SyamiLs

Siapa Aku

My photo
~a tiny little person with big inspiration~

My new part TiMe

Wednesday, May 5, 2010

KeTiaK BuSuKK!!

Kenapa ketiak/badan boleh berbau??I mean bukan bau wangi kay..bau busuk..hehe..puncanya sebenarnya asal dari peluh kita. Tapi adakah peluh seseorang tu memang asal2 keluar jer dari badan busuk??tak jugak..mengikut fakta yang aku baca, peluh sebenarnya tidak berbau busuk sehinggalah bakteria datang melekat, cium2 peluh tu, and then barulah peluh anda akan start mengeluarkan bau..semakin banyak bacteria membiak2 kat peluh korang tu, semakin busuk la bau korang..especially bahagian ketiak..sebab bahagian ni macam close section la dan jugak sangat terkempap..plus kalau bulu2 tu menjalar2 kat bawah ketiak..yuckkkksssss!!!!
Peluh sbnrnya keluar dari dua kelenjar utama ECCRINE dan APOCRINE. Yang keluar dari APOCRINE inila yang salu bacteria suka..Macamana la pulak nak kurangkan bau badan or especially bau ketiak nih..there are few tips:

a)Elakkan pakaian dr material yg tebal or yg membolehkan bacteria membiak, contoh pakai sweater ker tgh2 ari buta.pakaian dari cotton sangat baik untuk pengudaraan..

b) Ini mesti ramai tak boleh buat...kurangkan minum kopi or yg sewaktunya-sbb kopi menggalakkan pengeluaran peluh dr kelenjar peluh

c) Mandilah selalu-macam baisa kalau mandi tu jangan mandi kambing yer, mandi dgn sabun..pastu gosok la bahagian yang mana patut..

d) Kurangkan merokok dan kurangkan alkohol(bg yg peminum tuh) -ha..kurang merokok ni jugak boleh selamatkan duit anda hangus terbakar yer..

e) Yang ni unavoidable especially for me..KENA KURANGKAN STREE OR DON'T OVERWORK YOURSELF..-stress dan nervous sbnrnya boleh meningkatkan kadar bau badan. aku setuju sangat sbb kan, dulu aku salu bau kaki org2 busuk ni especially bila time peak keje..

d) Jenis makanan yang dimakan kenalah pilih2-cam org kata kalau makan banyak bawang putih sure la badan bau giler..cam rempah2 pun kdg blh meningkatkan bau badan yang tersangat hangit..mengikut kajian badan akan lebih berbau seleaps kita makan benda2 yg berprotein..so sila semak apa yang anda makan.. list of foods that cause such an effect in your body.

e) Kalau dah takde cara sangat, yang paling berkesan ialah menggunakan deoderant..tapi di ingatkan, kebersihan kena jaga gak, jangan ko tepek jer deoderant kat ketiak busuk..pergh mau pengsan org kat sebelah..

kenapa aku tetiba utarakan isu ketiak masam ni???sbbnya tadi aku nak pergi office tetiba ada mamat ni duduk sebelah aku dalam bas dan bau ketiak dia sangatla aku tak boleh tahan..dahla banyak giler tempat duduk kosong, dia boleh duduk sebelah aku jugak..adooooiiiii!!!rasa nak jer pakai sepit kat hidung..anak aku pun tahu bau ketiak sendiri untuk pastikan ketiak dia tak busuk..siap cakap, nanti lepas mandi amil nak pakai minyak wangi mama la, jadi ketiak amil tak busuk..ha, tgk2!kesedaran sivik tuh...

PS: ada org kata bau ketiak lelaki boleh kurangkan stress untuk kaum wanita..alamak..aku sangat rasa benda ni not apply to me..kalau ketiak wangi mungkinla..tapi kalau ketiak busuk tambah stressssssss!!!

5 comments:

Imran Azman said...

kopi??? sedih nyer coz lepas ni terpaksa kurang kan minum kopi... btw,, thankz sudi lwat blog saya... ada kat nihon skrng??

fika79 said...

takla..akak grad 2003..lama dah..skrg kat germany lak tukar angin..eheh

miSs inTerpReted said...

hahhaha..kelakar la post awak ni. and yes...i pon penah rasa nak pengsan bau ketiak busuk kat sini! mentang2 la negara sejuk, dorang fenfeeling tak yah mandi.

~iFsYudz~ said...

babe, aku SKARANG ni, ada someone kat area cubicle aku ada bau....dah nak pitam dah ni..tasuketeeeee!!!!

fika79 said...

hahah..apa kata ko hadiahkan deodorant time besday dia..hikhiks..tp sblm tu ko buat2la cam yasmin hani dalam citer nizam kambing tuh..