn subahat.
Tak payah amik.
Tak mati kot tak amik duit tu.
Ini namanya manusia yang PENTINGKAN DIRI.

Erh..over pulak makcik arini.
Geram pulak.
Takpela, malas fikir (Nanti ada pulak org kata berdosa tak amik tahu..huhu)
Baik fikir perkara2 yang best.
Barula positive minda dan jiwa.

So untuk tazkirah di hari JUMAAT;
MARILAH KITA BERSEDEKAH SEDIKIT.
Semoga rezeki diberkati.

P.s: Makan apa best erh????


No comments: