Ps:Entry berkurun..hihi,aritu xblh nk upload pixies
Siapa Aku
My new part TiMe
Saturday, December 24, 2011
Scotland day 1
Ps:Entry berkurun..hihi,aritu xblh nk upload pixies
Thursday, December 22, 2011
Ketukan
Ps:erh,hari ini hari apa?khamis malam ******!ok,jom tido sekarang.
Wednesday, December 21, 2011
a moment when heart stop beating
smlm berlaku satu insiden yang menyebabkan jantung aku berhenti sekejap.
it take a few second but sampai la ni, aku rasa aku masih trauma.
bukanlah trauma teruk sangat sampai tak boleh bangun ke apa, tapi kejadian tu macam dok replay depan mata aku.and aku rasa batu yang hempap dada aku is still there.
Kejadian ni berlaku pas aku amik syamil dr sekolah.
aku teringin nak makan Langos(roti dari Ungarn yang popular dijual kat Christmas market)
tapi tetiba Syamil kata dia lapar.So aku ajak dia pergi kedai roti yang dekat dengan station tram.
Bila dah beli roti, kitaorg kena lintas jalan untuk ambil Tram yang ke bandar.Sebab dah macam time tram nak sampai, aku pun cakap kat Syamil suruh cepat.
But suddenly, dia pergi lari lintas jalan tanpa tengok kiri kanan dengan keadaan jalan masa tu sesak sbb banyak kereta. Actually, aku nak suruh dia jalan cepat, bukan suruh dia lintas.Aku pun tak tahu kenapa dia terus melintas tanpa tengok.Kalau korang tgk cara dia lintas, seolah2 aku ni dah tinggalkan dia, pastu cam orang kena kejar anjing.Walhal aku kat belakang dia time tu, dan sblm dia lintas dia dah pusing tengok aku.
Kereta yang dari kiri memang berhenti, sbb masa tu agak jam, tapi aku perasan ada kereta bergerak dari sebelah kanan.Masa tu memang aku dah tak mampu buat apa, sbb aku nak lari macam kaki melekat, dan aku panggil pun dia macam tak dengar(makin dia lari laju).Alhamdulillah kereta dari sblh kanan tu tak laju dan sempat berhenti.Makcik yang ada kat situ pergi marah2 aku.Suruh aku jaga anak aku betul2.But frankly speaking, aku pun macam dah tergamam tak tahu nak buat apa.Seriusly masa tu dada sakit sangat.Aku marah anak aku beria2 sampai dia nangis teresak2.Teiba jadi orang gila skeepjap kat station tram tu.Pastu dalam tram, sepanjang 40min aku punya air mata pulak tak boleh berhenti.
Macam benda tu keep flashing.Rasa betul betul takut, hopeless.
But still aku bersyukur sangat2 sbb Allah selamatkan anak aku.Itu jela yang boleh aku katakan.
Aku sampai cakap, "Mil, kalau Mil mati..mama pun mati tau"Huhu..emo..
p.S: Pasni aku nak gari tangan anak aku ngan tangan aku, senang.
Monday, December 19, 2011
Ayat-ayat mak
-kalau sayang mama janganla nakal nakal.kan amil budak baik.
Tahap kedua
-Amil!mama cakap apa tadi.boleh tak jangan buat camtu?nakal2 ikut cakap sape?
Tahap ketiga
-Ko nak kena bantai??berapa kali dah mama cakap asik tanak dengar.
Tahap keempat
-Pang!
Biasanya syamil akan react bila sampai tahap kedua..ini adalah action aku sekarang,dulu2 ada tahap dua dan empat jer..hihi
Ps:berapa tahap kesabaran korang pada kerenah anak2?
Wednesday, December 14, 2011
Sembang gebang..
Sebelum komen tu korang kena tahu apa maksud phd yg sebenar.bukan sekadar nama dr philosophy jer.but apa tugas seseorang yang nak dapatkan phd.apa jalan yang dia lalui untuk dapatkan phd tu.aku bukan cakap pasal phd mickey mouse ke donald duck yer(tu semua bullshit org nak jadi kaya).im talking about researcher or scientist.
For me la,aku akui org ada phd tak mesti jd kaya pun.tgk jer scientist2 zaman dulu,bukan kaya raya pun.
Kedua,ada org komen,org yg ada phd tak semestinya pandai.aku setuju jugak sbb knowledge aku pun xbyk mana.aku sendiri salu tanya pendapat technician yg lama2.makin belajar,rasa makin banyak benda aku tak tahu.DAMN!
Tapi at least bg aku,aku tau bidang yang aku buat.orang ingat buat phd ni cam buat degree ker?kitaorg bukan belajar theory surface je babe.kitaorg kena jawab how and why.kitaorg buat kajian untuk membuktikan satu2 perkara.kitaorg study dulu baru kata,YES,THIS GOOD!
contohla aku tanya ko,kenapa ko klu jatuh dr pokok ke bawah tak naik atas?sure semua boleh jawab,sbb graviti.tp graviti tu apa?nape benda berat jatuh lg laju dr benda ringan???dan macamana ko nk buat bg kadar kelajuan jatuh tu berkurangan??so,agak2 ramai ke boleh terangkn perkara2 camni without digging deeper into the knowledge.tak mungkin babe.and thats what we are doing.
Yeah,its right that pengalaman mendewasakan but phd itself consider an experience.hands on!
Kat german,rata2 industrial researcher ada phd tau.so xblhla kata org ada phd ni tau theori jer.one more,most of big company ada kerjasama dgn research center or university utk buat development and optimization bg produk diorang.sanggup bayar ratus2 ribu lagi.so??korang rasa org ada phd ni xpandai ker???
Bg aku pandai ke tak tu bergantung pada usaha ko gak.klu asik dok lepak jer,malas nak cari ilmu,sampai bila pun akan duduk tahap tu gak.tak payahla nak kata ni bagus,tu x bagus.semua gifted kot.semua ada kelebihan masing2.tp klu org lebih dari ko, jgnla ko nak jadi PENDENGKI lak.kata org semua xbagus,ko je yang bagus kan.chill la.jalankn tugas masing-masing.hidup ni kejap je pun,tak rugi menghargai dan menghormati orang lain.
Ps:gua pun xkata gua pandai,klu pandai,sah2 gua dah takluk dunia.(eh ko,berangan nak hebat jer kan)
writing
smlm dia suruh aku belikan dia buku kosong.2euro k(walhal kat umah dah ada buku aku amik dari office free)
aku cakap la, nak watper buku camtuh, dia kata, dia nak tulis cerita dia.
ala2 macam buku cerita la kan.
ok, takper.jangan sekat kreativiti anak, aku pun beli.
so dah balik, aku sibuk masak, dia pun sibuk menulis.
memula ingat dia nak belajar tulis perkataan.sbb dia belum pandai menulis sepenuhnya
then, bila aku skodeng., nampaklah apa dia buat.
tengah mengarang ko!
kelass anak aku babe.rajin pulak dia dok mengeja sesorang.
cara pembelajaran kat sini cam iqra sesikit..diorang diajar bunyi instead tahu ABC tu apa.
cuma masalah bila English la kan, mesti tak boleh bunyi direct cam Melayu atau German.(Untuk pengetahuan semua, bahasa German ni ada banyak persamaan ngan bunyi Melayu.Cuma dia ada bunyi pelik yang tergeliat lidah ko nak sebut.hahah)
ok, meh layan video anak aku kat blog cousin aku.
SYAMIL CAUGHT IN ACTION!
PS: Cousin aku dah tepek kat blog dia dulu..caittt!!
Saturday, December 10, 2011
Hujung minggu
P.s:tgh tertekan dengan diri yg pemalas.i need a rival!!!
Thursday, December 8, 2011
Wednesday, December 7, 2011
kejung
mula2 cam pelikla, pehal lak main ketuk2 ni..baik2 tgh basuh kaki, cecepat aku letak kaki ke bawah.
tetiba menjengok sorang mamat ni kat depan pintu.
kejung aku kat situ,.
dengan tak pakai tudung, dahla kaki basah2 skit..muka pun basah..
dia cakap nak tgk tempat bocor kat dalam toilet.
aku memang dah tergamam, JA, JA jela..
then dia masuk tgk jap, nak kuar dr bilik air, dia pandang aku..
"AWAK NAK SAYA TOLONG PAPE KE?"(setelah ditranslate ke bahasa Melayu)
aku pun dahla tak keruan ,kantoi dia masuk tak pakai tudung,
dengan pandang2 kat diri sendiri, apa kebenda yang dia nampak cam aku memerlukan pertolongan ni kan..
aku pun kata NEIN, DANKE..dia keluar..
agaknya dia nampak aku basah2, agaknya dia ingat air tu terkuat terpercik kat aku kot..kot aku memerlukan towel etc..
hahaha...poyos tul..
next time, kena jerit WARTE!!! la gamaknya kalau ada org ketuk..huhu
PS: apsal secret admire aku ni lately rajin jer senyum kat aku..dulu macam org sombong, aku senyum, dia langsung tanak senyum pun.skrg bila aku dah tanak admire dia, dia pulak over tegur2, senyum2..
Tuesday, December 6, 2011
32 years of life
entah berapa tahun lagi sisa sisa hidup yang tinggal kan.
mampu ke nak kumpul amal ibadat buat bekalan?
mampu ke nak bahagiakan semua orang disekeliling?
mampu ke nak jadi anak yang terbaik untuk ibu bapa, mampu ke nak jadi ibu yang baik untuk anak2, mampu ke jadi kakak yang terbaik untuk adik2,mampu ke nak jadi kawan yang baik untuk semua, dan mampu ke nak menjadi seorang yang berguna kepada agama Islam, bangsa dan negara?
hakikatnya masih lagi bertatih walau lebih dr suku abad dah berlalu.
hakikatnya masih lagi cuba dan mencuba.
I made a lots of mistakes, please correct me if I'm wrong cause I'm trying to be the best of all.
semoga Allah memberi aku keberkatan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
semoga Allah memberkati juga semua di luar sana.
AMIN
PS: birthday tahun ni special skit sbb jatuh pada hari Asyura!semoga keberkatan hari ni mampu mengiringi kita semua sepanjang hayat.
HADIAH BIRTHDAY SAYA UNTUK TAHUN INI IALAH: Ipad2, Tassimo Coffee Machine dan juga Set Sudu/Garfu WMF.erh lupa lak arituh siap beli beg Long Champ Le Pliage & Planette.:-D, gila tamak sambut birthday!astaghfirullah...
Monday, December 5, 2011
it is not all about the RESULTS
Phd is not only concerning the results.
yeah, u might need some "NEW" things in your results,
but what they care a lots are, what have you done so far to get the results.
Asian and European have a different way of doing the job.
As I've finished my UG in Japan before, I'm get used with the thought of RESULTS matter.
If my result is zero, my work hard will also equal to zero.
If i obtained good result then I will saved.
But here, results doesn't matter.
The requirements here are mostly depends on the question, "did u really mastered all the thing that u have done?"
Every single thing count.
Finally, the product will be an expert of the knowledge.
And that was really2 hard for me.
I'm still adapting to the situation, since I'm not good at explaining things.
Bila nak jawab soalan "why" tu, even aku tahu, aku kecut..erh betul ker..sometimes benda senang as Reynolds number aku boleh lupa..Damn me!
My SV asked me to finish the first draft by end of January.
And the final draft should be submit by early June so that I can have Viva in August.I need to sacrifice Hari Raya but I don't care as long as I can get a long Raya holiday after finish.
So I got many to dateline to catch up.Thesis and also Conference paper.
And some small review for my journal.
Seriously, I need to concentrate more.
And I will have the written exam somewhere at the end of February which is I still not finish reviewing..Goshh!
However in spite of those hectic and frustrating matter, I'm still be greatful because I already came to the final stage=WRITING.And now I need to recall back my basics knowledge and pin in inside my mind.Hope I will survive both exams and Viva.
PS: Always praying for the best!
Wednesday, November 30, 2011
Progress Report
sbnrnya cam byk keje yang tak berpekdah aku buat, so masa tu takde nak hantar report ku ituh.
so tadi baru dapat balik report dr SV, aku pun jenguk2 la tgk.
ala, saje jer kan, walhal bila KPT dah masuk dalam sistem boleh gak skodeng.
bila tgk terus rasa mengembang jer..ahaks..
mekacih SV! tapi ku amatlah cuak sbb exam tak lepas lagi ni..
bab scientific research mmg la advance, bab exam (semunyi bawah meja)
tapi arituh sentap gak, mana taknya
SV kata writing aku terrified..bukan dr segi isi kandungan but bahasa-atau tepatnya grammar
uwaaa..serius gua rasa sentapp nak nangis.
tapi mmg aku bab karangan ni lemah tul la.
dr sekolah lagi camni..isi mmg manjang full mark, bila susun ayat terabur, eleh tulis surat cinta pandai pulak!
tulis benda tak formal, bahasa cacamerba memang aku terror,
tapi kena tulis yang ayat kena ikut buku, mula gelabah.
saper nak jadi PA aku??
sbb tu la bila habis Phd aku verangan nak buat TESL.(cam la boleh jadi power kan???)
saje la, nak tambah ilmu.usaha tangga jaya..kang nak tanda kertas student sendiri salah, malu weihh..tambah lak nak kena ngajo dalam english, jatuh gak standard kalau pakai english patah ni.eceh!berangan biar hebakk, ye tak..nak realisasi..nangisss
PS: anak aku ada ciri papa yang sangat perfect babe..perghh..tergamam aku dengar, entah mana dia dapat "mesti keje jangan main" & "tak pakai spec"..ceh patut tak dapat org yang aku minat tu, pasal anak aku tanak specky rupenya..wakaka..
Friday, November 25, 2011
Hadiah birthday in advance
Kelasss kan,birthday lagi 2 minggu,hadiah dah beli.Best..
Sekarang tgh mood shopping.
So hadiah apa?checklah entry awal tahun aku ada tulis..tata
Thursday, November 3, 2011
A boom news!
Wednesday, October 12, 2011
akibat terliur..
dari arituh aku dok teringin nak makan kuih batang buruk..
Thursday, September 8, 2011
syndrom
Friday, August 19, 2011
Puasa dan raya
Anyway, saje nak tulis perasaan ku nak melangkah ke hari raya.
Truly speaking, memang takde perasaan.
Bila dengar lagu raya memang ada tertouching-touching gitu tapi belum sampai tahap nak hujan la.
Kerana apa?kerana aku tersangatlah risaukan exam aku.
Fikir keje lagi..Pergh memang takde raso la nak raya.
Rasa nak habis peksa cepat2 jer ada.
Lagipun konsulat buat majlis raya 3hb, jawabnya memang aku dok raya sesorang la kot.
Baik dok umah tgk tv lagi best kot..Wahahaha..
Anak aku pun, bukan kesah sangat.Yang dia tahu mak dia cuti sangat best.
Anyway, sempena nak dekat2 raya ni and aku tak tahulah bila nak menjengah blog lagi, so aku nak amik kesempatan Minta Maaf kat semua kawan2 aku yang kenal aku, yang aku ada buat salah secara sengaja atau tak.Untuk yang rasa aku terlupa janji aku ker, jangan risau aku ingat.Cuma ada masalah yang tak dapat elak.Nanti settle insyaallah aku tunaikan.Biasalah many unexpected things happen in life.Berhati2 yer kalau sesapa nak balik kampung tu.Ingatlah orang tersayang..(Hahah budget cam esok jer raya kan:P).Doakan aku berjaya dalam exam dengan jayanya ye.
Selamat menunaikan ibadah Ramadhan yang hanya tinggal baper hari ni.Semoga kita dapat keberkatannya.Amin.
P.S: Aku dah buat kuih raya tau..hehe
Monday, August 8, 2011
Thursday, July 28, 2011
Sunday, July 17, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Harry Potter The Deathly Hollow Part2
Tuesday, July 12, 2011
Drama Hilang
Drama ni lakonan Zul Arifin, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Mia Sara dan juga Zul Huzaimy. Aaron Aziz pun ada jugak jadi doktor sekejap..
So far citer ni biasa2 jer..belum nampak lagi taring dia..hehe..
But rasa terubat rindu tgk drama lakonan Zul Huzaimy..lama dah tak tgk dia kat dalam drama.
Zul Ariffin pun berlakon so far so good but belum cukup utk menarik hati aku cam citer Sayang Abah.Takper..kita tunggu, skrg pun baru episod ketiga kan..
Jomla kita sama2 layan HILANG...huuhuhu..tajuk cam sedih jerk..cuak babe!
Sunday, July 10, 2011
it's good to be young.
this was the moment yang kita enjoy our life without thinking so much..
kita buat something yang kita mungkin takkan buat bila kita dah meningkat usia..
we aim for something, and go for it!
tapi bila dah umur2 camni, to make one simple decision pun takes time..
kita akan start thinking of this, that, those and more..
but we become more wiser compared to our muda mudi time..perhaps..hehe..
tetiba lak kan..
bukan apa, bila tgk sedara mara aku yang muda mudi, adik2 aku yang baru masuk zaman 20an,
semua pun cam happening jer..
jeles??takdelah sangat pun..sbb sbnrnya i luv "current" me more..
kenapa?? biarlah rahsia..cehcehceh..
simply said, pengalaman mematangkan kita..
but even dah umur macam ni pun, its not too late to do something different.
aku ada plan nak execute, tapi tak tahu bila..hopefully masa menentukan..
moga2 menjadi la plan aku ni..heheh..
before i put a full stop, jom layan arca seni depan institut aku..selama ni aku jarang nak belek betul2, tetiba aritu tgh tunggu bas lama sangat, aku pun merenung la lama..cantek jugak..hehe
Wednesday, July 6, 2011
luahan perasaan
pastu mulalah nak gabra tak tentu hala..
busannyer layan kerenah ko ni..
ko ingat aku ni suka sangat ke layan ko?
tolongla k..kalau aku ada masa, aku boleh la layan,
kalau takde masa pergi mampS!
tolonglah amik cermin, pastu cermin dulu ko nyer sikap tu yer..
benda yang ko perlu buat pun ko tak buat, pastu ko nak sibuk2..
aku mmglah tak hadap pun pape dr ko, tapi lu mesti ingat la kan..
bukan aku yang tentukan hukum ni..
jangan la jadi macam org yang didik ko tu-BULLSHIT!
aku mmg dah takde nak cakap baik2 dah, kalau ikut hati mmg aku bolayan lama dah..
tapi pk hidup tak kemana, aku buat2 jerla cam aku cool..
tapi ko mmg STUPID la, time aku rasa terpk nak buat baik ngan ko,
ko mesti buat perangai kan..
dari dulu lagi camtuh..memang ko don't deserve any kindness from me kot..
lantak ko la sipolan..
jangan kacau aku yang tgh busy ni boleh tak???
masa aku sgt berharga dan jgn tlg semakkan otak aku!
PS: Aku mmg tgh dalam napsu amarah..dpd aku marah org, baik aku marah blog...HAISHHH!
Thursday, June 30, 2011
Clean is it clean?
Ok, mesti ramai kata aku pro kerajaan ke org Umno..
Lantak la korang nak cakap apakan..
Tapi tahla, aku rasa motip penganjur ni cam nak laga2kan org Melayu jer..
Pastu dia nak senyum ramai2..
Ko tgkla Endorsee kat webpage diorang..erm..ko mesti cam kata, erh???(walaupun tulis NGO groups)
Pastu kanak2 atas 10tahun pun boleh bawak sama..
Apsal nak heret kanak2 erh..
Bukan diorang belum wajib mengundi ker?
Apsal nak tanam benda2 camni kat jiwa diorang awal2..
Bagilah anak2 tu berseronok dulu..Penat woo jadi org dewasa ni..
Yes, kat oversea pun ada gak demo..
Tapi aku menyampah ok kalau sampai nyusahkan aku takde tram, pastu kena jalan kaki jauh nak pergi satu tempat..Pastu aku macam nak pengsan panas2..
Ko sanggup tak sbb org buat demo, ko kena duduk dalam train dua/tiga jam???Sabar aku pun dah tipis dah kan..Ko sanggup tak sbb org buat demo, ko tunggu train sejam stgh, train tak sampai..Pastu kena lari balik umah 3/4km sbb nak amik anak(kalah masuk pertandingan marathin beb)..Oii, aku mmg sumpah seranah tak hengat la kan..Aku mmg pentingkan diri sendiri..hehe
Tapi aku tak setuju perhimpunan ni, sbb banyak benda yang aku fikirkan tentang benda ni.Ok, kalau nak cakap pasal agama, mmg sah2lah aku nak doubt ngan penganjur ni kan..
Pastu kalau nak cakap pasal bersih, tulus ikhlas...Ermmm..boleh ke caya ni??
Tapi aku tgk this groups macam nak target org M, walaupun dia tulis hopefully dari perbagai bangsa..
Politik skrg semua nak main kotor..Scheisse betul wei!
Semua dok sibuk nak cari kesalahan org lain..
Yang degar2 dok cakap nakkan keadilan tuh pun, masa kat atas adakah ko adil erh??
Commonla, bila naik atas semua pun nak pikir kepentingan sendiri dulu..Jangan nafikan la..Ko nak kata alasan nak tolong rakyat ke, sbb nak juangkan A ke B ke?tapi hakikat bila ko dah duduk kerusi empuk, ko ingat ke kat kami yang tido atas lantai ni weiii??
Selama aku hidup aku bersyukur gakla, dapat scholar pergi belajar luar negara, belajar cara hidup org lain..Nampak jer kat oversea ni semua boleh, tapi hakikat ko ingat takde ker org kena sembur dengan air kalau buat demo pastu over???Ko ingat takde ke org kena tangkap?..ADA beb!ADA!
Ok, lari tajuk skit..
Selama ni aku dengar ramai org kata ala, pemimpin tu sah2 uruskan duit rakyat so mmg patutla kita dapat balik apa kita sumbang..Aku nak tanyala, baper ramai yang cakap tu dok bayar cukai???
Ko tgk negara jiran, apa M dapat?nak guna kemudahan bawah blok buat belajar agama pun kena halau wei..Dengan alasan tak logik.Tapi ko tak boleh persoalkan.Nak tanak merayu2 la sampai puas..Pastu, duit KWSP yang ko dah keje penat2 berpuluh tahun tak boleh kuar segebuk..dengan alasan takut korang salah guna, nanti tak boleh tampung hidup..Kalau buat rule kat Mesia, mampus org kata kerajaan nak makan duit rakyat kan..
Kat German ni, mmgla macam2 benefit utk rakyat dia bagi, tapi ko nak tahu diorang kena kerah keje sampai umur 65tahun babe.Pastu cukai pendapatan setiap org bujang 45%.Dahla cukai barangan seharian 19%.Pastu duit ko kena tolak sepanjang ko keje untuk bayar pencen ko..Cam ala2 KWSP, tapi KWSP ko dapat segelebuk kuarkan siap ada dividen..Yang ni ko dapat bulan2, kalau mati cepat??tak merasala beb..Ko nak ke kena bayar camtuh?Rasa cam tak jer kan..
So jadi manusia kadang kena guna otak..Minyak naik bukan kat Mesia jer babe!Kat sini pun..Aku ni hari2 lalu depan station minyak, mmg perasan la perbezaan harga dulu dan sekarang..Tambah dulu masa baru sampai, belanja kat supermarket 10euro cukup, sekarang mesti cecah 20euro.Ko tgk yang matawang tinggi ni pun naik gak harga barang..
Aku tahu bukan semua pemimpin bagus pun..Aku pun benci pemimpin yang kong kalikong..Tapi, aku lagi takut benda yang aku tak tahu..Musuh yang kita dah tahu kelemahan dia, kita boleh lawan but musuh yang tak nampak lagi bahaya..
Apapun, sebelum buat sesuatu, think wisely..Mmg dalam dunia kita tak boleh puaskan hati semua pihak.Perebutan harta,kuasa ni akan berterusan sampaila akhirat.But aku berdoa sangat yang aku tak dibelenggu dengan benda2 ni.Harap aku dapat hidup bahagia didunia dan akhirat.
Habis dah rapuan aku arini(lama siut gua pendam perasaan).JOM LAYAN GAMBAR ANAK AKU YANG COMEL dan dah bertambah hitam ni..boleh gak buat sejuk hati yang membara..hihi
Wednesday, June 29, 2011
sekali salah la pulakkk!
actually dua tiga empat lima hari ni agak busy..kejar dateline..
ko ingat keje jer ada dateline, belajar lagi banyak woo..
btw, aku dah run simulation, cantik..dah dapat result..run lagi 4/5 batch..tapi yang pergi bodoh otak aku ni,blh lak masa dah habis first batch tu tak check result.
budget cam betulla kan..
sekali tadi lepas habis run 5th batch, tetiba jer terpk nak check, tgk2 terkejut beruk gua..apsal lari sangat surface temperature value..dah terpk satu dalam kepala otak, mesti aku salah inputkn mass flow..
check balik mmg betul, ruponya aku dok terlebih bahagi..padan muka den..
skrg tgh dok run lagi...adoooi...pengsan nak tunggu..
PS: sakitnya badan aku ni..salah bersenam ker??
Tuesday, June 21, 2011
jom jgk dapur..
aku masak-memasak ni Sabtu lepas.
tapi time aku nak attach gambo tak blh pulak.so aku peram jap entry nih.
saje lah kan blogspot dengki kat aku.(suruh aku study tuh..ngeh-ngeh)
btw, sbb ngidam punya pasal, aku dok beria masak ayam masak asam pedas..
walhal bahan2 dah beli lama dah..tersepuk dalam fridge tuh..
dengan semangat siap buat hidangan minum petang sekalik..
tapi cam tak jadi sangat, rasa dah ada,but mcm too dry kot..
mungkin sbb aku bakar kat dalam oven..
tapi jadikla buat hilang ketagih..
jomla layannn...
Friday, June 17, 2011
apa erti kebahagiaan
Thursday, June 16, 2011
hati berbunga riang
Wednesday, June 15, 2011
Cinta Melody!
Tuesday, June 14, 2011
Monday, June 13, 2011
Scheibe!
memula aku ingat dia ni dok sebut scheisse..
aku dah start ceramah la kat dia, apsal sebut benda2 camni..
mesti belajar kat sekolah..
but then, dia cakap dia tak sebut scheisse, tapi SCHEIBE..
aku ugut macam2 kot dia ni saje putar2 ngan aku..tapi he still denying and said that he said scheibe!
tapi pastu oklah, aku let the matter off but keep monitor.
harini baru aku dengar dengan betul mmg dia sebut scheibe.
rasa aku la, agaknya ini invention budak2 deutsche..inspite of using scheisse nanti mak2 marah, diorang gantikn dengan scheibe..
macam2 hal..kinder worte!
PS: scheisse maksudnya shit, and scheibe maksudnya disc..
Saturday, June 11, 2011
bitte keine schwarze!
S: siapa boyfriend mama?
M: mama mana ada boyfriend..tapi nantilah mama cari..
S: tapi...bitte keine schwarze so wie ich..
M: gua gelak guling2 sampai nak pecah perut..
PS: saper yang tak faham tu, anak aku kata "tolong lah jangan hitam macam saya".:D
ni lah dia budak perasan hitam sbb dia banding ngan mama dia..kuikuikui..
walhal aku kecik2 hitam gak banding ngan adik beradik lain, bila dok kat jepun tetiba jadik putih..blink!blink!
Saturday, June 4, 2011
Thursday, June 2, 2011
Monday, May 23, 2011
penangan game
akibat bermain game dengan tak ingat dunia dua hari berturut2..
both of us dok layan tennis dgn boxing kat wii(selain tu layan gak Mario ngan Starwars)..
hahah, gara2 mama tak puas hati anak asik menang jer..(nampak tak aku nyer kaki bangku????main game pun kalah babe!!)
kalau tgk keadaan kitaorg macam lari satu padang..berpeluh giler..
saper kata tak boleh bersenam kat rumah kan??
mmg sangat bagus untuk kesihatan..
actually main tu duduk pun blh, tapi tak trill la kan..
mesti rasa nak ala2 pemain professional gak..
nak gerak gak kekanan kiri,
hahah..tapi yang best pasni sure tangan aku dah blh kurus..MAKCIK SUKE!
so korang, kalau ada duit lebih silalah beli Wii..
Nintendo mmg dari dulu lagik best!
PS: Aku layan game canoe pun syok gak..penat woo berkayak..
Saturday, May 21, 2011
kegilaan AKU!
ni maksudnya my obsession..
selain dari aku obses makan, jalan2,
aku ni smmgnya obses dgn gadjet.
masyaallah, mmg agak terukla, nasib baik aku belum jadi kaya raya.
kalau tak, mahu rumah aku jadi rumah Bill Gates.
so smlm sbb kemaruk nak shopping, aku pun terBELI, ecece terbeli kunun.
sengaja membeli ini..
wahahah..puas hati aku..
dengan alasan belikan untuk anak (walhal yang membuak2 nak beli tu aku!!)
so berjaya menyopping benda ni.
sbnrnya dah berbulan2 pk nak beli konsole, tapi dari sehari ke sehari macam pendam la perasaan tuh..kekununya tanak membazir,
sekali engkau!!!!datang nafsu jahat aku->beli jugak akhirnya..
pasni, mmg aku suka la duduk kat dalam umah ni..
dahla sebelum ni pun mmg suka dok umah tido..
4hari pun ada aku tak keluar rumah yang sekangkang kera ini..
pasni lagilah kan..
ohya, aku tgh layan citer NORA ELENA dilakonkan oleh Aaron Aziz, Siti Saleha dgn Zul Ariffin.Best wei citer ni..heheh..tangkap cintan jer.Aaron sah2 la berlakon best kan , but in the same time, Zul Ariffin berlakon best jugak..Aku suka ayat dia "Tenggelam ke tak, bergantung kepada Lena.Sejauh mana Lena boleh tahan godaan lelaki2 lain, especially lelaki macam Setan tu!" Terbaekkkk woo.Ost drama ni nyanyian Sofaz, aku dah ulang dekat 30kali..hahah..kalau dah obses mmg camnih la..Cuba try test tgk..
Sila tgk karya anak aku..Marvellous tak??He done this by only looking at the picture..
Wednesday, May 18, 2011
dekat 3tahun
september ni masuk tiga tahun aku dok kat german..
first2 tu mmg susah nak adapt..
seriously aku rasa cam semua benda tak kena..tapi aku suka la duduk kat sini sbb rasa aman, cuma bila bab nak makan susah ngan takde kawan tu yang rasa nak hujan lebat2..
tapi lately ni aku rasa best lak dok german..
mmg ada perasaan nak balik, tapi kdg rasa cam aku dah start adapt dgn cara kat sini..
kerja pun smooth jer..life pun ok..
atau dalam erti kata lain aku dah blh buang rasa ngada2 dalam diri aku..i think i have fully recovered..HAHAHA
kawan pun bertambah ramai..
selain bebudak kat office dah rajin bercakap ngan aku(sbb aku dah start bual2 dalam german), kawan2 kat kelas pun ada tegur2..pastu pakcik bus pun dah jadi kawan aku..
heheh..mungkin before this sbb language gap, tambah ngan aku nyer muka berlagak tak hengat, so semua org tak berani nak bercakap dgn aku kot..
skrg ni rasanya aku rajin tersenyum ngan org yang aku jumpa..parents kawan syamil pun dah start tegur2 aku, berbual dgn aku, pakcik kat sekeliling kawasan perumahan yang pepagi salu jumpa aku püun rajin menegur dan ajak berbual..
kalau dulu mmg aku elak nak berbual, takut diorang bantai german kaw2 sure terpinga..
tapi skrg aku dah tak rasa malu sangat nak berbual..hentam sajalah..and i think i got back my attitude masa kat jepun dulu (YEAY!TAHNIAH untuk diri sendiri)
dengan bos aku pun, aku cakap jer German walaupun salah..biar dia cakap English pun, aku dok speaking German, sbb kalau tak cuba, mana nak berjaya kan..apapun kita kena take a first step..Betul tak????
Masa pun dah boleh urus dengan baik, alhamdulillah.
See! Byk benda yang berlaku dalam hidup ni sbb tuhan nak buat kita jadi lebih baik.Nak hilangkan aura negatif dalam diri kita..
So apa yang penting untuk kita adalah MAKE A FIRST STEP!
PS: Good Luck guys!
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Sunday, May 8, 2011
Mother's day at Syamil kindy
So start pukul 3semua dah berkumpul, pastu kitaorg dipersembahkan dengan nyanyian2 dr setiap kelas.Kelas ang ada budak pra sekolah, akan buat persembahan berupa musical dan yang lain2 just menyanyi cam biasa. Syamil macam malu2 kucing memula sbb Asma dgn Miza join sekali aku utk tengok performance dia. Lepas tu, baru muka tak malu dia keluar.
Lepas habis performance, kitaorg dijemput minum petang.Sedap sangat cheese cake diorang sediakan.Lepas tu, cikgu amik bebudak ni untuk pergi menonton citer kartun yang mak2 pula, diberi peluang untuk berbual sesama sendiri.Disebabkan aku dah bawak kawan, takdelah aku pergi bersosial dgn mak2 budak German lain.Pergh!sib baik jugak, kalau tak terbelit gak lidah aku nak speaking..Hehehe..malas nak pk perkataan!
Then habis menonton, the kids masuk balik, dan diorang pun presentkan hadiah untuk mak masing2.Quite Fun!So lets enjoy te pixies..
Trip to Schaffhausen
Kitaorg pergi berlima, berempat dr Karlsruhe then sampai kat Donaueschingen, sorang lagi join us.Perjalanan strat pukul 9pagi and it takes about 3hours nak sampai situ.Schaffhausen ni sbnrnya sempadan antara Germany dengan Swiss.
Tujuan pergi sana, nak tgk keindahan alam-Air terjun pastu just lepak2 mengisi masa lapang. Dari Karlsruhe kitaorg naik train direct to Singen, then tukar train baru ke Schaffhausen. Sampai2 kat Schaffhausen dan lebih kurang 12 tengahari so masing2 dah lapar, so kami pun merayau2 la dalam Stadt.
Stadt Schaffhausen ni betul2 depan Main station, tapi masalahnya nak cari kedai makan yang ok amatla susah.Ada tapi sbb kitaorg nak kejar cepat ke Waterfall, so malas nak jalan jauh2.At last, aku memilih untuk beli Pizza jer.Aku tak tahula sbb lapar pizza tu jadi sedap ataupun pizza tu mmg sedap.Mengikut pendapat aku, pizza tu sangat sedap terutamanyza cheese dia marvelous.Tapi yang kelakar Asma(junior aku)try nak beli Lasagna, sbb tgk harga macam murah which is 3 Swiss Franc.Tapi tetiba bila nak bayar org kedai kata 9 Swiss Franc.Rupa2nya harga tu untuk 100g..Aiyok!tertipu..Tapi sedap la Lasagna yang dijual.Inilah kedai yang kitaorg pergi.
Harga sekeping small size pizza Mozarella adalah 6 Swiss Franc.Tapi rata2 makanan dan barang kat Swiss ni memang mahalla..Kalau ikutkan hati menyesal tak bawak bekal.Tapi sebab perjalanan yang agak lama, malas la pulak kitaorg nak masak2 nih.
Then lepas masing2 dah kenyang, kitaorg naik Bas dari Main station ke Schaffhausen Central.Lebih kurang 10-1minit perjalanan la.Berheti kat central tu, still lagi kena jalan untuk sampai ke Castle.
Tapi kitaorg tersilap sbb tak masuk castle,tapi terus turun ikut tangga dan kena jalan jauh giler.Kalau ikut dalam castle, boleh turun ikut lift.Memang rasa letih yang teramat.Nasib baik aku ada prepare makanan yang beli kat Mc Donald pagi tu untuk Syamil.Syamil as long as ada makanan dgn air, dia mmg ok jer.Setiap kali nak berjalan mmg aku akan prepare something untuk dia.Mudahkan anak aku??Syukurrr..
Memang superb la scenery, aku siap boleh terpk dalam otak, agak2 baper agaknya mass flow air tu erh..Memang akalu terjatuh percentage mati tinggi tu..hahhaha..And kalau convert energy to electrical energy beribu watt tu boleh hasilkan.Ok back to story..
Then naik atas masing2 dok cari toilet.Tapi sbb aku dah pergi toilet before tu, aku dokla round2 kat kedai souveniour and tanya connection ke bandar Schaffhausen. Sekali, dapat info dr tourist office tu bas akan jalan lagi 5min, and itu bas terakhir otherwise kena patah balik dan balik dengan cara kitaorg datang..Apalagik, tercicit la aku panggil semua org dan berlari2 lagilah kami nak kejar bas.Alhamdulillah sempat la naik bas.
Lepas semayang, pastu pekena kek sepotong, kitaorg naik train balik ke Karlruhe.Kami sampai Karlsruhe dalam pukul 10 camtuh.Memang letih tapi best!
Last pic camwhoring!
Tschuss!Till next entry